Wednesday, 1 June 2016

TAHNIAH ADIK!

Hey,

24/5/2016 baru ni aku sengaja ambil cuti untuk meraikan Hari Pendaftaran adik bongsu aku. Rasa macam sekejap sangat masa, tiba-tiba dia dapat surat tawaran untuk ke universiti. Gigih taw, lepas je Family Day, terus kitorang ke Perak pulak untuk daftarkan si bongsu tu.

Sampai je negeri Perak, kitorang terus checked in di D'Hotel, Bandar Seri Iskandar. Esoknya, tibalah Hari Pendaftaran. Alhamdulillah, pendaftaran sangat mudah dan senang. UiTM Kampus Seri Iskandar ni guna konsep drive through. Penat jugak aku fikir macam mana la nak daftar ala-ala McD. Rupanya, bila korang masuk je pagar UiTM korang terus dapat kolej. Akan ada dua line. Sebelah kolej lelaki dan sebelah lagi kolej perempuan.

So, lepas dapat je kad kolej kitorang terus ikut laluan ke kolej . Kemudian terus buat pendaftaran. Tak sampai sejam tunggu, adik dah dapat kunci bilik dan beberapa borang kolej. Lepas tu kitorang terus naik ke bilik adik and kemas barang-barang dengan sedih sebab dah nak berpisah. Agak-agak dah settle urusan pendaftaran, barang dan makanan pun dah cukup, bilik pun dah settle, kitorang pun gerak balik ke Selangor. 

Untuk adik, dah masuk universiti ni, maksudnya dah start next level of life, which officially kena tahu engko ada responsibility. Semua benda dah jadi serious, tak boleh nak acted macam budak sekolah lagi. Hopefully, adik boleh tunaikan hasrat parent kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

Tahniah adik!



No comments: