Wednesday 30 September 2015

#nurainikhairulengagement : MAJLIS PERTUNANGAN NURAINI JEFRY



Hey,
Assalamualaikum

Sebenarnya berkali-kali jugak aku berfikir, nak update ke tak pasal pertunangan aku. Sebab yelah, bertunang je pun, belum nikah. Lagipun majlis pertunangan ni lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. 

Tapi yang tak syoknya, bila kawan-kawan dah screenshot terus hantar dalam group Whatsapp and ramai-ramai wish tahniah. Jurumekap selaku kawan mak pun awal-awal dah post gambar aku makeup hari pertunangan tu dalam Facebook, dan mak aku sendiri pun tak terlepas dari post gambar majlis dalam Facebook. 

Baru ingat nak buat suprise, kengkonon nak sweet orang tak tahu dah bertunang, tetiba dah kahwin. Bila dah tersebar macam ni, terpaksa lah aku cerita sedikit sebanyak majlis pertunangan aku.

Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ni menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Langsung tak ada niat nak membangga diri atau kepoh ke apa, cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ni. 

Lagipun tak ada apa sangat nak dibanggakan, semua orang pun bertunang jugak before kahwin, so aku harap masing-masing dapat membaca entry ni dengan hati yang gembira ya!




Mengikut adat, majlis pertunangan aku dan Khairul berlangsung pada 26 September 2015, iaitu pada hari Sabtu, raya ketiga Raya Haji. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Majlis pertunangan ni sangat senang nak organize. Catering memang aku serahkan sepenuhnya pada mak dan ayah. Package untuk catering tu dan termasuk makanan, kerusi dan meja dan khemah. Tema aku pilih banyak kepada putih. Senang, takyah serabut kepala.

Lauk memang dah dipilih sendiri oleh mak ayah aku, so menunya yang dihidangkan ialah Nasi Jagung, Ayam Masak Merah, Gulai Daging, Acar dan Bubur Kacang sebagai dessert. Memang niat kami untuk menjamu tetamu makan tengahari.

Dulang hantaran tu aku gubah sendiri dengan mak. Kawan-kawan mak pun gigih tolong ikat reben untuk ceriakan lagi dulang hantaran. Alhamdulillah, walaupun hasil tak seberapa, cukup lah cantik di mata kitorang. Senang sangat, just masuk-masukkan bunga je. Penjimatan sehingga 80% taw!




Masa keluarga lelaki dah sampai, mak memang pesan awal-awal kat aku supaya tunggu dalam bilik, jangan keluar, sampailah dipanggil. Katanya, orang dulu, tetamu akan jenguk dalam bilik anak dara bila nak tengok orangnya. Tapi, walaupun zaman dah modern sekarang, pesan mak, supaya terapkan sifat malu dalam diri. 

Spokesperson side aku adalah ayah aku sendiri, dan disampuk oleh jiran aku, Cik Jaafar, dan spokesperson side Khairul adalah abang ipar sulung-nya, Abang Nuar. Sepanjang pihak lelaki datang dan semasa dorang berhujah, aku tak dapat tengok, disebabkan aku tunggu dalam bilik.

Alhamdulillah, sekejap je tunggu dalam bilik, tak sampai 15 minit, tiba-tiba mak datang ajak ke depan. Aku punya berdebar Tuhan je yang tahu. Rapat tangan aku genggam tangan mak. Dah duduk je atas Mini Pelamin tu, terus ma datang dan sarungkan cincin kat jari. Terketar jari aku semasa disarungkan cincin. Lepas sarung cincin tu, aku salam dengan ma dan kiss-kiss pipi. Tapi aku mula sebak bila ma Khairul pegang muka dan cium dahi aku. Bergenang jugak air mata masa tu. 

Terima kasih mak ayah atas pertolongan melancarkan majlis pertunangan kami. Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudar-mara dan jiran-jiran terdekat sahaja. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. 




Cuma dalam gambar nampak macam gah gila! Aku pun terkejut. Padahal bajet semua minimal. Haa trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer. Terima kasih photographer, Hanshazrick (Afiq Abdullah) sebab power dan berjaya memberi ilusi gah kepada majlis kami. Sangat berpuas hati dengan hasil dorang.

Akhir kata, doakan perjalanan hidup yang bakal kami tempuhi. Semoga dengan ikatan tunang ni mengukuhkan lagi hubungan kami dan semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan urusan nikah nanti. Amin.




Wednesday 9 September 2015

REVIEW: AROMA IKAN BAKAR JERAM

Hey,

Actually dah hampir seminggu nak re-view pasal Aroma Ikan Bakar Jeram ni, tapi disebabkan takde internet yang kuat, terpaksa lah aku hold dulu. Kihkih.

So, 3 hari before sebelum ke Aroma Ikan Bakar Jeram tu, aku dah call sesiap, booked meja. Sebab kalau baca re-view sebelum ni, ramai yang cakap tempat ni biasanya ramai. Tambah lagi, kitorang pergi masa hujung minggu. Jadi untuk mengelakkan dari kena tunggu lama, aku booked awal-awal.

Untuk booked meja by called ni, harap engkorang semua bertenang dan ada tahap sabar yang tinggi ye. Sebab sangat susah owner nak pick-up call. Aku still ingat, pagi dalam pukul 10 cemtu, aku try dalam 2 kali call, then lepas lunch aku try call lagi, last pick-up pada petang jam 5.30.

