Hey,
Balik kerja semalam, tekak tetiba rasa nak makan sup ayam. Singgah kedai runcit kat simpang traffic light tu, kononnya nak cari kentang, sebab ayam ada lagi balance dari buat Nasi Ayam hujung minggu lepas.
Tengah syok-syok pusing kedai tu, dah namanya perempuan, nak beli kentang sebiji, tapi lepas pusing-pusing, ada je 'barang tambahan' yang dibeli. So, mata terpandang seikat sawi yang masih lagi segar. Alang-alang nak bikin sup ayam, terus terfikir nak buat Mee Sup.
So, jom tengok resepi simple Mee Sup.
Bahan - bahan :
Ayam
Batang Saleri
1 Kiub Ayam
Garam
Gula
Bahan kisar :
Rempah Sup Adabi
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Lada Hitam
Bahan sampingan :
Mee Kuning
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng
Fishball
Carrot
Sawi
Cili kicap :
Cili Padi
Jus Limau Nipis
Kicap Manis
Cara memasak sup :
1) Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan.
2) Masukkan ayam, batang saleri, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa.
3) Masukkan bahan sampingan seperti fishball, carrot dan sawi.
4) Celurkan mee kuning, dan masukkan ke dalam mangkuk, dan diikuti dengan menuang sup yang telah siap dimasak.
5) Hidangkan bersama Cili kicap
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment