Tuesday, 27 September 2016

#nurainikhairulwedding : HIV TEST DI KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

Hey,

Kali ni aku nak share pasal membuat ujian saringan HIV untuk bakal pengantin. Seperti yang sedia maklum, dalam persediaan perkahwinan, HIV test adalah salah satu perkara wajib yang perlu dibuat. Syarat nak buat HIV test ni pulak kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan, sebab HIV test cuma bertahan selama 6 bulan, so pandai-pandai korang lah pilih satu tarikh yang sesuai untuk buat HIV test before majlis perkahwinan. 

Untuk HIV test ni, aku dan Khairul pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam. Sebelum aku pilih untuk ke klinik ni, aku dah google dulu feedback dan cara untuk buat ujian saringan HIV ni. Senang cerita, lain klinik, lain caranya. So, untuk entry kali ni, aku akan share cara senang untuk membuat ujian saringan HIV untuk bakal pengantin. Untuk korang yang nak ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam, alamatnya ada kat bawah ni ye.

Address :
Klinik Kesihatan Seksyen 19,
Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, 
40300 Shah Alam, 
Selangor.

Contact number :
03 - 5541 3570


1. HUBUNGI TEMPAT UJIAN
Okay, most important, korang kena tahu yang korang cuma boleh buat ujian ini di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja ye. Please call dulu tempat HIV test pilihan korang, dan make sure tempat pilihan korang tu ada buat servis ujian saringan HIV, sebab bukan semua klinik kesihatan ada menawarkan servis ujian HIV taw!

2. BAWA KAD PENGENALAN DAN RM1
Untuk ujian saringan HIV di klinik kesihatan dan hospital kerajaan ni, korang cuma perlu bawak IC korang and duit RM1, letak dalam kocek baju atau seluar siap-siap hokay!

3. ISI BORANG
Borang ujian saringan ni berlainan ikut tempat yang korang pilih. Untuk pasangan yang luar negeri, make sure korang dah bawak sekali borang kebenaran untuk buat ujian saringan HIV dari negeri asal korang. Biasanya, masa korang beli borang kahwin di pejabat agama tu, dia akan sertakan sekali borang kebenaran ujian saringan HIV. And jangan lupa bawak pen korang sendiri, untuk lebih selesa, tak adalah nanti moody tunggu turn nak guna pen. Hehe.

4. UJIAN SARINGAN
Untuk korang yang dah fikir macam mana ujian darah ni, janganlah terlalu risau hakak-hakak hadek-hadek, dorang cuma titik sikit je kat hujung jari untuk keluarkan darah. Tak boleh aku lupa, turn aku haritu sampai kena dua kali tebuk kat hujung jari, kes-nya darah aku pekat tak keluar. Haha. Kebanyakkan klinik kesihatan dan hospital kerajaan, dorang akan guna rapid kit test, so keputusan ujian korang boleh dapat tahu within 15 minit je. Sangat cepat, kan?


5. KEPUTUSAN UJIAN 
Untuk korang yang HIV negatif, korang dan pasangan boleh terus balik dan pergi dating tengok wayang. Tapi kalau korang atau pasangan yang positif HIV, korang perlu membuat ujian pengesahan, and berkemungkinan akan diberi sesi bimbingan kaunseling. Alhamdulillah aku dan pasangan dua-dua-nya HIV negative.

Thursday, 22 September 2016

#nurainikhairulwedding : SPA SERI PENGANTIN

Hey,

Review kali ni macam berani mati wa cakap lu! Haha.

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum kahwin, aku dah planned untuk pergi ke spa untuk manjakan diri lah kononnya, tapi sebaliknya aku yang terseksa mental dan fizikal! Seriously, bila ingat balik, rasa macam serik taw nak pergi mana-mana spa. 



Lepas hampir sebulan aku google spa mana yang menawarkan pakej menarik dan jarak tak terlalu jauh, aku berkenan dengan Spa Seri Pengantin. Kalau korang tengok dia punya iklan, pergh memang tertarik dengan pakej-pakej spa ni. Terletak di Bandar Puteri Klang, dari rumah sewa aku, tak lah terlalu jauh. Harga pun amat berbaloi bila tengok masa rawatan yang diberi. Nak dibandingkan dengan spa lain, memang korang tak kan dapat pakej macam ni.

Aku mulakan dengan booking tarikh dan masa untuk buat rawatan dari pakej yang aku pilih. Dari dalam whatsapp lagi aku dah pelik dengan feedback dari staff spa ni, whatsapp yang dorang balas langsung tak mesra and everything kena ikut arahan yang diberi dalam whatsapp tu sendiri, tapi aku ikutkan je sebab ingat sistem dorang macam tu.

