Thursday, 27 October 2016

#nurainikhairulwedding : MAJLIS AKAD NIKAH

Hey,

Sebulan 18 hari dah menjadi isteri Khairul, harini baru aku terkedek-kedek nak buat entry majlis akad nikah. Apasal lah liat sangat nak update entry baru sekarang ni. Tapi sebulan ke, sebelas bulan ke, doploh empat bulan ke, tetap rasa macam baru je semalam nikah. Selagi inai masih lekat lagi kat kuku ni, hari-hari rasa macam pengantin baru. Hihi.



Ramai sangat kawan-kawan yang dah kahwin cerita, bila nak buat majlis kahwin ni, memang tersangatlah busy sampai makan ke mana, tidur tak cukup, badan letih yang teramat pun tak sempat rasa. Bila sampai majlis aku sendiri, baru aku rasa penat lelah-nya macam mana. Around 2 atau 3 bulan macam tu jugak lah asyik makan hati, asyik tak cukup tidur, tak cukup rehat. Seriously, memang sangat penat, dengan kerja office pun masa-masa macam ni lah nak bertimbun.

Kebanyakkan persiapan aku buat sendiri, maklumlah anak sulung. Tapi untung aku dapat family yang tak henti support. Persiapan kat rumah memang kebanyakkan-nya mak ayah yang ke hulur ke hilir cari barang, dorang jugak yang settle catering, pelamin semua tu. Nak tunggu aku balik untuk hadap persiapan kat rumah tu memang tak sempat.



Sehari sebelum hari nikah aku, orang catering dah pasang khemah siap-siap. Sambil-sambil family dan jiran-jiran busy siapkan persiapan rumah, aku dan mak settlekan bab hantaran. Alah, bukan banyak sangat, cuma touch up mana yang perlu. Kitorang dah siapakn hantaran dalam sebulan awal. Barang-barang hantaran pun dah siap beli 2 bulan sebelum majlis akad nikah. 

09/09/2016. Pagi hari Jumaat yang mulia tu, aku adakan majlis berinai kecil-kecilan khas untuk family dan jiran-jiran aku yang banyak membantu. Kemain suka haa mak-mak sedara aku dan jiran-jiran. Katanya dah lama benor tak berinai, dan aku dapat tengok betapa kagum-nya dorang dengan kemudahan dan creative-nya pelukis inai ni.

Selesai berinai, aku started make up selepas zohor. Seriously, masa make up ni je lah satu-satunya saat aku boleh rehatkan badan, sampai terlelap mata. Aku sure korang yang dah kahwin boleh faham macam mana busy-nya aku dan persiapan nak kahwin. Alhamdulillah, semua persiapan dah siap dan rapi, termasuk persiapan hati untuk menjadi isteri orang.




4 petang, masa paling genting. Detik paling istimewa dan paling tak boleh lupa. Dengar je jiran-jiran dan mak sedara aku kata pihak lelaki dah sampai, aku dah mula gelabah, padahal masa berinai, masa make up, aku relax je. Aku cuba berzikir supaya semuanya akan dipermudahkan. Tips orang tua, sebelum majlis nikah, banyakkan berzikir, banyakkan berdoa, semua tu untuk pelancaran majlis, pelancaran lidah bakal suami.

Tiba masa aku keluar dari bilik dan sertai majlis akad nikah. Dikelilingi keluarga, sedara mara dan jiran tetangga, hati aku lebih tenang. Tipu lah weh kalau aku kata aku tak rasa apa, takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. Bukan benda main-main taw. Bukan macam dulu masa main mak-mak, kalau taknak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan lain. Ini suami sehidup semati.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Allah! Entah kenapa, mengapa, macam mana, terus berderai air mata. Perasaan sendiri pun aku tak faham macam mana masa tu. Bercampur-campur. Dari situ, aku mula rasa aku bertanggungjwab sebagai seorang isteri lepas ni.



Mak yang sentiasa ada dengan aku nampak lebih relax dari sebelum ni, sebab sepenat-penat aku sebenarnya mak adalah orang yang lebih penat dari aku. Entah macam mana majlis akad nikah aku kalau tak ada mak. Korang cuba bayang, semua benda mak aku buat. Dengan keadaan-nya yang kurang sihat, sakit belakang tapi dia gagahkan diri jugak semata demi persiapan majlis aku.

Tak lupa, ayah adalah orang paling kuat sepanjang majlis akad aku. Macam mak, ayah pun mudah letih bila buat kerja berat, tapi sepanjang majlis, tak pernah pulak aku dengar dia mengeluh penat. Tak pernah jugak aku dengar dia mengeluh tentang kos belanja kahwin.



Tak ada doa lain untuk pernikahan kami, selain Allah memberkati pernikahan kami, murahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagiaan pada kami hingga akhir hayat. Amin.

Bermula chapter hidup kami yang baru sebagai suami iseri. Seronok, terharu, penat, sedih, semua bercampur-campur. Selagi mampu, insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.

Berkahwin awal bukan lah satu benda yang mudah. Tambah lagi aku bukan orang yang berada, bukan ada ilmu agama menggunung. Kami sama-sama usaha yang terbaik untuk masa depan dan rumahtangga kami. Tipu lah kalau tak ada susah langsung, tapi ingat, rezeki Allah tu ada di mana-mana. Mudah-mudahan dipermudahkan.

2 comments:

  1. Tahniah Nuraini dan Khairul!
    Barakallahu lakuma.
    Semoga kekal bahagia selamanya. ^_^

    Ni entri pasal majlis kahwin kami;
    http://ummukhadijah.com/majlis-perkahwinan-ringkas-dan-penuh-makna/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ummu. Semoga Ummu dan pasangan kekal bahagia jugak ;)

      Delete