Hey,
Review kali ni macam berani mati wa cakap lu! Haha.
Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum kahwin, aku dah planned untuk pergi ke spa untuk manjakan diri lah kononnya, tapi sebaliknya aku yang terseksa mental dan fizikal! Seriously, bila ingat balik, rasa macam serik taw nak pergi mana-mana spa.
Lepas hampir sebulan aku google spa mana yang menawarkan pakej menarik dan jarak tak terlalu jauh, aku berkenan dengan Spa Seri Pengantin. Kalau korang tengok dia punya iklan, pergh memang tertarik dengan pakej-pakej spa ni. Terletak di Bandar Puteri Klang, dari rumah sewa aku, tak lah terlalu jauh. Harga pun amat berbaloi bila tengok masa rawatan yang diberi. Nak dibandingkan dengan spa lain, memang korang tak kan dapat pakej macam ni.
Aku mulakan dengan booking tarikh dan masa untuk buat rawatan dari pakej yang aku pilih. Dari dalam whatsapp lagi aku dah pelik dengan feedback dari staff spa ni, whatsapp yang dorang balas langsung tak mesra and everything kena ikut arahan yang diberi dalam whatsapp tu sendiri, tapi aku ikutkan je sebab ingat sistem dorang macam tu.
Hingga lah tiba masa aku sampai ke spa tu sendiri. Spa ni dibuat di rumah teres biasa je, bukan rumah kedai atau lot kedai. Tak dinafikan, pelbagai usaha boleh dibuat dari rumah sekarang ni kan? Cuma rajin tak rajin je. Masuk je pagar rumah, aku tengok ada satu je slipper kat luar rumah. Sebelum ni, dalam whatsapp katanya ramai yang booked, dan aku kena datang sharp dan tunggu, dan untuk elak mengganggu masa orang lain.
Sadly, aku sampai 5 minit lewat, means aku booked pukul 10 pagi, tapi aku sampai 10.05 pagi. Kes-nya aku tersilap lorong masa nak masuk kawasan perumahan, dan kena u-turn and tunggu traffic light pulak. Kat sini aku akui memang salah aku terlewat and masa sampai tu aku dah pun apologised dekat staff berkenaan. Oh ye, aku lupa nak mention, bila masuk je pintu rumah, bau kucing sangat kuat dalam rumah, and suasana rumah sangat gelap dan tertutup.
Dah je duduk atas kerusi, aku terus mintak maaf sebab terlewat dan nyatakan alasan aku, tapi boleh pulak dia kata 'sebarang alasan tak diterima, aku tetap salah'. Seriously, memang terkedu aku masa tu. Tambah pulak dia membebel aku macam robot. Guys, seriously dia macam robot dengan bahasa baku. Dah macam computer bercakap pulak. Kalau korang buka google translate tu, and tekan speaker, haaa camtulah dia bercakap. Then, aku buka purse aku untuk bayarkan balance, then terus dia kata 'saya tidak beri sebarang arahan untuk cik bayarkan duit balance'. Everything kat sini KENA ikut arahan!
1. Facial Seri Wajah
2. Rawatan Ozone Aromaterapi Wajah
3. Japanese Face Relaxi Massage
4. Tanggal blackhead tanpa sakit / bengkak
5. Urut Relaxi Kepala
6. Urut Relaxi Bahu
7. Full Back Body Scrub Anti Selulit
8. Mandian Seri Aura 7 Haruman seri wajah
.
Kami TAMBAH 6 LAGI Rawatan Percuma
1. Selimut Infra Red
2. Masker Lumpur Larva di Tangan
3. Masker (Anjalkan kulit wajah)
4. Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender.
5. Doa Seri Wajah (pelanggan islam)
6. Minuman Rose Tea menyegarkan
Aku memilih Pakej Kasih untuk rawatan kali ni. Actually, dalam rawatan Pakej Kasih ni, ada 14 rawatan yang diberi, but sadly aku cuma dapat 6 rawatan SAHAJA.
