Friday, 26 June 2015

JAUH DARI KELUARGA

"Puasa tak? You asal mana?", 

ada sorang Uncle tanya. Sebenarnya dia seorang Supplier, singgah office ada meeting dengan Boss. 

Sambil senyum, aku angguk tanda aku sedang berpuasa, lepas tu aku nyatakan asalku. Dia terkejut. 

"Jauhnya datang kerja sini, kat sane tak ada kerja ke?". 

Aku senyum lagi, 

"Kat sane kerja QS tak banyak Uncle, sebab tu saya terima tawaran kat sini". 

Dia terkejut kali kedua, 

"I thought you a receptionist sahaja. So young dah jadi a QS".

Teringat makcik semalam masa tunaikan solat Tarawikh. Sambil pegang peha aku, dia berpesan, jaga diri, jaga akhlak, pegang agama nombor satu, insyaAllah dunia kita selamat. 

Hairan. Setiap kali menunaikan solat Tarawikh, aku duduk sebelah makcik yang berlainan. Tapi pesanan mereka tetap sama. 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya. Kini hampir setahun aku berada di Selangor. Menangis? Ketawa? Sedih? Gembira? dan 1001 rasa lagi yang berada dalam jiwa dan diri aku. Kehidupan sangat berubah bila jauh daripada keluarga. Segala-galanya disini hanya seorang diri. Sangat unik dan asing!

Apa tujuan datang ke Selangor?

Aku datang ke sini adalah untuk bekerja dan telah tamat belajar. Alhamdulillah aku dah pun mengenggam sijil Diploma Ukur Bahan.

Ramai yang tanya kos hidup tak tinggi ke di sana?

Tipu kalau aku cakap kos hidup di Selangor ini tidak tinggi. 

Aku perlu menyediakan duit hampir RM400 untuk sewa bilik dan aku perlukan RM500 lagi untuk makan dengan ala-ala kadar. Itu belum lagi keluar makan angin berjimba sana sini. Beli baju, minyak kereta dan barang keperluan harian ?

Ini sangat sukar! Aku bukan keluarga yang senang. Tetapi Alhamdulillah Allah masih beri aku kekuatan dan rezeki untuk jalani kehidupan disini.

 Bagaimana hidup seorang diri disana?

Secara jujurnya, kehidupan aku disini adalah semata-mata untuk bekerja. Waktu untuk berseronok, berkawan adalah sangat terbatas. Lagipun aku mana ada kawan disini. Sabtu pun kerja half day. Manakala dirumah aku cuma berkawan dengan tivi, laptop dan smartphone.

Tips untuk merantau dan menjadi anak perantau?

Aku tak pandai nak bagi tips tetapi apa yang selalu mak ayah aku berpesan apabila berada di tempat orang adalah seperti berikut.

Jaga solat
Jaga hubungan dengan Allah
Jaga adab sesama manusia
Jangan buat masalah dan susahkan orang
Ingat asal usul dan fikir apa niat untuk berada disana
Senantiasa bertegur orang dikawasan rumah. (Pengawal keselamatan, makcik cleaner, masyarakat setempat)
Telefon keluarga di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali


DIA

Bila dia mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Kalau dia cakap dia kenyang, sedangkan kau tak nampak dia makan, sebenarnya dia tengah lapar dalam hati dia.

Bila dia tidak menghiraukan kau setelah kau menyakiti hatinya, lebih baik kau cepat-cepat pujuk. Sebenarnya dia tunggu kau cari dia.

Dia susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi. 

Bila dia jatuh cinta dengan kau, kau akan sentiasa ada di fikirannya walaupun dia bersama dengan lelaki lain.

Dia suka meluahkan apa yang dia rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah dia meluahkan isi hatinya. 

Sebuah senyuman memberi seribu erti baginya. 

Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Kau tak akan faham hati pempuan.

Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

Dia mudah jatuh hati jika kau memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya.

Sebenarnya mudah mengambil hati dia kerana apa yang dia inginkan hanyalah perasaan dicintai , perhatian dan disayangi sepenuh jiwa. 

Jika dia kata dia okay bila berlaku bercanggah pendapat atau sedikit bertengkar dia pasti tak okay. 

Bila cemburu dia selalu buat kau cemburu dengan tindak tanduknya. Hanya itu saja cara dia untuk tarik perhatian pasangannya dan menduga adakah pasangannya cemburu dan masih sayang padanya.

Dia tak berani menatap mata kekasihnya kerana dia sentiasa rasa malu pada buah hatinya, sifat malu pada buah hati akan sentiasa ada selamanya walau telah berpuluh tahun kau hidup bersama. 

Dia tak mampu berhadapan dengan pesaing dalam cintanya. Pasti terserlah riak wajah tak selesa pada wajahnya. 

Dia tak mampu mengawal emosi marahnya, pasti terpamer dari riak muka, perbuatan atau percakapannya walau sedaya upaya dia cuba melindungi perasaan marahnya.

Dia sering merajuk kerana ingin dipujuk. 

Dia lebih cepat menangis dalam mengingatkan peristiwa yang dia lalui.

Dia takut akan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 

Dia selalu mengambil serious perbuatan berbanding kata-kata. Kalau betul kau suke dia, buat sesuatu, jangan cakap sesuatu. Action is bigger than talk.

Dia ratu drama. Dia suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. 

Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada kau melakukan sesuatu yang salah atau tidak, kau perlu juga meminta maaf. Dia sukakan lelaki yang pemaaf, dan dia tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf. 

