Wednesday 21 December 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS PEMILIHAN PAKAIAN PENGANTIN

Hey,

Pagi-pagi ni aku nak bagi tips sikit pasal pemilihan pakaian pengantin. Eh ingat baju pengantin boleh pilih-pilih hujung jari je ke? Hihi. Para tetamu jemputan korang sure-sure akan menilai korang di hari bahagia nanti. Bukan apa, alang-alang meraikan hari perkahwinan korang, ada juga antara ramai-ramai tetamu yang datang tu nak ambil inspirasi daripada majlis korang. Yelah, mungkin untuk jadikan contoh di hari bahagia dorang pulak. 

Aku pernah jugak gossip gossip ala mak jemah dengan kawan-kawan atau sepupu sepapat aku pasal majlis perkahwinan yang pernah kitorang pergi. Antara jawapan yang menarik hati aku adalah dorang banyak membincangkan perihal baju pengantin. So, to all bakal pengantin, make sure buat keputusan bijak dalam pemilihan pakaian pengantin korang. 

1. KAIN SATIN


Kalau majlis korang dibuat dalam dewan atau hotel, amat-lah digalakkan untuk memilih pakaian dari kain satin. This is because suhu dalam dewan atau hotel sejuk compared to buat majlis di kawasan perumahan. Korang sedia maklum kalau majlis di kawasan perumahan macam mana kan? 

Bukanlah nak memandang rendah, actually buat di kawasan perumahan lebih santai dan meriah, cuma bila bercakap hal pemilihan baju, tidak digalakkan memilih baju dari kain satin. Bukan apa, bayangkan keadaan cuaca yang panas terik, suhu tinggi, dengan keadaan korang kena layan tetamu, and tambah pulak badan cepat berpeluh. So, tak manis-lah kalau para tetamu tengok korang dalam keadaan basah lecun dengan peluh. 

Untuk bakal raja sehari, elakkan pakai pakaian berlapis-lapis. Trust me, jangan sebab nak macho korang sampai nampak sesat dan sarat. Penat pulak mata tetamu melihat nanti.


2. KAIN LACE



Zaman sekarang, ramai bakal ratu dan raja sehari lebih gemar memilih kain lace. Nampak cantik dan manis, kan? Kalau dulu, bakal pengantin lebih cenderung untuk memilih kain baldu dan sebagainya. 

Nasihat kepada bakal ratu sehari yang berhijab terutamanya, berhati-hatilah memilih kain lace, sebab kalau korang salah pilih lace, korang akan nampak pelik di atas pelamin nanti. Pakai inner atau pakaian dalam yang sesuai. Please elakkan memakai tube separuh, pastu korang kena-kan tudung pulak. Make sure pakai inner penuh dan lilitan tudung yang betul untuk tutup segala aurat-aurat yang ada. Trust me, kejelitaan dan kecomelan korang akan lebih terserlah. 

Untuk yang tak bertudung pulak, elakkan memakai tali pakaian dalam atau senang cakap tali bra yang menonjol. Contoh, baju pengantin warna lace putih, pakai dengan inner tube putih, pastu tambah pulak warna tali pakaian dalam warna merah. Memang korang akan nampak sangat 'terserlah' dan memalukan diri sendiri di atas pelamin. Silap-silap mengucap tok kadi tengok korang! 


3. KAIN JARANG



Ada antara material baju yang agak jarang dan tak sesuai dengan majlis bahagia korang. Make sure korang standby kain dalam atau inner yang boleh tutup badan korang dari terdedah. Bertutup itu kan lagi manis? Biarlah selebihnya untuk bakal suami sahaja. Gittewww!

So, make sure korang bincang dengan pereka baju korang atau penasihat butik perkahwinan korang dalam pemilihan pakaian pengantin. Jangan sebab baju tu nampak cantik je korang terus grab! Ingat taw, tersilap pilih, sepanjang majlis nanti korang akan rasa tak selesa. Raikan hari bahagia korang dengan ceria dan bebas stree. 

And make sure jugak, semasa fitting baju pengantin korang, bincang apa yang terbaik dan manis untuk korang. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar. Semoga hari bahagia menjadi kenangan terindah untuk korang. Good luck!

Monday 19 December 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN

Hey,

Musim cuti sekolah ni adalah sangat sinonim dengan majlis perkahwinan. Kadang-kadang sampai tak sempat nak pergi semua sebab terlalu banyak undangan perkahwinan, kan? Untuk bakal pengantin, semestinya terlalu banyak proses yang perlu dilalui dan salah satunya of course lah menyediakan senarai barang hantaran kepada pihak pasangan.

