Hey,
Actually aku dah lupa berapa haribulan family aku datang ke Kuala Lumpur untuk jemputan berbuka puasa company ayah aku. Punyalah busy lately ni, mengalahkan Dato' Datin nak update new entry. Haha.
Company ayah aku memilih PNB Perdana Hotel & Suites On The Park sebagai tempat untuk staff menginap. Tahu je family aku dapat tidur kat hotel besar dan best macam ni, aku tak lepas peluang untuk joined dorang sekali. Hihi. Ini adalah kali kedua aku menginap di PNB Perdana Hotel dan aku terpanggil untuk buat satu entry pasal hotel ni.
So, untuk pengetahuan korang, PNB Darby Park Executive Suites terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan-jalan utama lain di bandar raya Kuala Lumpur. Hotel ni terkenal dengan ruang yang menampilkan aura moden dan eksklusif. Suasana dalam setiap bilik di hotel ni sangat selesa dan dilengkapi perabot terpilih dan pelbagai kemudahan lain.
PNB Perdana Hotel ni lain daripada yang lain, sebab dorang bukan sahaja menyediakan bilik tidur, tapi lengkap dengan ruang dapur, ruang tamu dan juga ruang makan. Jangan tanya pasal size the whole bilik, memang jawap aku, adalah sangat besar, sama seperti apartment yang lengkap dengan semua perabot dan kelengkapan.
Menurut flyers yang aku baca, disebabkan penginapan yang ditawarkan sangat istimewa dan selesa seperti berada di rumah sendiri, pihak hotel banyak menerima tempahan daripada pelancong luar. Dorang malah menjadikan hotel ni sebagai rumah dorang bila berada di Kuala Lumpur. Di hotel ni juga ada menawarkan Pakej Menginap selama 3 bulan, 6 bulan, setahun dan sebagainya.
Harga bilik untuk kadar penginapan satu malam bermula antara RM 600++ hingga RM 2,470, manakala suite empat bilik (Lifestyle Residence) mencecah RM 10,400++ untuk satu malam.
Email :
reservations@pnbdarbypark.com
Address :
10,
Persiaran KLCC,
Kuala Lumpur,
50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Phone :
03-7490 3333
No comments:
Post a Comment