Tuesday 7 March 2017

#nurainikhairultrip : HANOI DAY 2

Hey,

Entry kali ni adalah sambungan dari yang lepas ye. 

Seronok kan bila bangun pagi ditempat orang, lain macam je fresh-nya tu! Haha 😆 Over taw. So, the next day, kitorang kemain awal bangun tidur taw, around 5.30 pagi (waktu di Hanoi) dah bangun and siap-siap untuk breakfast. Kalau kat rumah sendiri, 5.30 pagi sedap mimpi lagi tu haa. Nasib lah kat hotel ada air panas taw, tak kuasa suhu 14°c nak mandi pagi!

For the breakfast, kitorang cuma banyakkan makan roti, cereal, telur and buah sahaja sebab tahu-tahu jelah bila pergi oversea and tambah lagi negara yang tak ramai Muslim, so makanan halal sangat susah nak jumpa. Untuk alas perut, dah cukup rasanya bagi kitorang. Okay kat sini aku nak kongsikan tips sikit untuk breakfast ye 😏 

Tips :
(Breakfast) 
⛅ Tanya setiap menu provided by hotel. Kalau boleh request, sila request food yang contain NO meat (sebab dorang akan bagitahu ini cuma ayam, sedangkan kita taktahu ayam tu disembelih atau tak kan), NO pork and NO wain. 
⛅ Korang boleh makan telur, roti, sayur dan buah sahaja.
⛅ Make sure siap breakfast awal, so korang boleh buang air dulu before tour guide pick up (usually tour guide sangat punctual sebab dorang bergerak dalam group)

Jam 8 pagi kitorang dah siap-siap tunggu tour guide kat lobi hotel. Around 10 minit camtu, datang lah si tour guide ni. Kitorang already noticed yang kitorang akan jalan dalam group. Cuma tak kenal sesapa lah dalam group tu haha. But it was fun though, sebab dalam bus ni macam-macam negara ada. From UK, Korea, India, Africa etc.

Tour bus kitorang

Untuk second day ni jadual memang sangat pack, dari pagi hingga ke petang. So, dalam bas tu aku anggarkan seramai 15 hingga 18 orang dewasa. Dorang ni sangat lah ramah dan tak lokek untuk bersembang. 

Kat sini aku kongsikan kitorang punya Itinerary for Day 2 :
⛅ Breakfast @ 6.30 morning at hotel
⛅ City tour - Trấn Quốc Pagoda
⛅ One Pillar Pagoda
⛅ Temple of Literature
⛅ Quán Thánh Temple
⛅ Lunch provided
⛅ Ho Chi Minh Mausoleum
⛅ Vietnam Museum of Ethnology
⛅ Ngoc Son Temple
⛅ Hoàn Kiếm Lake

Okay sebelum korang baca cerita selepas ni, aku nak warning awal-awal bahawa aku tak rajin untuk cerita semua salah silah setiap tempat aku melawat ni. Eh, in day 2 banyak tempat kot aku pergi, takkan nak cerita sejarah setiap tempat ni hahaha 😅 So, aku ringkaskan aje ye cerita tempat-tempat aku visit ni. Mana yang nak tahu sejarah panjang lebar, korang please google wikipedia ke apa okay. Hihi. 

First place kitorang pergi adalah di Trấn Quốc Pagoda. Pagoda ni tersangat-lah lama, boleh dikatakan temple paling tua di Hanoi. Terletak di sebuah pulau kecik near southeastern shore of Hanoi's West Lake. Para sami tinggal di temple ni for centuries, mengajar cara Buddha kepada orang awam. Sami tidak berkahwin dan tidak berkeluarga. Overall, tak banyak yang boleh buat pun kat sini, selain dengar briefing sejarah temple dan ambil-ambil gambar 💃

Antara barang-barang yang dijual di luar Trấn Quốc Pagoda







Next kitorang singgah dia sebuah tempat yang mengusahakan craft yang dibuat oleh orang-orang kurang upaya. Diorang ni samada OKU masa lahir dan ada juga menjadi OKU selepas perang Amerika-Vietnam. Haaa nampak tak, walaupun OKU, dorang ni gigih taw buat something untuk dijual dan bukan serah diri rasa hidup tak berguna. Gitteww. But sadly, aku terlepas pandang nama tempat yang kitorang singgah ni 😟 Adoii, kan dah tak boleh nak review nama tempat tu.