1. Facial Seri Wajah
2. Full Back Body Scrub Anti Selulit
3. Mandian Seri Aura 7 Haruman seri wajah
4. Masker Lumpur Larva di Tangan
5. Masker (Anjalkan kulit wajah)
6. Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender
Dan sepatutnya rawatan adalah selama 2 jam, tapi dia pendekkan rawatan aku selama 45 minit SAHAJA. Atas alasan aku lambat datang so dia kena potongkan sesi rawatan untuk pendekkan masa. Bila aku bercakap dan bertanya, boleh pulak dia kata aku berada di zon senyap, so aku tak boleh menyuarakan sebarang bunyi untuk elak ganggu customer lain. Guys, dalam rumah tu memang aku sorang je yang ada. Seriously, staff kat sini memang sangat mental!
Layanan staff spa ni memang langsung tak mesra dan sesi rawatan sangat kasar. Dia punya Full Back Body Scrub Anti Selulit tu dah macam sental bawah kuali! Ya Allah, sakitnya rasa scrub dia masa tu. Aku taktahu bahan apa yang dia guna, and urutan badan sangat kasar and suka hati dia lipat-lipatkan tangan and kaki! Dah tu, untuk sesi Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender, korang kena rendam sendiri, masa ni tak ada pulak arahan dia beri. Air rendam tu pulak entah air mana yang ditadahnya, warna air memang kotor dah macam bekas orang guna banyak kali.
Aku macam malas nak huraikan apa yang aku lalui sepanjang sesi rawatan di Spa Seri Pengantin ni. Sangat ralat sebab dah lalui dulu baru aku jumpa review dari blogger lain. Rupanya dorang semua dah 'merasa' dulu sebelum aku. Overall bagi aku, servis dorang sangat teruk dan mengecewakan! Kat bawah ni aku ada print screen-kan comment dari blogger lain. Lepas baca comments kat bawah, korang nilai sendiri lah ye.
Untuk korang yang nak cuba dan rasa sendiri, boleh datang ke :
SPA SERI PENGANTIN (JOM CANTIK SALON & SPA)
No 52A, Jalan Kerongsang 10,
Bandar Puteri Klang,
41050 Klang,
Selangor
TEMPAHAN: 012-3155020
Buka Tiap Hari : 9am-6pm.
Baru inagt pergi. Tapi bila baca macam ni rasa takut pula. Dalam wassup pun taip macam mesin. Asyik suruh ikut arahan. Tanya pun tak boleh. Sakit mental dibuatnya.
ReplyDeleteSeriously, saya tak recommend untuk pergi, unless kalau awak nak 'merasa' haha. Sedih sangat sebab pergi dulu baca jumpa ramai review kata bad service.
DeleteAssalamualaikum sis saya baru balik dari spa tu.. saya ingatkan saya seorang terkena mcm ni. then after balik dari spa sampai rumah I terus bukak laptop nk tgok review I jumpa u punya blog.. cakap macam mesin. kasar, dan tak mesra dgn customer. sedih betul bila tahu mcm ni sis
ReplyDeleteAlaa kesiannya, next time, nak pergi ke mana-mana, tengok review dulu ye. Saya mula-mula pun macam CY, terus terjah, balik baru tengok review. Huhu
DeleteAlamakk.. Dah bayar deposit.. Minggu depan appointment.. Seram plokk.. Dah bayar deposit bru baca review 😂
ReplyDeleteNadira, try lah pergi dulu. Mana tahu sekarang tempat tu dah okay ke. Lepas pergi jangan lupa comment balik kat sini ye. Nak tahu jugak new update macam mana servis diorang haha
Deletebetol2.. sy pun bru ja p. blik rumah bdan trus rasa lenguh semacam. trauma terus. lg stress ada la...
ReplyDelete😁
Deletesobb sobb. sy baru pergi smlm. sblm book tk terfikir nak tgk review langsung. bila balik baru gatal nk google, terjumpa blog awk. sedih! worst experience ever!! sy berbaloi bila sy tk habis kan sesi rawatan sy. SCRUB & Mandian, semasa rendam kaki dlm buih, terus soalan keluar dri mulut dea "sila masuk ke bili rawatan jika ingin membuat facial, jika tidak terus ke bilik persalinan". sy terus decided ke bilik persalinan dan balik!! 20 minit pon tk sampai. dea ckp ada pelanggan lain di atas. tapi tkde, sy sorg je.. mmg scary, dlm hati ntah2 kne skam ni. huhuhuhu
ReplyDeletealaaa kesiannya. tapi kita senasib lah shafirah. okay lah tu awak decided untuk tukar baju terus, masa sy haritu teruskan jugak sesi dia sebab fikir dah bayar hmmm
DeleteEda pernah pergi ke? Yup, totally agree, sebab nak tolong bangsa sendiri lah pergi kat spa ni haritu huhu
ReplyDeleteAku baru pergi weekend lps 11/2/17. serius staff dia psycho.. better jgn pergi nnti menyesal... drpd korang rugi bayar full baik korang rugi bayar deposit. Servis lgsg tak memuaskan hati.. ape je yg korang alami semua aku alami jugak. Psycho.
ReplyDeleteAku baru je pegi last weekend 11 feb 17. Apa je yg korang ckp mmg sama. Sebijik.. so sapa2 yg dh bayar deposit tu biar la rugi deposit je dr korang rugi bayar full.. psycho giler..
ReplyDelete😁
DeleteSaya baru pergi dgn kawan Saya. Kami berempat. Perghhhh mula2 dah kena beb pasai parking depan umah dia. Ok fine sy repark. Lepas tu kena lg siap ckp kelam kabut amalan SYAITAN!! Perghhhh ayat xleh blah. Semua X pernah tempah2 camni n X biasa. So kami just Nak try la. Muslimah lagi. Seorg therapist 4org customer. U all imagined macam mana dia kejar. Dlm pada dtg Nak relax terus jd takut wei. Apa salahnya ckp elok2. Ini X sila bc arahan di cermin sila baca arahan di cermin. Ni org Ke robot. Hahahahaha Nak buat kami stress n blah ye sorry therapist tu pulak yg stress rasanya sbb kami X ikut arahan sampai dia berdiri kat hall kecik tu tujuk apa yg dia Nak sebenarnye. Lagi satu sblm masuk dlm blik tu dia pesan sruh baca selawat bagai sbb spa ni X boleh tergesa2 sekali lagi AMALAN SYAITANNNNN... Pastu dia ckp kat dlm blik tu akan di pasang ayat2 suci. Tapiiii sepanjang kami kat dlm bilik tu muzik slow je yg bunyik. Hampeh. Tobat X g Dah walaupun tepi umah. Menyesal!!!
ReplyDeleteahahaha nak tergelak pun ade weh! sebab sama-sama rasa. yup, pasal amalan syaitan tu terkena jugak sebab iols datang lewat 5 minit! awak okay lagi ada geng sekali, masa saya pergi tu sorang serious takut gila. memang takut sangat-sangat! aah sakit hati betul suruh baca arahan kat cermin tu, tak boleh nak cakap lelok.
