Tuesday 31 May 2016

REVIEW : DUYONG MARINA & RESORT

Hey,

Last time, aku dan family joined Annual Family Day company ayah aku. Kali ni, dorang buat trip ke Pulau Duyong. Secara jujurnya aku cakap, trip ni merupakan lawatan pertama aku ke Pulau Duyong. Tak sangka pula resort yang ada di Pulau Duyong ni sebenarnya cantik dan luas kawasannya. 


Company ayah aku memilih untuk menginap di Duyong Marina & Resort. Actually, resort ni sangat popular di kawasan Pantai Timur, disebabkan keunikan resort itu sendiri. Dulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa tapi sekarang dah tukar nama jadi Duyong Marina & Resort Terengganu. Pendek dan simple!

Korang-korang yang dari luar, kalau ada keinginan untuk ke sebelah Timur, aku memang recommend resort ni. Tak perlu risau sebab kemudahan dan perkhidmatan yang dorang sediakan cukup lengkap, setaraf dengan resort di ibu kota. 

Bilik-bilik di Duyong Marina & Resort memang sesuai untuk merehatkan minda dan hilangkan stress. Seriously, bukak je pintu bilik, terasa macam nak lompat-lompat je atas katil taw. Bilik kitorang pulak lengkap dengan balkoni yang mengadap sungai, memang sempoi je layan angin.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan Internet, kelengkapan bar mini, jubah mandi, selipar, seterika dan kelengkapan lain. Selain tu, resort ni juga menyediakan TV dan radio. Takde lah korang suram sangat kalau terperap dalam bilik tu.


Di Riyaz Heritage Resort & Spa juga ada menyediakan perkhidmatan untuk korang yang suka memanjakan diri di Sembunyi Spa. Uniknya spa ni sebab dorang menyediakan rawatan jamu seperti urut badan, rawatan badan dan muka. Sembunyi Spa turut dilengkapi dengan bilik mandi berasingan untuk lelaki dan wanita, jakuzi panas serta kolam renang khas. 

Korang juga boleh berbasikal di sekitar Pulau Duyong, menyusuri sungai Terengganu dengan Gondolla River Cruise, bermain bola tampar, sepak takraw, berenang dan memancing. Untuk korang yang minat dengan sukan air, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bagi aktiviti sukan air seperti kayak, kapal layar, sampan dan pelbagai jenis sukan air.

Kitorang tak sempat nak melibatkan diri dengan aktiviti yang ada di resort ni, sebab packed dengan schedule Family Day. So, petang selepas checked in tu ada sedikit masa, kitorang terus men-duyung dekat pool resort. 




Selain itu, resort ni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan teksi dan limousin 24 jam, cuci pakaian, menjaga bayi atau kanak kanak, pertukaran wang asing, perkhidmatan doktor bertauliah (atas permintaan), tempahan tiket kapal terbang dan hotel, bot layar, aktiviti rekreasi kumpulan dan aktiviti berkelah di Pulau Kapas. 

Bagi korang yang menginap di chalet, korang tak perlu penat-penat jalan kaki untuk ke lobby, sebab kat sini siang dan malam memang menyediakan buggy untuk guest. 


Setiap bilik yang disediakan kat sini adalah sangat privasi, sebab  kedudukan setiap bilik adalah berjauhan antara satu sama lain. Pemandangan kat depan bilik adalah amat mengujakan sebab nampak kawasan bukit-bukau dan kampung, pastu korang boleh jugak nikmati view bengkel membuat bot atau kapal besar. Serious, aku memang ternganga bila sampai ke resort ni, memang sangat cantik!

Yang ketara pada pandangan mata aku, pihak pengurusan resort ini sangat-sangat mementingkan kesederhaan kepada staff-staff dorang. Maksud aku, dari segi penampilan mereka. Nampak sangat yang pihak pengurusan tak terlalu cerewet. Staff di front desk berpakaian sopan. Tak ada seorang staff pun yang berpakaian keterlaluan. Lagi satu yang aku suka tentang pakaian mereka, mereka mementingkan ciri-ciri ketimuran. Ada staff yang memakai baju ala songket dan sesetengah staff memakai plain kemeja dengan sedikit motif batik. 

DUYONG MARINA & RESORT 
Pulau Duyong, 
21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu, Malaysia 

Email: 
hotline@duyongmarinaresort.com

Website:
www.duyongmarinaresort.com

Tel: (609) 627 7888 
Fax: (609) 627 7878

Wednesday 11 May 2016

TIPS : KAWAL KEWANGAN TINGGI

Hey,

Susah kan nak berjimat bila kos sara hidup semakin meningkat setiap hari? Tapi takpe, ada cara untuk kawal kewangan tinggi. Tapi aku nak warning awal-awal, tips kat bawah ni tak akan membawa kesan kalau korang tak amalkan dan terus boros belanja dan gagal mendisiplinkan diri untuk berbelanja ikut nafsu. 


KURANGKAN MAKAN DI LUAR

Tips ini sememangnya terbukti berkesan sebab kos belanja makan kat luar adalah sangat tinggi sehingga 3 kali kos kalau korang makan kat rumah. Korang kena berkorban lah sikit tenaga untuk memasak kat rumah. Untuk mengurangkan makan kat luar, korang jugak boleh membawa bekal ke pejabat. Seriously, korang boleh menjimatkan banyak belanja. 