Tak puas aku tengok diorang buat benda ni, unik hokay!


Pastu kitorang visit One Pillar Pagoda, which is, dia punya sejarah sangat unik. Seronok aku dengar kitorang punya tour guide bercerita. Mengikut sejarah, Lý Thái Tông tidak mempunyai anak dan satu malam, dia mimpi dia jumpa bodhisattva (bahasa Buddha) yang sedang duduk atas bunga teratai sambil menghulur-kan seorang baby lelaki. Bila si Lý Thái Tông bangun tidur, dia mintak pendapat sami-sami yang handal, then sam-sami tu mintak si Lý ni bina satu temple terapung, yang membawa maksud bodhisattva atas bunga teratai dalam mimpi tadi adalah dewa di dalam temple terapung.

Gitew lah lebih kurang sejarah-nya. Pastu kata tour guide, sesapa (dalam group kitorang) yang nak anak lelaki atau cucu lelaki, pergi naik atas one pillar pagoda tu dan berdoa pada Buddha untuk kurniakan anak lelaki atau cucu lelaki. Pastu lagi, laju je mata diorang perhatikan kitorang (yang mana kitorang pasangan paling muda dalam group) and asked us naik atas pergi berdoa. Gila ape nak suruh weols berdoa kat temple 😂




Okay next, kitorang melawat Temple of Literature pulak. Kuil ni bukan kuil biasa uols, kuil ni menjadi tuan rumah kepada Imperial Academy (Quốc Tử Giám), iaitu universiti kebangsaan pertama Vietnam. Sejarahnya, kuil ni dibina tahun 1070 (for sure korang belum lahir lagi, bukan korang je, mak pak nenek tok korang pun belum lahir) pada pemerintahan Maharaja Lý Thanh Tong. Kalau korang nak tahu, kuil ini ada dipaparkan di bahagian belakang wang kertas 100,000 Vietnamese đồng. Haaaa, punya lah agung gila sejarah kuil ni 💂

"Anak-anak jangan gelojoh sangat, bawa bertenang", ini kitorang punya tour guide 😎




Kad ni comel gila tapi mahal namampos, so jangan harap iols beli kahkah! 😂

Next lagi, kitorang ke Quán Thánh Temple, yang juga dikenali sebagai Trấn Vũ Temple. So basically, temple ni sama juga macam temple-temple lain yang aku dah pergi tadi, cuma-nya temple ni was dedicated to Trấn Vũ, iaitu Dewa Utara dalam Taoisme. Temple ni adalah salah satu kuil yang melindungi dari roh-roh jahat. So, korang dah baca bahawa kuil ni adalah kuil dewa utara kan tadi, so lagi 3 kuil adalah kuil Bach Ma dari Timur, Kim Liem dari Selatan, dan Thần Linh Lang dari Barat. Maksudnya, dorang bina temple ni setiap 4 penjuru. Unik, kan? 😎

Lepas dah letih melawat tempat-tempat menarik, kitorang dibawa ke satu restaurant untuk lunch. Kali ni, aku sekali lagi terlepas pandang untuk tengok nama kedai makan tu. Adoiii, sebabnya turun bas, terus masuk ke kedai makan, tak sempat nak tengok kiri-kanan pun. Untuk makanan halal/vegetarian, kedai makan ni awal-awal dah asingkan kitorang untuk makan di tingkat atas. So, bersama kitorang ada lah 3 orang lagi, diorang ni India, yang tak makan beef/meat.

Kitorang dihidangkan dengan sup sayur, which contain timun, carrot, ada sedikit daun bawang dan sengkuang (i guess). Lauk tambahan lain ada tauhu goreng berlada, ikan, vegetable spring rolls dan sayur (kalau kat tempat kita macam kerabu mangga je). Well, not bad. At least tak boleh makan dia punya 'pho' pun, tapi boleh jugak rasa masakan orang sini. And aku noticed, aku kalau pergi oversea, selalu selera tu bertambah. Teringat masa ke Bandung dulu, tiap masa makan aje kerja-nya. Haha 😅.





Kenyang perut, suka hati. Gitteww pepatah melayu. Next, kitorang pergi ke Ho Chi Minh Mausoleum. Kat sini aku tak banyak ambil gambar, sebab dalam bas, tour guide kitorang awal-awal dah pesan tinggal camera atau handphone, sebab any gadgets tak boleh bawak masuk dalam mausoleum ni. Kitorang bawak jugak camera, GoPro and phone, sebab rasa tinggal dalam bas macam tak insecure haha. So, masa masuk ke mausoleum tu, kitorang tinggalkan dekat dia punya security.

