Wednesday 29 June 2016

REVIEW : PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK

Hey,

Actually aku dah lupa berapa haribulan family aku datang ke Kuala Lumpur untuk jemputan berbuka puasa company ayah aku. Punyalah busy lately ni, mengalahkan Dato' Datin nak update new entry. Haha.


Company ayah aku memilih PNB Perdana Hotel & Suites On The Park sebagai tempat untuk staff menginap. Tahu je family aku dapat tidur kat hotel besar dan best macam ni, aku tak lepas peluang untuk joined dorang sekali. Hihi. Ini adalah kali kedua aku menginap di PNB Perdana Hotel dan aku terpanggil untuk buat satu entry pasal hotel ni.

So, untuk pengetahuan korang, PNB Darby Park Executive Suites terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan-jalan utama lain di bandar raya Kuala Lumpur.  Hotel ni terkenal dengan ruang yang menampilkan aura moden dan eksklusif. Suasana dalam setiap bilik di hotel ni sangat selesa dan dilengkapi perabot terpilih dan pelbagai kemudahan lain.



PNB Perdana Hotel ni lain daripada yang lain, sebab dorang bukan sahaja menyediakan bilik tidur, tapi lengkap dengan ruang dapur, ruang tamu dan juga ruang makan. Jangan tanya pasal size the whole bilik, memang jawap aku, adalah sangat besar, sama seperti apartment yang lengkap dengan semua perabot dan kelengkapan. 



Menurut flyers yang aku baca, disebabkan penginapan yang ditawarkan sangat istimewa dan selesa seperti berada di rumah sendiri, pihak hotel banyak menerima tempahan daripada pelancong luar. Dorang malah menjadikan hotel ni sebagai rumah dorang bila berada di Kuala Lumpur. Di hotel ni juga ada menawarkan Pakej Menginap selama 3 bulan, 6 bulan, setahun dan sebagainya.




Harga bilik untuk kadar penginapan satu malam bermula antara RM 600++ hingga RM 2,470, manakala suite empat bilik (Lifestyle Residence) mencecah RM 10,400++ untuk satu malam.

Email :
reservations@pnbdarbypark.com

Address : 
10, 
Persiaran KLCC, 
Kuala Lumpur, 
50450 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Phone :
03-7490 3333

REVIEW : RAMADHAN 2016 @ FUZION, SUNWAY RESORT HOTEL & SPA

Hey,


Pada 24 Jun lepas, company aku organized Majlis Berbuka Puasa bersama consultant dan staff-staff company aku. Selepas berhari-hari discussed untuk pilih tempat yang paling sedap menu-nya, kitorang memilih untuk berbuka di Fuzion, Sunway Resort Hotel & Spa yang bersebelahan dengan Sunway Pyramid.

Aku bawa Khairul sebagai teman untuk berbuka puasa. Teruja dia bila aku ajak berbuka di Fuzion, sebabnya sebelum ni company dia dah pernah ada event kat Fuzion ni. So, dia dah tahu station apa yang ada, dah tahu sedapnya menu kat sini dan banyak pilihan yang ada. 




Harga Buffet Buka Puasa 2016 :
RM 168 untuk dewasa
RM 78 untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

Di Fuzion ni terlalu banyak pilihan makanan sampai aku taktahu nak start dari mana. Akhirnya aku pilih The Asian Station sebagai pilihan pertama dan secawan air. Kat bawah ni aku list Fuzion punya stations yang mana ada lebih kurang 7 stations untuk korang pilih. Maaf kalau gambar-gambar bikin korang punya air liur menjejes. 


THE DESSERT STATION




THE ASIAN STATION




THE WESTERN STATION




THE MIDDLE EASTERN STATION





THE JAPANESE & COLD APPETISERS




THE BARBEQUE STATION




THE SOUP STATION




Untuk sebarang booking atau pertanyaan :

Address :
Sunway Resort Hotel & Spa
Persiaran Lagoon, 
Bandar Sunway, 
46150 Petaling Jaya, 
Selangor

Contact number :
1-800-82-8888

Sunday 19 June 2016

HAPPY FATHER'S DAY

Hey,

It's not always easy to show your dad how much you care, right?

Cinta lelaki yang bernama ayah tu kadang - kadang tak terlihat, sebab memang dorang jenis tak pandai tunjuk apatah lagi meluahkan. Cuma apa yang aku tahu, seorang ayah sanggup berkorban untuk menyediakan kesenangan kepada anak-anak dorang. 

Kalau nak dibilang, rasanya terlampau banyak seorang ayah berkorban untuk kita, daripada kecil sampai ke besar. Aku pasti saat bahagia seorang ayah adalah bila kita berjaya, dan kita capai kejayaan tu.

Salah satu pengorbanan seorang ayah yang aku nampak adalah bila dia mengutamakan keperluan isteri dan anak-anak dahulu berbanding keperluan diri sendiri. Tak ada apa yang dorang harapkan selain anak-anak akan berbakti di hari tua mereka. 


Untuk ayah,

Just to say, I love you, from the bottom of my heart. Thank you for always being there for me. You've never ever, ever once in my life made me feel like you were disappointed. Despite my lack of self, you have made me a strong, independent, confident, caring young woman.

Happy Father's Day, ayah!

Friday 17 June 2016

REVIEW : IMPERIAL CHAKRI PALACE, SURIA KLCC

Hey,

Belum terlambat aku nak wish Salam Ramadhan untuk korang semua. Tak sangka dah masuk hari yang dua belas kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Semoga Ramadhan tahun ni memberikan rahmat dan hidayah buat kita semua ya?



