Wednesday 26 August 2015

PERODUA SERVICE CENTRE (PETALING JAYA)

Hey,

Last entry, aku ada cerita kisah macam mana ayah bantu aku masa aku mula-mula dapat kerja kat bandar besar ni kan? So, sesape yang baca tu tahu kisah ayah bagi pinjam kereta untuk memudahkan aku pergi dan balik kerja.

Kisahnya, masa aku 1st time servis kereta ni sendiri, aku service di Alesmo Auto Technical Sdn. Bhd. yang beralamat No. 25, Jalan BK 1/18, Perindustrian Bandar Kinrara, 47180, Puchong, Selangor.

Firstly, aku nak bagitahu, service di Alesmo ni sangat puas hati. Dari segi layanan customer, kalau kita booking kata nak tarikh dan jam berapa, memang dorang akan booked untuk kita. Kalau penuh, memang dorang akan inform awal awal. 

Dari segi service pun, Alhamdulillah tak ada masalah. Balik pun memang puas hati. Walaupun outlet pusat service tu kecil, tapi service, layanan dan kemudahan kat sana sangat complete. Siap ada kid's playground dan sediakan breakfast pagi untuk customer's service taw. 

Okay sekarang aku nak elaborate sikit pasal tajuk entry kat atas. 

Disebabkan millage dah sampai masa untuk service, dan aku nak balik kampung sempena cuti Merdeka ni, aku ambil keputusan untuk service kereta minggu lepas. Aku bukan main terjah je kat pusat service tu, aku dah siap booking seminggu awal. Tapi sangat hampa, sebab bila sampai je kat customer's service, dorang cakap nama aku tak ada dalam booking list.

Seminggu masa nak buat booking tu, Khairul siap booked kat pusat servis tu sendiri, booked sendiri dengan staff dia. Tapi Khairul kata dia perasan yang staff tu just dengar dan tulis macam tu je. Dia kata boleh, nanti dia buatkan booking. 

Mula mula aku macam resah jugak bila nama tak ada dalam booking list, Khairul dah macam naik angin dah. Tapi disebabkan pujukan akak tu kata yang dorang akan cuba siapakan sebelum jam 5 petang, aku dah lega sikit, bagi aku at least dapat juga service kereta tu. 

Dah siap je kereta tu servis, aku datang balik (sementara tunggu kereta siap, aku balik dulu), dia suruh buat payment and katanya nak balik dulu, nanti kereta aku siap, amek key dengan pembantu dia. Okay kat sini aku agak tak puas hati, sebab sepatutnya, kalau dah customer refer dengan kau, kau kena guide dia sampai settle semua. Ni tak, boleh pulak dia balik macam tu je.

Aku dengan Khairul bukan main lama tunggu kunci, sebab kereta dah terpacak lama kat luar tu. Sampaikan aku sendiri pergi kat meja kak tu and amek kunci, tanya staff lain boleh balik tak. Nampak kat situ yang customer kena buat macam 'kedai sendiri'? 

Then, aku terus masuk kereta dan baca resit bayaran yang aku bayar tadi, ada dinyatakan 'free wash'. Dalam hati suka lah jugak ada perkhidmatan macam tu, tapi hampeh, kereta tu macam tak cuci. Tetap kotor. 

Disebabkan aku request untuk update GPS, aku kena tinggal memory card. Katanya untuk dihantar ke Klang, sebab dorang tak buat update GPS tu. Dan akak tu janji akan call pada hari Isnin, untuk inform yang dorang dah hantar. Aku pun akur lah, sebab GPS sangat penting untuk orang macam aku. Sesat 1 minit pun aku terus on Navigation. 

Hari Isnin aku tunggu, tak ada terima sebarang call. Selasa pagi aku tunggu lagi, tetap tak ada sebarang call. Selasa tu aku call pusat servis tu untuk tahu apa status memory card aku. 4 kali aku call, 4 alasan aku terima. Kalau nak membohong pun agak agak lah. Seingat aku, call aku yang ke 3 tu dorang kononnya nak pass to akak in-charge tu, alih alih dorang seolah letak phone. 

Call yang 5 baru aku dapat bercakap, and aku kata nak pick-up hari ni. Sama ada dorang update atau tak. Dah pick-up hari ni, lain pulak jadinya. Aku perasan screen dalam kereta tu tak boleh tekan dan hang. Radio tak boleh buka. Aku tanya dorang, and alasan dorang, dorang tak tahu kenapa jadi macam tu, mechanic semua tengah rehat, and kalau baiki, dorang amek masa sebulan dan lebih!

Aku terus bengang. Dah banyak masalah, alasan dah sebelum ni tapi aku diam, aku sabar. Dorang langsung taknak take part. Dalam tak sedar aku marah dorang. Bad service. Entah orang lalu lalang dengar ke tak entah. Aku masuk kereta terus menangis.

