Wednesday 16 December 2015

PENAKUT KE?

Hey,

Harini kat office tetiba pulak staff-staff bercerita pasal kisah seram masing-masing, nak taknak aku tadah telinga jugak dengar. Tak cukup dengan tu, siap masing-masing tarik kerusi bercerita sambil hirup milo panas. Pastu tambah lagi dengan Google kisah hantu. 


HANTU

Aku sememangnya seorang manusia yang penakut, sejak azali memang dah penakut. Terasa diri ini cari pasal betul bila baca-baca kisah hantu, malam nanti mula lah terbayang macam-macam, jelas je flashback kisah-kisah hantu.

Yang selalu jadi mangsa adalah adik-adik aku sendiri. Bila teringat balik, mahu bedekah aku gelak. Mana tak-nya, malam-malam gatal ajak tengok cerita hantu. Padahal tengok cerita hantu tu bukan dengan mata jelas pun, aku buka spec, kalau pakai spec pun, aku tengok imbasan gambar kat lantai rumah, amacam, bijak tak? Haha. Bila part siang je, terus pakai spec tengok. 

Dah cari pasal tengok cerita hantu tu, babak nak tidur pulak kemain susah. Aku dah mention tadi, yang selalu jadi mangsa adalah adik-adik aku. Aku punya penakut sampai tahap aku kena berteman nak ke mana-mana even bilik air. Samada aku nak mandi atau buang air, even gosok gigi before tidur, aku akan paksa salah sorang adik aku masuk sekali berteman. Adoi.

Itu tak termasuk nak minum air kat dapur, pernah aku punya takut sanggup tidur dengan tekak kering. Kalau kebetulan aku balik sorang, adik-adik aku tak balik kampung, aku dengan muka tak malunya requested nak tidur dalam bilik parent aku. Sanggup tidur berlantaikan selimut je. Punya lah penakut. Dah tidur dalam bilik parent pun masih lagi terbayang bukan-bukan.

Even adik aku dah tidur sekatil betul-betul tepi aku, tetap aku suruh dorang bacakan ayat kursi walaupun dorang dah tidur. Ini semua pengaruh cerita lah, kononnya kawan yang tidur tepi sekali tu bukan kawan dia. Bahahaha.

Pasal takut hantu ni aku okay sebenarnya kalau :
1. Takde orang usik aku bukan-bukan/bagi gambar
2. Takde orang story morry kes-kes seram
3. Diri sendiri tak cari pasal pergi tengok cerita hantu

Kalau takde ketiga-tiga item tu, aku okay je tengah malam ke dapur ke, buat kerja sampai lewat malam ke and even tidur dalam gelap. Kalau dah datang penakut tu, jangan harap aku nak jalan setapak pun dari tempat aku duduk. Haha


KESELAMATAN

Sekarang dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Nak ke mana-mana haruslah berteman, bukan aku tak boleh berdikari, dan aku tahu aku harus berdikari, tapi aku selalu aware of surroundings. 

Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok aku usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan. Sampaikan kadang-kadang aku ditegur jangan ditenung orang tu, jangan ditengok orang ni. Hihi.

Bila aku takut, aku jadi bersangka buruk pada semua orang. Bila aku nampak orang berkeliaran kat parking kereta, aku terus kunci kereta. Kadang-kadang pekerja stesen minyak tu sendiri aku terus lock. Please be aware, that people are crazy zaman sekarang. Kadang-kadang kita nampak dia biasa, kita nampak dia baik, tapi who knows.


ORDER/BAYAR

Ini salah satu masalah aku jugak. Time ke kedai makan je, mesti aku akan bisik pada orang yang terdekat dengan aku apa aku nak makan/minum. Samada kawan aku sendiri, si Khairul atau family aku. Sometimes, kalau aku dah fikir nak makan apa, dalam kereta aku dah inform awal-awal.

Entah, padahal yang amek order tu sama-sama manusia, bukan jin/hantu. Time nak bayar pun sama, aku akan hulurkan duit pada family atau si Khairul tu untuk bayarkan. Tapi jenis penakut yang ni aku boleh handle, kadang-kadang je penyakit macam tu datang. Haha


MASKOT/BADUT

Okay aku tahu yang ini kelakar. But, trust me, bukan budak kecik je yang takutkan maskot/badut ni, Sebesar aku ni pun still lagi rasa seram tiap kali nampak dua benda ni. Aku dah sedia maklum yang badut hanyalah orang pakai make-up dan maskot yang berisi-kan seorang manusia. Alhamdulillah setakat ni aku dapat tengok dari jarak jauh je. Hewhew.

Sebelum ni, hanya orang terdekat je yang tahu bahawa-sa-nya aku takut dengan dua benda alah ni, tapi kali ni aku share dengan korang. Setiap kali aku nampak mana-mana badut/maskot kat event, aku mesti senyap-senyap je buka langkah seribu. Aku takde lah sampai terpekik terlolong macam tu, tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa lajunya degupan jantung masa tu.

Paling aku nervous bila kena attend party/event yang jemput dua benda alah ni, dan aku asyik berpusing-pusing cari tempat nak lari bila dorang dekat. Engkorang tahu betapa besarnya maskot tu and bila bertentang mata, tengok pulak bila dia dah berjalan ke arah korang, masa tu kalau ada pistol, aku dah tembak.


Actually banyak lagi aku nak cerita kalau pasal penakut aku ni. Kadang-kadang macam tak make sense, macam tak normal pun ada, tapi kat sini aku cuma nak share apa yang aku takutkan. Tapi apa yang aku takutkan tu tetiba jadi berani bila aku dikelilingi dengan orang yang terlebih penakut dari aku. Pelik kan? Mana entah datangnya berani tu.

Till then ;)