Entry kali ni aku nak review pasal satu Restoran Thai yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Seperti tahun-tahun yang lepas, company ayah aku memang ada annual berbuka puasa bersama diorang punya team. Aku apa lagi, tak lepas peluang untuk joined berbuka sekali. Kali ni, diorang memilih untuk berbuka puasa di Imperial Chakri Palace di Suria KLCC.

Actually, aku rasa tercabar jugak untuk update entry kali ni di siang hari bulan puasa, maklum sajalah, gambar-gambar yang aku paparkan ni bikin air liur aku menjejes. Aku harap korang yang jenguk review ni, tingkatkan sifat kesabaran dan kuatkan iman ye. 

Untuk korang yang menggemari makanan Thai, korang dijemput untuk datang ke Imperial Chakri Palace ni untuk memenuhi craving tekak korang tu. Di restoran ni, dari appetizer, main dish sampai lah dessert, semuanya sedap! Seriously, sangat berbaloi dan banyak pilihan yang dihidangkan. Jangan risau, untuk korang yang tekak Melayu pun boleh datang ke sini untuk cuba masakan dorang. 

Di Imperial Chakri Palace ni, salah satu tarikan utamanya adalah Somtam. Sejurus aku terpandang meja yang menghidangkan Somtam ni, terus aku grabbed tanpa teragak. Dah datang ke restoran Thai, rugilah kalau tak cuba, betul tak? Seriously, Somtam di restoran ni memang sangat sedap. Manis, masam, masin dia semua terasa. Selain Somtam, korang cakap je nak makanan Thai macam mana, hampir semua ada terhidang.  







So kalau rasa nak berbuka di sini, korang dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal. Bukan apa, takut full, kang kempunan pulak. Buffet Ramadan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam taw. Untuk harga pula, harga yang ditawarkan berbeza mengikut cawangan.


Harga Buffet Ramadan di Imperial Chakri Palace :
Dewasa : RM91.90 / seorang
Kanak-kanak & Warga Emas (6-12 Tahun) : RM47.90 / seorang

Alamat :
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269


Wednesday 1 June 2016

REVIEW : D'HOTEL SERI ISKANDAR

Hey,

Entry kali ni amat penting bagi aku sebagai guide kepada orang luar yang nak datang ke Bandar Seri Iskandar, Perak. At least, dapat membantu korang yang nak berjalan atau ada urusan dia sana kan? 

So, sebelum urusan pendaftaran adik bongsu aku di Uitm, kami sekeluarga memilih D'Hotel Seri Iskandar, Perak. Hotel ni sangat strategik sebab kedudukannya sangat dekat dengan beberapa pusat pengajian yang ada di sekitar Bandar Seri Iskandar seperti Uitm Seri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas dan MRSM Parit. Hotel ni sangat sesuai untuk keluarga yang nak jenguk anak yang masuk U atau menghadiri konvokesyen. 


Bilik sangat selesa untuk bermalam. Kemudahan semua ada, tak perlu risau kalau korang tertinggal berus gigi ke, tertinggal sabun mandi ke, sebab semua dah tersedia. Paling win aku rasa dia punya shower, sebab shower kat siling ni memang heaven sebenarnya, boleh feeling-feeling macam mandi air terjun. 

D'Hotel Seri Iskandar ada pool jugak taw. Tapi kali ni aku memang tak dapat nak celup-celup kaki, apatah lagi menyelam. Sebab masa sangat packed, rushing nak daftar si bongsu tu lagi. Tapi, kalau boleh menyelam pun, rasa macam tak tergamak sebab pool dia betul-betul sebelah tempat makan. Segan pulak rasanya nak bermandi-manda. 


Yang paling best bagi kaum perempuan adalah hotel ni betul-betul atas shooping kompleks, ala-ala macam Tesco Extra okay! Makan pun tak payah risau sebab banyak sangat kedai makan kat bawah hotel.

Dah, pergi book sekarang!


D Hotel Seri Iskandar
526, Lebuh SIBC, Bandar Seri Iskandar, 32610, Perak
05-374 8888



TAHNIAH ADIK!

Hey,

24/5/2016 baru ni aku sengaja ambil cuti untuk meraikan Hari Pendaftaran adik bongsu aku. Rasa macam sekejap sangat masa, tiba-tiba dia dapat surat tawaran untuk ke universiti. Gigih taw, lepas je Family Day, terus kitorang ke Perak pulak untuk daftarkan si bongsu tu.

Sampai je negeri Perak, kitorang terus checked in di D'Hotel, Bandar Seri Iskandar. Esoknya, tibalah Hari Pendaftaran. Alhamdulillah, pendaftaran sangat mudah dan senang. UiTM Kampus Seri Iskandar ni guna konsep drive through. Penat jugak aku fikir macam mana la nak daftar ala-ala McD. Rupanya, bila korang masuk je pagar UiTM korang terus dapat kolej. Akan ada dua line. Sebelah kolej lelaki dan sebelah lagi kolej perempuan.

So, lepas dapat je kad kolej kitorang terus ikut laluan ke kolej . Kemudian terus buat pendaftaran. Tak sampai sejam tunggu, adik dah dapat kunci bilik dan beberapa borang kolej. Lepas tu kitorang terus naik ke bilik adik and kemas barang-barang dengan sedih sebab dah nak berpisah. Agak-agak dah settle urusan pendaftaran, barang dan makanan pun dah cukup, bilik pun dah settle, kitorang pun gerak balik ke Selangor. 

Untuk adik, dah masuk universiti ni, maksudnya dah start next level of life, which officially kena tahu engko ada responsibility. Semua benda dah jadi serious, tak boleh nak acted macam budak sekolah lagi. Hopefully, adik boleh tunaikan hasrat parent kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

Tahniah adik!