Hingga lah tiba masa aku sampai ke spa tu sendiri. Spa ni dibuat di rumah teres biasa je, bukan rumah kedai atau lot kedai. Tak dinafikan, pelbagai usaha boleh dibuat dari rumah sekarang ni kan? Cuma rajin tak rajin je. Masuk je pagar rumah, aku tengok ada satu je slipper kat luar rumah. Sebelum ni, dalam whatsapp katanya ramai yang booked, dan aku kena datang sharp dan tunggu, dan untuk elak mengganggu masa orang lain. 

Sadly, aku sampai 5 minit lewat, means aku booked pukul 10 pagi, tapi aku sampai 10.05 pagi. Kes-nya aku tersilap lorong masa nak masuk kawasan perumahan, dan kena u-turn and tunggu traffic light pulak. Kat sini aku akui memang salah aku terlewat and masa sampai tu aku dah pun apologised dekat staff berkenaan. Oh ye, aku lupa nak mention, bila masuk je pintu rumah, bau kucing sangat kuat dalam rumah, and suasana rumah sangat gelap dan tertutup. 

Dah je duduk atas kerusi, aku terus mintak maaf sebab terlewat dan nyatakan alasan aku, tapi boleh pulak dia kata 'sebarang alasan tak diterima, aku tetap salah'. Seriously, memang terkedu aku masa tu. Tambah pulak dia membebel aku macam robot. Guys, seriously dia macam robot dengan bahasa baku. Dah macam computer bercakap pulak. Kalau korang buka google translate tu, and tekan speaker, haaa camtulah dia bercakap. Then, aku buka purse aku untuk bayarkan balance, then terus dia kata 'saya tidak beri sebarang arahan untuk cik bayarkan duit balance'. Everything kat sini KENA ikut arahan!


1. Facial Seri Wajah
2. Rawatan Ozone Aromaterapi Wajah
3. Japanese Face Relaxi Massage
4. Tanggal blackhead tanpa sakit / bengkak
5. Urut Relaxi Kepala
6. Urut Relaxi Bahu
7. Full Back Body Scrub Anti Selulit
8. Mandian Seri Aura 7 Haruman seri wajah
.
Kami TAMBAH 6 LAGI Rawatan Percuma
1. Selimut Infra Red
2. Masker Lumpur Larva di Tangan
3. Masker (Anjalkan kulit wajah)
4. Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender.
5. Doa Seri Wajah (pelanggan islam)
6. Minuman Rose Tea menyegarkan

Aku memilih Pakej Kasih untuk rawatan kali ni. Actually, dalam rawatan Pakej Kasih ni, ada 14 rawatan yang diberi, but sadly aku cuma dapat 6 rawatan SAHAJA. 
1. Facial Seri Wajah
2. Full Back Body Scrub Anti Selulit
3. Mandian Seri Aura 7 Haruman seri wajah
4. Masker Lumpur Larva di Tangan
5. Masker (Anjalkan kulit wajah)
6. Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender

Dan sepatutnya rawatan adalah selama 2 jam, tapi dia pendekkan rawatan aku selama 45 minit SAHAJA. Atas alasan aku lambat datang so dia kena potongkan sesi rawatan untuk pendekkan masa. Bila aku bercakap dan bertanya, boleh pulak dia kata aku berada di zon senyap, so aku tak boleh menyuarakan sebarang bunyi untuk elak ganggu customer lain. Guys, dalam rumah tu memang aku sorang je yang ada. Seriously, staff kat sini memang sangat mental!

Layanan staff spa ni memang langsung tak mesra dan sesi rawatan sangat kasar. Dia punya Full Back Body Scrub Anti Selulit tu dah macam sental bawah kuali! Ya Allah, sakitnya rasa scrub dia masa tu. Aku taktahu bahan apa yang dia guna, and urutan badan sangat kasar and suka hati dia lipat-lipatkan tangan and kaki! Dah tu, untuk sesi Rawatan Relaxi Rendam Kaki Buih Lavender, korang kena rendam sendiri, masa ni tak ada pulak arahan dia beri. Air rendam tu pulak entah air mana yang ditadahnya, warna air memang kotor dah macam bekas orang guna banyak kali. 

Aku macam malas nak huraikan apa yang aku lalui sepanjang sesi rawatan di Spa Seri Pengantin ni. Sangat ralat sebab dah lalui dulu baru aku jumpa review dari blogger lain. Rupanya dorang semua dah 'merasa' dulu sebelum aku. Overall bagi aku, servis dorang sangat teruk dan mengecewakan! Kat bawah ni aku ada print screen-kan comment dari blogger lain. Lepas baca comments kat bawah, korang nilai sendiri lah ye. 







Untuk korang yang nak cuba dan rasa sendiri, boleh datang ke :

SPA SERI PENGANTIN (JOM CANTIK SALON & SPA)

No 52A, Jalan Kerongsang 10, 
Bandar Puteri Klang,
41050 Klang,
Selangor

TEMPAHAN: 012-3155020

Buka Tiap Hari : 9am-6pm. 