Delete25 Febuari 2017
ReplyDeleteBaru jer mengalami mimpi ngeri dengan kawan2.Kami berempat pegi ke spa ni. Niat nak teman kawan kami yang bakal berkahwin alang2 teman kami pun ambil pakej facial. Sepanjang perjalanan sebenarnya dah tak sedap hati tapi kami gagah jugak pegi.sampai jer rumah tu masuk2 dah bau busuk.lepas tu cara percakapan dia serious macam robot.banyak kali kami ditegur kononya kami ni membawa sesuatu yang makhluk jahat bersama kami.serious memang dah tak sedap hati.lepas tu kawan yang booking kena isi form tersalah tulis nama pun dia cakap tak ikut arahan.kena begitu formal.lepastu rawatan tak buat lagi dah minta kami bayar lump sum.pendekkan cerita lepas tukar baju kami disuruh pejam mata dan tidur didalam satu bilik.kami rasa tak sedap hati.so saya dan 2 org kawan decide utk keluar.kesian seorg lagi dah ada dalam bilik lain waktu saya nak buka pintu bilik tu dan nak bercakap dengan kawan saya tu dia larang saya dan dia paksa kami keluar dr rumah tu.seriously attitude apa ni.kami dah bayar dan kami dihalau?!kami tak sedal hati saya dan seorg kawan masuk balik ke rumah dan desak nak jmpe kawan saya tadi.mulanya dia tak bagi tapi saya paksa jugak.muka dia dah lain macam tahan marah.bila saya jumpa kawan saya dia terus cakap tak nak teruskan.rupanya masa dia mandi tadi dia ada terjunpa beg hitam besar didalam kolah so dia tak srdap hati.sebelum keluar dari rumah tu saya beranikan diri bercakap dengan owner sebab saya pelik kenapa kami dilayan sedemikian rupa.macam dalam kem!serious kami tak tenang.dan dia cakap ayat Al-Quran dimainkan kenapa kami tak tenang seolah2 kami ni syaitan cara dia cakap.lepas hampir 10 min saya berdebat akhirnya kami balik tanpa buat apa2 rawatan.dan kami tak menyesal! Utk pengetahun RM300 sudah dibayar kepada dia dan sedikitpun dia tak pulangkan.Saya dah buat laporan dgn kpdnkk bukan nak tutup periuk nasi dia tapi dengan cara layanan yang begini kasar dan kami rasa ditipu bila dia seorang saja nak buat kami berempat dan kononnya ada lagi 2 org sedangkan kami rasa memang kami saja disitu saya nak dia disiasat.Malang kami sebab baru baca review ni��
Ya Allah! Serious ke Eyda! I'm so sorry to hear that! Sedihnya ya Allah. Nape dia cakap kat korang camtu??? Macam tak boleh terima, this is the worst kes saya pernah dengar. Yup, saya pun kena tutup mata lepas tukar baju tu, and saya ada buka sekejap untuk tengok sekeliling, then dia paksa jugak saya tutup mata and berdiri tegak betul-betul depan saya untuk tengok saya pejam mata ke tak! Masa saya pegi tu sorang je, nak bercakap/tanya dia pun tak boleh. Beg hitam dalam kolah? OMG.
DeleteOMG sayaaa baru baca review jugak! bag hitam dlm kolah tu pun ada nmpk jugak tp tak berani bukakk! masa saya duduk dkt kerusi dia suh pejam mata dan tolak badan ke kerusi marah sbb tak rehatkan diri. eii pastu kalau ikut pakej dia ckp buat itu ni smua mcm takde rasa apa pun berubah. menyesal btul pg!
Deletesalah seorang mangsa terkena juga.masuk2 dah kne.ingat saya je yang dia ckp bawak hantu.hahahha...pergi spa sendrian tp ada dalam 3 orng kat spa tu.semua saya buat salah membuatkan saya baca arahan dengan berhati2..bila scrub anggota saya jadi takot dengan keadaan disekeliling.then dia stop buat sebab badan saya mengeras..stopla pergi tempat tersebut..lpas je siap semua trus balik.saya xtaw macamana dalam fb orang boleh ambil gambar ceria selepas membuat spa tersebut..
DeleteSaya baru pergi tadi..memang mnyakitkan hati...hati rasa tkut je..bila dia suruh baring ..rhatkn minda.pejam mata semua...sy rasa mcm tak kna..sy pakai baju balik..then cancel bnda tu..duit tu halalkan je la..
ReplyDeleteAssalam guys, why not semua mangsa tolong report kat KPDNKK, kite mesti tegakkan hak kite sebagai pengguna. Ok, boleh imagine tak buta-buta die untung beratus, tapi kite dapat layanan macam tu, die suruh kite tenangkan diri, rehatkan minda, bace ayat kursi, tapiiiii care die treat kite dari first kaki melangkah masuk rumah dah buat kite bengang, takut and seram sejuk.