CATAT BELANJA

Make sure korang catat perbelanjaan harian korang, berapa duit masuk dan duit keluar. Cara ni boleh bagi korang tahu perbelanjaan korang dan korang boleh kawal trend belanja harian, serta-merta korang dah boleh nampak kat mana perlu berbelanja dan kat mana timbulnya pembaziran. Contoh, pagi ni korang belanja, malam nanti korang dah boleh buat summary dan kiraan.



MENYIMPAN

Ramai yang tak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan cara yang salah dalam pengurusan duit, kononnya duit simpanan tu adalah lebihan dari duit belanja dan komitmen. Bila korang dah fikir macam ni, duit simpanan tu korang akan tolak paling belakang. Okay sekarang tips-nya macam ni, perkara pertama bila korang dapat gaji, korang perlu menetapkan jumlah duit simpanan. Saranan adalah sebanyak 10% daripada duit gaji. Make sure korang simpan dalam bank yang susah untuk keluarkan duit, contohnya Tabung Haji. Walaupun sedikit, at least duit simpanan tu disimpan berterusan dan akan mendatangkan hasil. 

JAGA HARTA BENDA

Korang-korang ni mesti lupa yang maintenance harta benda adalah salah satu penyebab duit susut. Sebab tu, adalah sangat penting untuk kita sentiasa menjaga harta benda dengan baik. Contohnya, kereta. Kalau kita menggunakan dengan cara kasar seperti memandu dengan laju mungkin mengakibatkan kemalangan dan paling tidak, kesan pada enjin. Dan yang penting, seperti yang korang tahu pun, kos baik pulih kereta tak ada yang kurang dari RM100.

KURANGKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Actually, ada kebaikan dan keburukan bagi pengguna kad kredit. Keburukannya adalah korang lupa dalam berbelanja hingga berlebihan. Memanglah korang tak risau, sebab korang boleh je bayar setiap bulan, tapi kalau korang teliti, korang perlukan jumlah yang besar hanya untuk bayar balik hutang yang korang dah belanja. 


Monday 9 May 2016

REVIEW : RUMAH MAKAN CIBIUK SHAH ALAM

Hey,

Amboii, aku perasan banyak betul aku review kedai makan sekarang ni. Okay kali ni nak cerita pasal masakan Sunda pula. Sempena Hari Buruh haritu, family aku ada datang dan stay di Shah Alam. Dinner malam pertama kami adalah di Rumah Makan Cibiuk Shah Alam. 

First sekali aku nak terangkan tentang dekorasi rumah makan ni. Aku suka dengan konsep tradisional yang dorang terapkan. Ruang makan di rumah makan ni besar dan selesa. Korang boleh memilih untuk menikmati makanan di dining table ataupun duduk di lesehan dan makan bersila. And kalau jenis duduk makan bersila ni, memang confirmlah kalau lepas kenyang makan, korang akan berat punggung nak bangun dan berkemungkinan tersadai di situ untuk beberapa seketika. Hahaha.


Lokasi rumah makan ni sangat  strategik, senang cari dan yang paling penting senang parking. 

Rumah Makan Cibiuk Shah Alam
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5524 0691
Open Everyday



Dengan tag line 'rajanya sambal' memang sangat lah sesuai sebab kat rumah makan ni disediakan pelbagai jenis sambal. Serious, masakan Sunda kaya dengan sambal. Untuk pengetahuan korang, 7 jenis sambal ni free je taw, korang boleh amek banyak mana korang suka! Teringat masa aku ke Bandung dulu, setiap sambal yang terhidang aku makan, padahal jenis aku tak suka makan sebarang sambal. Selain tu, rumah makan ni ada menyediakan ulam-ulam kampung jugak. 

Actually, nama cibiuk tu adalah nama salah satu bangsa atau kaum yang terdapat dia jawa barat, dan rumah makan ni berasal dari Bandung, Indonesia. So bila ada cawangannya kat Malaysia, at least terubat rindu bila teringin nak makan masakan Sunda.


Untuk dinner malam tu, kitorang pilih set untuk 5 orang. Dalam set yang kitorang pilih ada Nasi Putih, Ayam Bakakak, Talapia Goreng Kipas, Tempe Mendoan, Balado Udang Pete, Cumi Crispy, Sup Ekor dan 1 Paket Kasturi Jeruk, haa amacam, berbelit tak lidah nak menyebutnya? Harga pun berpatutan sebab satu set tu boleh makan ramai-ramai.

Setakat ni, aku belum jumpa review pasal makanan lambat di rumah makan ni. Gladly to say, servis sangat cepat. Rasa macam baru je order dan sembang, tup tup makanan dah sampai. One thing pasal rumah makan ni, dorang punya pelayan memang sepenuhnya berkomunikasi dalam bahasa Indonesia, tapi agaknya dorang dah lama stay kat negara kita ni, so diorang boleh terangkan balik dalam bahasa melayu.

Jadi untuk para penggemar sambal, korang boleh datang ke rumah makan ni untuk rasa sendiri keenakan sambal masakan Sunda.