Seriously, aku sangat kecewa and serik untuk service kereta di Pusat Service Centre Petaling Jaya. Besar tersergam rupa dorang tak sama dengan kualiti produk yang dorang hasilkan. Ini pengalaman aku, engkorang aku taktahu. Mungkin dalam masa yang sama, Tuhan nak uji tahap sabar aku, mungkin orang lain tak kena.

Tapi entry kali ni aku tulis bukan untuk memburukkan nama pusat servis perodua, tapi untuk memperbaiki kualiti pusat servis tu sendiri. 


Thursday 20 August 2015

RESEPI: KARI IKAN ALA MAMAK (TANPA SANTAN)

Hey,

Dah hampir 2 minggu, masa lunch hour je aku balik rumah memasak, untuk dimakan selepas balik kerja. Senang, balik kerja, panaskan lauk, dah boleh terus makan. Actually aku bukan rajin sangat, tapi memandangkan akak kat bawah dah tak jual, aku ambil keputusan untuk balik dan masak sendiri.

Lepas cuti raya haritu akak tu dah tak bukak gerai lori dia tu. Alasan dia nak berehat, sebab dah tua, tak larat nak bekerja lagi. Kesian akak tu, dulu siap pasang payung besar dan buka meja taw, kitorang hari hari memang takde tempat lain dah selain makan gerai lori akak tu. Akak tu memang tak ambik untung banyak, plus kitorang yang berkereta ni boleh save kos minyak. Ihiks!

Pernah jugak aku try restoran restoran kat area rumah aku. 2, 3 kali je aku pergi sebab tersangat-lah mencekik darah! Bayangkan nasi separuh + ayam + sayur di-charge-nya RM10. Hakak tak mampu wehh kalau sehari RM10, kalau sebulan bekerja, tak ke kos lunch sahaja mencecah RM 200? Itu baru makan tengahari. Haih!

Panjang pulak opening entry aku kali ni, so hari ni aku nak share resepi bajet untuk orang bujang. Kari Ikan Ala Mamak. Nama Ala Mamak ni kes-nya sebab Kari Ikan ni tak letak santan.

RESEPI KARI IKAN ALA MAMAK

2 ekor ikan 
1 labu bawang besar
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan Babas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali

Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum

Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.

Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari

Tumis hingga harum dan bawang garing

Bila dah garing masukkan bahan kisar

Masak lagi hingga garing dan terbit minyak

Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili

Masak hingga cili benar-benar garing

Kemudian masukkan rempah kari ikan

Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air

Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili

Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa

Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit

Kemudian tambahkan air.

Biarkan ia merenih sebentar.

Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.

Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.

Nah, belanja gambar sikit ;)




Thursday 13 August 2015

23RD BIRTHDAY

Alhamdulillah, 

Tepat jam 10.50 pagi ; genaplah umur aku 23 tahun. 

Sebagai seorang yang terlalu teruja bila tiba hari jadinya, aku biasanya celebrate birthday dengan family. Tapi tahun lepas (2014) dan tahun ni (2015), aku ditakdirkan menyambut harijadi di bandar besar ni. Sebab-nya aku bekerja kat sini, dan hari jadi aku jatuh pada hari bekerja. I'm crying.

Tiap tiap tahun, aku rasa macam excited gila. Tak sabar nak tunggu birthday aku. Tahap mengada aku boleh tahan juga sampai siap countdown birthday sendiri. Bukan mengharap hadiah atau apa, just nak rasa, dalam 365 hari tu, aku ada hari aku sendiri; hari lahirnya seorang aku.

Aku tak ingat banyak tentang cerita macam mana mak melahirkan aku. Apa yang aku ingat, umur mak masa tu 21 tahun. Aku dilahirkan jam 10.50 pagi. Mak bagitahu, masa tu ayah suruh tunggu mak beranak pada 31 Ogos, supaya harijadi aku, sama dengan harijadi ayah. Hihi.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan dan dipertemukan dengan orang sekeliling yang baik-baik. In fact, aku pun nak berterima kasih dekat korang yang sudi wished through Whatsapp, Twitter dan Instagram. Tahap happy dia tu sampai kau rasa nak lempang!

Moga dengan menambah umur tahun ni dapat mematangkan, dipermudahkan segala urusan, dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. 



Happy 23rd Birthday to me!

Tuesday 11 August 2015

ULANGTAHUN PERTAMA

Hari ni, pada tahun yang lepas, 11 Ogos 2014; 

Adalah hari pertama aku daftar sebagai Pembantu Juruukur Bahan. Aku masih ingat, dengan berbaju kurung biru, dan ada bunga kecil berwarna pink, dan bertudung merah, aku datang office ni seawal jam 8.15 pagi ; walaupun dimaklumkan kerja bermula pukul 9 pagi.