Thursday, 25 August 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS MENGUNJUNGI PAMERAN PENGANTIN

Hey,

Dalam cepat pun aku celah jugak masa untuk update entry kali ni, sebab rasanya ada pentingnya tips ni untuk korang yang tiba-tiba boyfriend/tunang call untuk pergi ke Pameran Pengantin. So, here we are! Awal-awal aku nak cakap sorry kalau tips kali ni terlalu sikit untuk korang ye. 

SET BUDGET
This is the most important things to know. Adalah sangat cliché bila kalau korang pergi ke mana-mana booth berkaitan perkahwinan, perkara pertama yang dorang akan tanya adalah berapa bajet korang. Last time waktu aku pergi ke Pameran Pengantin, singgah booth yang pertama sekali, booth catering, belum apa-apa dorang dah tanya "budget cik berapa ye?". Nasib si Khairul ni pandai mencelah, dengan jawapan, "budget kecik, tapi yang penting nak tengok menu apa yang ditawarkan, sebab dalam sesuatu majlis makan, menu makanan adalah perkara terpenting jugak".

Please make sure korang dah sediakan bajet untuk setiap item yang ada dalam majlis perkahwinan korang. Berapa kos simpanan korang, berapa kos sumbangan family dan sebagainya. This is important untuk tengok balik samada kita terlebih budget atau boleh tambah mana yang kurang. Dalam masa yang sama, penjimatan amatlah memainkan peranan dalam budget list korang tu.


TAHU APA YANG KORANG NAK 
Kalau korang memang nak serah semua pada wedding planner tak ada masalah. Yang masalahnya bila korang jenis cerewet macam aku ni haaa. Semua benda nak settle sendiri, haha. And pada yang nak buat sendiri tu make sure korang dah buat banyak survey and tahu apa yang korang nak dalam majlis korang okay? Jangan lupa tengok tengok sikit harga semasa, dengan tu korang boleh pilih yang lebih murah dan berkualiti. 


BUAT RESEARCH 
Sesuai dengan zaman teknologi sekarang, wedding services ramai gila yang korang boleh jumpa dalam media sosial. Daripada pelamin, katering, photographer, jurumekap and paling senang sekarang doorgift pun ada dah jual siap taw, tunggu pickup je. Aku tak ketinggalan dalam cari servis-servis perkahwinan secara online. Senang kan, tak payah susah nak pergi kedai cari apa yang kita nak.

Dengan research macam ni, korang boleh tengok hasil kerja dorang sebagai servis perkahwinan ni. Dan boleh jugak tahu feedback dari customer. Google je apa yang korang nak, mesti akan jumpa, lagi senang sekarang dorang ramai gunakan hashtag (#).


JANGAN MENGALAH DENGAN SEKELILING
Kadang-kadang ada vendor yang suka push korang untuk buat pengesahan booking pada masa tu jugak. Aku experienced dalam hal macam ni, luckily Khairul pandai tolak tawaran orang dengan cara baik, kalau aku lah, terus bayar deposit gamaknya!

So, those yang kena macam ni, jangan mengalah. Unless kalau korang betul-betul suka dan berpuas hati. Kuatkan diri korang dan buat keputusan bila korang betul-betul yakin. Remember guys, belanja kahwin bukan macam belanja makan, belanja kahwin kena betul-betul detail tentang kos yang terlibat. So make sure buat keputusan yang tepat supaya korang tak menyesal kemudian hari.


PERGI AWAL
It's better pergi awal dari pergi saat akhir pameran, trust me. Pergi masa 1st day pameran is the best choice, banyak benefit yang korang boleh dapat. Kalau korang tak suka sesak dengan orang ramai, elakkan pergi waktu puncak, seperti lunch hour, lepas balik kerja atau hujung minggu. At least, kalau pergi awal, korang ada masa yang cukup untuk fikir before buat keputusan.


TANYA
In case kalau korang tak faham apa-apa, jangan malu untuk bertanya. I believe dalam apa jua keputusan yang nak buat, nak pergi mana, banyakkan bertanya. Walaupun korang fikir mungkin perkara tu macam budak-budak, just ask. Jangan malu-malu. Pasal fabrik, pasal jenis kertas untuk album, pelamin atau apa-apa jelah.


PEKA
Make sure korang peka dengan setiap penjelasan yang diberi. Kalau korang cari pakej baju kahwin, tanya tentang jenis kain yang disediakan dan sebagainya. Lagi bagus bila korang dah ada rekaan baju yang korang suka, so that korang boleh tanya terus berapa kos untuk pakej korang.


HAVE FUN
Yang paling penting dalam membuat persiapan perkahwinan adalah jangan terlalu stress. Memanglah banyak yang perlu dibuat, dibayar, disiapkan, ditempah dan sebagainya. Tapi kalau korang asyik merajuk, bermasam muka kan tak best tu?

So good luck untuk korang yang bakal berkahwin atau sedang merancang perkahwinan ye.