Tentang Ho Chi Minh Mausoleum, dia punya sejarah agak menarik dan seram jugak bagi aku (yang sememang-nya penakut) hahaha 😂. Ho Chi Minh Mausoleum terletak dia tengah-tengah Ba Đình Square. Makam ni telah di-ilhamkan oleh Lenin's Mausoleum in Moscow, tetapi dorang menggabungkan unsur-unsur senibina Vietnamese. Yang menariknya, jasad Ho Chi Minh telah diawet dan disimpan di dalam bekas kaca dengan lampu malap. Makam ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 pagi for public.

Nak masuk bukan senang guys. Peraturan kat Ho Chi Minh Mausoleum sangat ketat. Tengok penjaga pintu makam je pun dah tahu, dia punya berdiri tegak dan pandang depan tu macam patung taw. Memang sikit pun tak bergerak, mata je berkelip-kelip 😩. So, peraturan-nya, kaki mesti ditutup sepenuh-nya, means pakai kasut, tak boleh pakai short atau mini skirts. Pelawat atau pengunjung perlu berdiam dan berjalan di dalam 2 baris sahaja! Dah macam kitorang pulak askar kat situ 😌. Tangan tak boleh duduk dalam poket. Merokok, minum, makan, ambil gambar dan video also not permitted anywhere inside the mausoleum. So, tak dapat lah iols nak share banyak gambar di Ho Chi Minh Mausoleum ni, untuk korang yang nak tengok Ho Chi Minh diawet tu, korang google je, korang akan jumpa jasad dia dalam kotak berkaca tu. Bila teringat balik aku pandang tepat muka dia masa tu, naik bulu roma iols taw! 😨.



Lepas tu kitorang pergi ke Vietnam Museum of Ethnology. Tempat ni aku tak menyaborrr nak sampai. Kes-nya, awal-awal sebelum pergi aku dah google macam-macam dah pasal Vietnam Museum of Ethnology ni 😆. Okay meh aku terangkan sikit pasal Museum ni. Museum ni focus on 54 kumpulan etnik yang diiktiraf secara rasmi di negara Vietnam. Kalau dari pusat bandar, kira-kira dalam 8 km je jarak Museum ni.

Kalau korang tengok bangunan pameran ni sangat cantik. Bukan calang orang yang bina Museum ni taw, direka oleh arkitek Ha Duc Linh iaitu ahli kumpulan etnik Tay 🙏. Dia buat ala-ala bentuk gendang Dong Son, and tak lupa seni bina ruang dalaman direka oleh arkitek Perancis, Véronique Dollfus.












Seterusnya, kami ke Ngoc Son Temple. Disebabkan dah ber-temple-temple kitorang masuk dari pagi, so kitorang decided untuk tak masuk Ngoc Son Temple. Kitorang cuma santai-santai dekat Red Bridge ni je. Walaupun kitorang tak masuk, tapi sejarah-nya tetap kitorang tahu. Maklum-lah dah google semua benda 😂. Temple Ngoc Son ni menceritakan sejarah kura-kura yang berusia ratusan tahun yang mana kura-kura tu menjadi penjaga tasik ni.


Entah anak sape, tapi dia asyik usha-usha kitorang je, terus si Khairul snap!

Lepas dah puas bergambar atas Red Bridge tu, kitorang pusing-pusing dekat kawasan Hoàn Kiếm Lake. Kebetulan kitorang pergi petang ke Hoàn Kiếm Lake tu, so taman tasik tu dah dipenuhi ramai pengunjung, ada rakyat tempatan dan tak juga pelancong. Culture kat sini, waktu pagi diorang bersenam dan ber-taichi di tasik ni, waktu petang pulak diorang suka jalan-jalan cuci-cuci mata je. Kat sini jugak ramai orang bawak anjing berjalan-jalan kat taman. So, untuk Muslim, hati-hati masa berjalan ye, kang tiba-tiba rasa ada 'benda' gesel di kaki 😎.