Dia selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. 

Apabila berbincang mengenai soal hadiah, dia lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana dia sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa kau telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza. 

Ambil hati si dia dengan pujian, dia senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan kau rasa tertarik. 

Dia akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawapan yang pasti. 

Bila dia pergi untuk 7 hari perjalanan, maka dia akan membawa pakaian untuk 21 hari. Ini kerana dia tidak tahu baju mana dia nak pakai.

Siapa dia?

Dia adalah perempuan. Rumit bukan?

Monday, 22 June 2015

REVIEW: SEOUL GARDEN IOI MALL

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa bulan Ramadhan. Macam mana? So far so good ke dah ada yang tinggal?

Entry kali ni sangat lah simple dan tak ada apa sangat. Just nak share serba sedikit pengalaman berbuka puasa di Seoul Garden. 

Dah banyak kali kitorang just lalu-lalang je depan Seoul Garden ni tapi tak berani nak mencuba. Pernah dulu aku pesan, kalau nak makan, perut kena betul-betul kosong, masa tu aku cuma bergurau, sebab aku tahu, dengan rate harga macam tu, kalau makan sikit, rugi lah. Kebetulan nak berbuka bersama, jadi ini lah masa sesuai untuk try makan di Seoul Garden.

Sehari sebelum berbuka puasa, aku dah called, siap-siap booking table. Takut kalau walk-in je, dah takde table. Aku memang suka macam tu, untuk hal-hal penting, aku suka reserved. Cukup takut bila plan tak jadi. Hihi.


So, bila dah masuk je restoran ni, takde lah macam "minah jakun" sangat. Sebab aku dah selalu jeling-jeling sebelum ni, and aku dah baca tips dan perkongsian dari blogger lain. 

First thing bila dah masuk, aku just bagitahu nama, memandangkan aku dah buat reservation semalam. Then, kena bayar dulu, dan aku suggest-kan bagi student, bawak lah student card korang sebab banyak juga beza student price dengan normal price. 

Then, dorang akan tanya, sama ada kita nak Normal Soup which means Chicken Stock atau beberapa soup yang lain. Seingat aku, ada lebih kurang 5 atau 6 pilihan soups, kitorang just pilih Thai Tomyam Soup sahaja, nanti pilih yang nama pelik-pelik, tak ikut taste pulak. Untuk pilihan soup ni of course lah ada charge tambahan; RM 4.60.

Lepas tu, dorang akan tunjukkan meja yang dorang dah reserved untuk kita. Dah duduk je, terus dorang panaskan tampat bakar and letak Tomyam Soup. Kitorang sampai dah agak lewat, maklumlah parking area IOI Mall tu, so dah dapat table je, terus pergi tengok bahan-bahan yang ada.


Yang aku suka dekat sini, once korang dah bayar, korang boleh makan seberapa banyak yang mungkin! Tak payah nak cover-cover konon-konon nak diet lah apa lah bila masuk sini. Tips yang sangat bagus boleh aku bagi dekat korang semua, better korang kosongkan perut sebelum nak makan sini, kalau boleh datang time betul-betul waktu kemuncak kebuluran. 

Dan satu tips yang sangat berguna boleh aku kasi, elakkan minum terlalu banyak air semasa tengah makan dekat Seoul Garden ni. Nanti korang cepat kenyang dan kembung sebelum makanan-makanan tu semua habis.


Memang heaven bila makan dekat sini. Ala-ala Korean Style. Yang best-nya, korang yang kena masak sendiri, kira macam layan diri lah. Tempat grill dan soup tu korang boleh refer gambar bawah, tengah-tengah akan ada tempat untuk boil soup dan keliling ada tempat untuk bakar. 

Bab-bab grill tu, memang bukan aku yang buat. Haha. Macam-macam menu grill kitorang amek. Yang paling tamak, Marinated Lamb lah. Kitorang cukup gila makan lamb! Ayam dan daging pun ada, dorang perap macam-macam rasa. But satu perisa tu aku tak boleh nak telan; coffee. Tak pernah aku terfikir kenapa dorang perap perisa coffee? Makanan laut pun banyak pilihan. Udang ketam, and segala jenis kerang ada. 

For our Thai Tomyam soup, bahan-bahan dorang sediakan macam bahan Yong Tau Fu je, ada sayur, fishball, fishcake and banyak lagi. Sayur pun banyak pilihan, termasuk pelbagai jenis cendawan untuk campur sekali dalam Thai Tomyam Soup.

Lagi satu, dekat sini, dorang sediakan spoon and fork dan chopstick. Kalau korang nak feeling-feeling macam orang Korean, boleh lah guna Chopstick and bowl. Kitorang just guna sudu untuk makan soup and yang lain bantai dengan tangan je. Dah kalau asal Melayu tu nak hilang ke mana? Hihi.


Selain tu, yang best dekat sini, lepas makan, agak-agak perut tu dah berasap, sejuk-sejukkan-lah perut tu dengan desert. Korang boleh ambil aiskrim dan decorate sendiri nak add-on apa, dan buat ABC buatan tangan korang sendiri. 

Air yang disediakan kat sini pun semuanya free flow drink. Lepas habis, boleh refill lagi. Tu sebab aku cakap, dah alang-alang korang bayar mahal tu, gunakan peluang makan ni dengan sebulur-bulurnya! 

 

Till then ;)