Hey,
Hari jadi Khairul jatuhnya pada tarikh 6/9/2016 bulan lepas, tapi baru hari ni diberi peluang untuk update entry pasal si Khairul ni. Alhamdulillah, sekarang dah officially jadi suami aku. Hihi. Okay, macam biasa, aku kalau nak start entry ni payah sikit nak mula dari mana. Rasa macam malas nak cerita planning dari awal, sebab berliku-liku jugak ceritanya. Haha. So, aku akan start pada malam kejadian ajelah ye.
Plan kali ni nak dikatakan 100% berjaya tu tak juga, sebab Khairul ni jenis cepat perasan kalau ada apa-apa yang aku sorok. Aku pulak jenis kalau menipu tu kadang-kadang ada je ter-sebut atau ter-cakap, apa-apa plan dari aku biasanya cepat kantoi. Tapi dalam beberapa plan sepanjang majlis harijadi dia ni, part dinner ni paling aku excited sebab Khairul langsung tak tahu yang aku adakan majlis kecil sempena birthday dia. Tambah syok lagi bila aku jemput officemate dia Jamar sebagai photographer sambilan dan tak lupa family dia.
Actually bukanlah besar sangat majlis sambutan harijadi ni, cuma aku nak rakamkan momen last dia sebagai orang bujang. 3 hari selepas harijadi Khairul ni, kitorang dah selamat dinikahkan. Yelah, sebelum ni, kalau korang follow aku punya instagram, gambar-gambar dalam tu kebanyakkan-nya diambil oleh Khairul. So, aku fikir kali ni aku bagi dia sorang photographer baik punya sempena birthday dia!
3 minggu sebelum hari lahir Khairul, aku dah survey-survey kat mana place to rent yang happening. Memang ada terjumpa tempat yang cantik, tapi kos dan jarak pulak tak kena. Bason by Seri Keningau adalah second choice aku. Tak susah untuk deal dengan staff Bason ni. Reply tak laju dan tak terlalu lambat. Bason by Seri Keningau ada menyediakan pakej untuk sebarang majlis, tapi aku lebih selesa untuk custom aku punya deco dan persiapan. Alhamdulillah, berjaya dengan bantuan krew Bason sendiri dan adik Khairul.
Bila dah parked kereta, aku message adik Khairul untuk standby. Dorang dah siap susun kek dan balloon pun telah disediakan oleh krew Bason di tingkat atas. Lupa aku nak mention, yang restoran ni mempunyai dua tingkat, which tingkat atas lebih banyak ruang dan selesa berbanding dengan tingkat bawah. Untuk sebarang majlis, restoran ni menyediakan satu meja yang telah di-booking. However, tingkat bawah lagi senang nak panggil staff. Bagi aku, tingkat atas lagi best sebab lebih privasi dan banyak spot menarik untuk bergambar. Nampak je dinding tertulis nama dia, apalagi, senyum sampai ke telinga lah Khairul ni. Tak habis-habis Khairul persoalkan kenapa dan macam mana.
Kitorang order makanan dahulu sebagai langkah pertama. Aku sengaja tak order dalam phone awal-awal, sebab aku nak tetamu yang hadir boleh buat pilihan makanan sendiri. Bercakap mengenai menu yang disediakan Bason by Seri Keningau ni, memang bermacam-macam pilihan yang disediakan. Ada makanan ala western, tempatan dan sebagainya.
Disebabkan esok-nya masih bekerja dan merupakan hari terakhir kitorang bekerja sebelum 'cuti panjang', kitorang habiskan dinner dengan memotong kek dan pembukaan hadiah. Cukup lah kek kecik dengan jumlah tetamu yang hadir. Hehe. hadiah pun bukanlah terlalu mahal dan bernilai, cukup aku capai Khairul punya impian yang dia nak sangat.
Lastly, untuk Khairul ;
"I truly wish that you are blessed with all the happiness, health, joy and prosperity in life. After all, you will share all you have with me, won't you? Happy birthday to the twinkle of my eye and the person who I love from the bottom of my heart!"
No comments:
Post a Comment