Kita sedia maklum, trend mengenai barang hantaran zaman sekarang dah tak sama dengan zaman nenek moyang kita dulu. Contohnya, seseorang yang suka bermain permainan video, kita akan hadiahkan PS4 atau Xbox sebagai hantaran perkahwinan. Secara tak langsung, perkahwinan adalah bukti segala hobi dan minat tak akan terpadam. Bezanya, mungkin dulu korang main sorang, bila dah berkahwin, korang boleh share minat bersama pasangan. Hihi.

Tapi tu hanya trend, seeloknya kita ikut dulu adat pastu baru ikut citarasa masing-masing. Pengalaman aku dalam menyediakan barang hantaran, Mak, Ma, Wan dan mak-mak sedara aku banyak berpesan dan bagi tips. Antara tips yang aku boleh share dengan korang adalah : 

1. Bincang dengan pasangan korang pasal berapa dulang yang nak disediakan, kalau boleh buat senarai barang yang nak dijadikan hantaran. Dah dapat kata sepakat, korang boleh lah terus pergi beli bersama-sama sebab takut nanti, si lelaki minat kasut Adidas, tapi yang perempuan kononnya nak buatkan kejutan, so si perempuan ni belikan kasut Nike sebab model Cristiano Ronaldo nampak 'hensem' pakai kasut Nike. Tak pasal nanti hal barang hantaran pun boleh gaduh, so korang better bincang dan beli bersama-sama.

2. Berapa dulang balas berapa? Korang masih keliru berapa banyak dulang dan kenapa 7 berbalas 9? Kenapa 5 berbalas 7? Sebenarnya tak ada garis tepat untuk berapa dulang berapa dulang. Cuma adat Melayu, bilangan dulang itu dipilih dalam bentuk ganjil. Tak ada maknanya kalau 7 berbalas 11, akan akan dapat kedai 7-11 selepas kahwin! Haha. Sekali lagi duduk berbincang berapa banyak barang yang ingin dijadikan hantaran, Sebaiknya tak banyak sangat, sebab nanti pening kepala nak pikirkan bajet serta perkara untuk dijadikan barang hantaran. Pengalaman aku, bagi aje sama, 7 berbalas 7. Settle!

3. Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak sebab nanti, korang perlukan lebih ramai 'dulang girls' untuk pegang dulang korang, bermakna makin ramai kawan/sahabat korang perlukan untuk memegang dulang korang. Sekiranya baju-baju dulang girls ini korang kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu korang belanjakan. Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang korang, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!

4. Aku masih ingat waktu kecik-kecik dulu lepas majlis kahwin, aku paling tak sabar tunggu waktu untuk bukakan barang hantaran. Ye lah, seharian dah pegang dulang, tengok istana cadbury petak-petak tu, dah ke berapa puluh kali telan air liur sambil menatang dulang. Bila korang buat keputusan tentang dulang hantaran, kek, buah-buahan perlu diambil kira juga sebab ahli keluarga akan memakannya. Takkan kahwin si abang/kakak tapi ahli keluarga dibiarkan begitu tanpa ambil hati. Sekurang-kurangnya makanan ataupun buah buahan tersebut akan meninggalkan kenangan pada ahli keluarga korang!

5. Semasa pemilihan barang, korang kena sesuaikan dengan tray yang korang guna. Make sure korang tahu saiz tray, kalau tak semua barang tak muat untuk digubah. It is better kalau korang pilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar, pasti susah nak mengubahnya sebab kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya, pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang selalu diperkatakan bagi set hantaran pertunangan, korang boleh juga menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada korang. Pengalaman aku sendiri, aku tak masukkan sireh junjung ni dalam list hantaran aku. 

8. Pilih warna barang hantaran korang mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran. Trend zaman sekarang lebih menggunakan warna pastel supaya nampak manis dan lembut.

Kat sini aku nak kongsikan senarai barang hantaran aku dengan Khairul. Gigih kami beli barang hantaran last minute dan gubah ikut citarasa sendiri. Overall memang kami puas hati dengan usaha dan titik peluh keluarga, dan kami sendiri. Hihi

Hantaran dari pihak lelaki :










Hantaran dari pihak perempuan :








Senarai barang hantaran terpulang pada citarasa korang dan pasangan, yang paling penting budget korang sendiri. Jangan nak beli macam-macam tapi kos tak cukup, naya nanti!