Apa yang dapat aku tengok, bandar Hanoi ni tahap kebisingan bunyi amat ketara, terutama-nya bunyi hon motorsikal. Kat sini, penggunaan hon sangat penting sebab jalan-jalan-nya amat jarang yg dilengkapi dengan lampu isyarat terutama di simpang empat. So, para pemandu akan terus pandu je dekat simpang, dan masing-masing akan mengelak dari berlanggar antara satu dengan yang lain. Trust me, pemandu di bandar Hanoi ni cukup mahir dalam hal ini. Kitorang dikir banyak kali jugak untuk sewa motor kat Hanoi ni 😓.


"Ngumpat ape tewww Kak Leha?"


Around jam 6 petang (waktu Hanoi), kitorang jalan kaki je balik ke hotel, berpandukan peta yang staff hotel kasi. Haaa, nampak tak penting-nya peta tu walaupun sekarang dah banyak apps sebenarnya boleh korang install, tapi bila tengok peta kertas rupanya lagi senang. Sambil-sambil jalan tu kitorang singgah-singgah di kedai menjual jaket dan baju sejuk, sebab berdasarkan cuaca (apps dekat phone), suhu siang 18°c hingga 20°c, dan malam pulak turun 14°c-15°c. So, kitorang decided untuk beli ajelah knitting wool collar neck warmer. Haaa kemain panjang nama shawl yang lilit kat tengkuk tu kan 😁. Singgah punya singgah, tawar-menawar, akhirnya kitorang beli lah jugak 2 helai, boleh tukar-tukar nanti, masa tu dah feeling-feeling obersi dah haa, hihi 😜.

Habis je shopping dan cuci-cuci mata, kitorang balik hotel untuk bersihkan diri dan berehat untuk aktiviti keesokan hari. Malam tu, planned asal nak dinner kat luar, lepas sejam dua jam pusing bandar Hanoi tu, susah naw nak cari makanan halal, bukan tak ada langusng, cuma ada 2 atau 3 restoran je, satu tu memang kedai Malaysia, tapi kitorang dah booked hari lain, satu lagi kedai mamak (takkan obersi pun cari mamak), then satu lagi bukak sampai 5 petang je, so kitorang terlepas.

Then, kitorang terpaksa balik ke Hotel semula and makan maggi bowl je. Nasib iols sempat sedia awal-awal maggi ni. At least bertahan jugak lah perut untuk satu malam. Hemm part aktiviti esok hari ni kemain kitorang ni menggelepor dalam bilik sebab tempat ni lah tarikan di Hanoi sebenarnya! Haaa, mana yang dah tahu tu diam-kan diri dulu ye. Tunggu next entry je 😆.

Kat sini aku kongsikan overall Itinerary for Day 2 :
 Masa korang dalam tour, elak-kan beli apa-apa sebab harga yang dikenakan sangat mahal
Always bawak air masak sebab berjalan dalam group sangat penat dan dahaga.
Kebanyakkan pakej tour memang ada sediakan lunch, tapi diorang tak sediakan air, so bagi yang ada duit lebih, boleh terus order di kedai makan yang korang makan, tapi tips untuk yang berjimat, korang boleh sedia air awal-awal ye.
Bila bas korang ada berhenti kat mana-mana (walaupun sekejap), please, please and please jangan tinggal barang/beg galas korang dalam bas ye.
Bila in group, make sure korang inform tour guide kalau korang nak jalan sendiri, but recommended untuk jalan bersama group korang.
Please always perhatikan orang sekeliling, kalau ada rasa curiga, duduk di tempat ramai orang/foreigner.
Semasa shopping, kalau taknak beli, terus say a big NO, so diorang akan stop kejar korang.
Semasa shopping jugak, do bargain a lot, sampai 50% pun still okay. Sebab diorang memang akan letak harga tinggi untuk pelancong. Tapi kalau taknak beli, please jangan bargain!
Cari makan malam before 8 pm, sebab kebanyakkan kedai tutup awal pada hari biasa.
Sebelum keluar makan, buat sedikit research about Halal Food, which is makan apa, kat mana etc, sebab local people tak tahu apa itu Halal. So, korang kena banyak survive sendiri.
Bawa bekal dari rumah contohnya maggi dan roti untuk makan malam atau brekafast.
Korang boleh jugak bawak 3 in 1 untuk minum di hotel.
Sebelum naik ke bilik, tanya tips dan cuaca untuk ke mana-mana tempat di front desk hotel supaya korang boleh prepare untuk keesokan hari.

Nanti i sambung lagi 😚