ReplyDeleteSumpah hati rase tak tenang. Arahan die, selagi mata tak tutup, rawatan tidak akan dimulakan (what the???) lebih2 lagi sy rase insecure bile die suruh tinggal semua barang berharga dalam bilik salinan. And one more thing, nak buat facial je pun, tapi die suruh tanggal seluar dalam and bra bagai, kain batik longgar. Lepas masuk dalam bilik yang ade dua tilam yg nipis kat lantai and bau hapak, die suruh tenangkan diri, biarkan kain batik longgar dan anda boleh tidur. Ya Allah, sumpah time tu Allah je yg tau betape takutnye perasaan ni.
Rumah die je dah cukup menyeramkan, bau hapak. Nasib baik ktrg ber-3 beranikan diri cakap tak boleh nak teruskan, and korang tau tak, lepas pakai balik baju, die guide kitorang ke pintu keluar. Yes, padahal kitorang dah bayar total RM300.00, tapi sebab kitorang tak sanggup nak teruskan, die halaunye kite keluar. Walaupun, seorg lagi kawan kite yg datang sekali ade kat bilik lagi satu. Kite nak panggil die tak bagi, tapi lepas dah keluar tu rase macam kejam pulak, tinggal membe sorang2 kat dalam rumah tu.
Disebabkan rase tak sedap hati, kite org masuk balik ajak die balik dan paling puas hati, kite irg sempat berdebat dengan pemilik spa tu, pemilik kot sbb mmg ade die sorg je kat situ yg kononnye boleh layan sekali 6 org dalam satu mase. Tak gaduh ngan die, tapi macam2 ktrg soal die sblm bla, tapi die still jawab mcm robot, ke mcm operator yg ckp kat autopay machine.
Die scary and penipu.
Sapa yang nak merasa masuk tadika. Boleh lah pergi spa tu. Totally insane! 😂 Waktu baru datang tu ada sorang lagi customer tengah daftar masuk untuk settlekan pembayaran baki. Dia bagi duit cukup cukup. Selepas tu saya pulak, time saya, saya bagi dulu yang melebihi cukup. Dan saya tanya baki tu memang tanak bagi eh? Dia boleh kata kita tak menyediakan wang baki. Sedangkan customer sebelum nya dia bayar banyak duit seringgit seringgit. Tak boleh imagine orang yang berwatakan begitu tapi boleh amik ringan tentang duit baki. Bayangkan ada lagi customer yang mcm tu dan tak halalkan duit tu, tak ke merangkak dia nak cari sorg sorg nanti 💆🏻🤷🏼♀️🤦🏼♀️
ReplyDeletesaya bru je pegi pagi tdie... serius nmg truk gile r die pnye layanan... rasa nak lempang je muka die bile ckp byk2 kali cm robot tu... dah r bawak emak konon nye nak die relex ni jdi lain plk bertmbah tekanan. bile smpai umah pergghhh sakit kut kepala. dah r nmg x r nak pegi spa die dah... ni r spa pling worst....
ReplyDeleteSaya baru je pergi semalam..kena layan macam sampah weiii...sy dah la dr jauh datang..gigih benau sebab pker murah..sekali dapat layanan macam tu..sy nak masukkan kunci kreta dalam beg pun dia cakap tolong jgn bising n sila selawat bla bla bla..sila kenalkan nama..mana sy tahu nama awak siapa..bila kta ckp nama..tlg bagi nama penuh..da ckp smua..maaf ini bkn tempat interview..tsedak air liur..xmesra lansung..sumpah xkan jejak kaki ke situ da..
ReplyDeleteYa Allah sy bru je pergi semalam..seriously sgt2 xberpuas haty ! Kecewa terok dgn servis terapist kt situ..Allahu cara pemakaian dh bagus islamik berpurdah siap tapi layan customer mcm sampah..i pay her what..xboleh ke layan elok2?bila sy tanya ape2 dye marah2..then dok suruh ulang bnyak kali baca arahan..why not just give a simple instruction for us to correct the wrong things..elok2 nk manjakan diri kononnya..stress tiba2 sy kt situ..that time cume rase bile nk habis n nk cepat2 balik..fed up tgok terapist tu..sgt2 laa xrecomment for those yg nk pergi sini..Allah je tau seksa nye mcm mane g spa kt sini..dh laa dtg jauh2..sumpah kecewa terok..����
ReplyDeleteYa Allah sy baru je pergi smlm..seriously mmg terok gile terapist dye..smue bende nk suruh baca arahan..lepas tu bila tanya dye marah kite pulak ckp dlm zon senyap..sila refer arahan..sumoah stress gile smlm..rase mcm nk cepat2 habis treatment and balik..bnyak kali pulak tu kene marah..hishh..annoyying kot..cara pemakaian dh islamik dh..bg salam xberjawab..layanan terok..bg arahan nk marah2..ya allah mmg kecewa terok..tgok review kt fb bkn kain letup2 lagi..skaly pergi rasa mcm kalah kem askar..Allahu..sy mmg xleh trime lngsng the way she treat me yesterday..until now still remember..mcm nighmare gile msuk spa tu..bru terasa nk manjakn diri konon..at last mase dtg xberapa stress habis treatment level stress totally up over limit ! Sumpah menyesal..korang2 yg nk pergi tu fikir 1000 kali...seriously mengecewakan..xtau nk luah kt mane sbb dkt page spa tu xde review customer..kalau ade kompom dh ramai bg feedback xpuas haty..so sad ! Bayar mahal2 tapi layanan mcm sampah..😭😭
ReplyDeletemy fren baru je pegi. dia kata dia kena sebijik macam awak. dia baru oergi semalam.. korang kena report seriously nanpaknya dorang masih berleluasa beraktiviti.
ReplyDeleteapa yg awak tulis tu mmg 100% betul...yg paling klaka skali dia dh block adik i dkt wassap...dkt instagram pon dia block jgk...seriuslh i mmg rse nk carut2 je dia tu...bkn nk ttup periuk nasi dia..tp i kesian nnt org lain pon kna jgk
ReplyDeletesalam, kawan sya baru terkena dengan spa ni juga dia pergi pada 17hb march 2018. dia pun dpt pengalaman yg sma macam korg semua. masuk dlm rumah lagi dia dah rasa pelik. pekerja x da greet atau bagi salam atau suruh duduk pun. cuma pandang computer click sana sini. die pon duduk aje depan org tu. tp org tu sound pula suh die bertenang dgn bc alfatihah dan ayt kursi. siap ckp patut nye lebih tenang dan muka jgn cuak. dtg spa bukan pg interview..kawan saya cuak sb die kate lain mcm aje tmpt tu. semua nye ade instruction bertulis. xdibemarkan bercakap/ bertanya. masa treatment pon layanan kasar, siap warning akan hentikan treatment klau xrelax..mcmne nk relax dan bertambah stress je lg ade la. die kate da blk baru google dan tengok ramai yg terkena
ReplyDeletesalam, kawan sya baru terkena dengan spa ni juga dia pergi pada 17hb march 2018. dia pun dpt pengalaman yg sma macam korg semua. masuk dlm rumah lagi dia dah rasa pelik. pekerja x da greet atau bagi salam atau suruh duduk pun. cuma pandang computer click sana sini. die pon duduk aje depan org tu. tp org tu sound pula suh die bertenang dgn bc alfatihah dan ayt kursi. siap ckp patut nye lebih tenang dan muka jgn cuak. dtg spa bukan pg interview..kawan saya cuak sb die kate lain mcm aje tmpt tu. semua nye ade instruction bertulis. xdibemarkan bercakap/ bertanya. masa treatment pon layanan kasar, siap warning akan hentikan treatment klau xrelax..mcmne nk relax dan bertambah stress je lg ade la. die kate da blk baru google dan tengok ramai yg terkena
ReplyDeletemasih beroperasi lgi ke spa tu ? sye pon da trkene thun lps g ngan adik. same la ngan cerita2 anda smue. yg bungkusan hitam tu sye ambik sbb perasaan ingin tahu sngat tggi. cume plastik sampah kosong n xde ape2 pon. tpi pelik gak pe tujuan die ltak dlm tu erkk????? hehe
ReplyDelete