Aku masih ingat, family datang, dan tolong hantar barang barang ke rumah sewa pada hari Sabtu sebelumnya, pada 9 Ogos. Minggu sebelumnya, aku dah bermasam muka sebab aku dah agak yang aku bakal menyambut hari lahirku pada 12 Ogos sorang sorang.

Ayah tinggalkan sebijik kereta, untuk memudahkan aku ke office, hari sebelumnya, ayah dah trained aku drive dari rumah sewa ke office. Masa tu serba serbi baru, aku tak kenal jalan. 

Hari pertama aku ke office, turun je dari lift, aku dah confused, kat mana kereta aku sebenarnya. Memang kalau dari atas, dari bilik aku, aku boleh nampak aku park kereta kat mana, tapi bila turun, aku ke kiri dan ke kanan cari kereta. 

Lepas panaskan enjin, aku drive melepasi palang Condominium, masa tu just scanned Parking Pass yang tuan rumah bagi. Aku bawak slow slow, cuba ingat balik jalan yang ayah ajar. Bila dah melepasi terowong kecil, aku dah tak ingat jalan.

Aku masuk kiri, masuk kanan, belok sana dan belok sini. Aku berhenti kereta kat sisi jalan. Terus buka Navigation. Nasib aku baik, sebab ayah dah set awal awal kat mana location office aku. Aku start drive balik ke office dan akhirnya jumpa!

Lepas parking, aku naik ke office. Office ni agak familiar sikit sebab dah 2 kali datang sebelum ni. 1st masa temuduga, dan 2nd semasa sebelum masuk kerja, dia ada trained sikit. Aku duduk kat receptionist. 

Tepi aku ada sorang lagi budak perempuan, Nad, yang sekarang jadi team mate aku. Kitorang sama umur. Depan aku ada sorang lelaki, bujang, tapi nampak sedikit berumur, Shahril. Nad dapat jawatan sama dengan aku, walaupun sebenarnya, dia budak Ukur Bangunan. Shahril sebagai receptionist.

Lepas tunggu dalam 15 minit, kitorang dipanggil, untuk introduced diri dalam bilik bos, dan diberi penjelasan pasal syarikat kitorang. Lepas tu kitorang diberi meja sendiri, dan dilengkapi alat alat tulis untuk digunakan.

Team untuk Juruukur Bahan masa tu ada 5 orang, termasuk aku. Tapi Faris tak sempat lama jadi team mate kitorang, dalam 2 bulan aku bekerja, dia dah resigned, dapat job yang lagi okay katanya.

Waktu lunch paling kelakar seingat aku, kitorang (aku dan Nad) tak dijemput untuk lunch sama sama ke apa, so kitorang bawak diri. Aku offered Nad untuk keluar makan sama sama, naik kereta. Lepas pusing pusing, jumpa lah satu kedai. Jauh kitorang pusing untuk cari satu kedai makan, adalah dalam 20 minit, sampai sekarang pun aku lupa kat mana kedai tu dan macam mana aku jumpa kedai tu.

Kononnya dari jauh, kitorang tengok macam kedai mamak, aku tanya Nad kalau dia okay dengan mamak, Nad angguk. Apalagi aku masuk parking dan terus masuk kedai. Aku pergi tengok lauk dan aku mintak nasi, aku ingat boleh pilih lauk sendiri. 

Rupanya tu kedai aney yang makan nasi dalam daun pisang. Patut masa masuk kedai tu orang tengok semacam dekat kitorang, dan kebanyakannya semua india. Melayu cuma ada 2 3 ketul je. 

Saat dorang letak daun pisang atas meja, aku dah start berdebar, mana tak-nya tak pernah dan tak biasa, bawak kawan pulak tu. Pastu dorang lap daun pisang tu, letak nasi dan lauk. Sebelum letak dorang tanya, bila kita kata nak, diorang geleng geleng, bila kita tknak, diorang geleng geleng jugak. Adeyyy.

Lepas makan, amek kau kena RM15 sorang, entah apa aku makan pun aku taktahu. Seingat aku, sayur kacang panjang, ikan, ayam dan air limau nipis. Masuk je dalam kereta, kitorang gelak. 

Tak sangka, sekejap je masa berlalu. Hari ni adalah hari pertama aku bekerja. Hari ni adalah hari pertama aku cuba untuk sesuaikan diri bekerja di bandar besar. Hari ni adalah hari pertama aku pada tahun lepas.

Berbagai pengalaman dan ilmu telah aku dapat. Pelbagai benda yang aku pelajari lalui sepanjang setahun di sini. Berbagai perangai dan keletah orang aku dapat saksikan. Alhamdulillah. Moga aku dapat merasai banyak lagi cabaran, dugaan dan pengalaman sepanjang bekerja.

Esok dah masuk 23 tahun oii!