Apa yang aku rasa unfair, sebab aku request untuk duduk di Saung, untuk feeling-feeling ala makan privasi sikit, tapi katanya untuk Sabtu dan Ahad, dorang tak amek booked untuk duduk di Saung/Bamboo. Bagi aku, sepatutnya, hari minggu lah dorang amek booked for Saung/Bamboo, disebabkan ramai orang datang makan hujung minggu. 

Tapi takpelah, aku ikut je. So sampai sampai tu, dorang tunjuk meja kitorang, yang macam tercorot sikit. Aku mintak dorang tolong tengokkan if ada Saung kosong, untuk kitorang masuk. Dalam 2 minit camtu, staff dia datang kata takde kosong, aku cam hampa sikit lah.

Kitorang punya idea, kitorang pergi tengok sendiri. Alhamdulillah, ada satu Saung yang akak tu dah habis pun, mungkin tunggu ahli keluarga dia siap semua untuk keluar. Dah je duduk, aku terus ke bahagian seafood. And oh ya, aku lupa bagitahu, aku booked meja sahaja, tapi tak booked menu, sebab katanya, kalau dah pilih lauk, tak boleh tukar meja, mungkin akan kelirukan dorang nanti.

Pilih seafood tu dah macam kucing hilang anak, meliar mata aku tengok macam nak grab semua! Dekat sini dorang akan tanya seafood korang tu nak masak apa. Kembalinya kitorang kat Saung tu, kitorang order air dan side dish, dan amek angin sikit kat pantai. Tersangatlah dekat, tapi air dia tak berombak macam di Terengganu. Slow je angin meniup. Menu dia tak lama sangat pun, dalam 15 minit dah sampai.

So, ni antara seafood yang dipilih malam tu.

Pepahat Masak Halia


Ketam Masak Cili

Sotong Celup Tepung

Overall, untuk kesegaran seafood, tak lah 100% segar, sebab dalam masakan Lala tu, ada yang terkena Lala buruk/lama. Dari segi rasa, memang sedap, lebih lagi Ketam Masak Bercili tu. Next time kalau datang lagi, memang aku pilih nasi + ketam sahaja. Hewhew.

Untuk pepahat tu, sedap, tapi mungkin kalau Masak Bercili/pedas, lagi kena dengan selera aku kot. Isi dia gemuk gemuk! Aku paling terkilan sebab aku lupa order masakan ikan. Sungguh aku sangat lupa. Sebab aim aku pada seafood, so aku memang skip bab ikan bakar/3 rasa and whatsoever. 

Dari segi servis, boleh dikatakan cepat, sebab biasanya kalau gi makan seafood, memang berjanggut sikit lah nak tunggu makanan sampai. Surau, tandas and kawasan parking ada disediakan. Oh aku lupa nak mention yang duduk dalam Saung tu dikenakan charge RM10, and Bamboo tu RM20. Disebabkan kitorang berapa kerat je, jadi tak berbaloi lah sewa Bamboo walaupun Bamboo ni paling hampir dengan pantai.

Bagi aku, harga tak terlampau mahal, sebab menu yang kitorang pilih ni tak cecah RM100 pun.

Tempat agak jauh memandangkan kitorang dari Kelana Jaya. Jalan agak sunyi, sampai aku yang drive pun terdiam. Balik dari makan tu, terus mata cerah tak boleh tidur langsung. Aku taktahu kesan dari seafood atau dari jalan yang sunyi tu! 

Wednesday 2 September 2015

TAK SEMUA ORANG SUKA KITA

Heyy,

Adakala aku terfikir, aku mungkin tak pernah menyusahkan hidup sesiapa. Aku mungkin tak pernah ganggu hidup orang apatah lagi membenci dan menyakiti orang lain. Tapi atas sebab apa orang tiba-tiba saja membenci aku. Berkata-kata buruk tentang aku di belakang dan mengatur pelbagai strategi untuk sakitkan aku. Ada yang hingga memburukkan aku dalam doa mereka.

Aku tahu, sebagai manusia biasa, kita tak terlepas dari kekurangan diri. Mungkin dari cara aku bergaul, mungkin dari cara aku bercakap, mungkin pada cara aku berjalan, mungkin dari mata, mulut, hidung dan seumpamanya, yang menjadi sebab orang tak suka, benci dan meluat bila tengok aku.

Lepas je aku dapat tahu berita mengejutkan semalam, aku cuba muhasabah diri. Yelah, kita yang kena, memang rasa orang lain yang salah. Tapi sebelum tidur, aku berfikir sejenak, adakala sikap orang lain adalah cermin kepada sikap aku sendiri. 

Mungkin aku rasa aku tak sakitkan hati orang lain, tapi orang rasa sebaliknya. Mungkin ada silap aku, samada sedar ataupun tak. Jauh sekali untuk aku membenci dan membalas perbuatan orang. 

Kalau orang membenci dan menyakiti kita, itu dosa mereka. Jika ada yang membenci, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti pada orang yang perlu ditaati, seperti ibubapa, suami, isteri dan keluarga.
Biarlah semua orang menolak kita, yang penting kita jaga kawan baik/teman/suami/isteri/keluarga dengan baik.
Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita, yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.

Biarlah ramai orang memulaukan kita dan bercakap buruk di belakang, yang penting kita tak memutuskan tali sillaturrahim.

Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita, yang penting kita tak menyakitkan hati Allah.

Kebahagiaan sebenarnya terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Kalau kita percaya yang dipulaukan oleh orang lain adalah satu perkara yang menyedihkan, hidup kita akan terseksa dan sedih.