Friday 20 November 2015

#nurainikhairulengagement : GLASS CRAFT PROJECT & DIY DOORGIFT

Hey,

Dalam sibuk-sibuk key-in tender yang entah bila nak siap ni, sempat lagi aku celah masa sikit untuk review pasal doorgift masa Majlis Bertunang haritu.

So, lepas Google segala macam jenis doorgift, kitorang berkenan dengan satu idea, kacang dalam balang kecik. Mungkin dah basi kot idea ni, tapi sesuai dengan budget dan barang mudah untuk buat, kitorang proceed je. Bagi nampak rare sikit, kitorang DIY sikit balang ni ala-ala hipster. Haha.


Beberapa bulan before Majlis Bertunang tu, aku dah try cari igers mana yang supply balang kecik ni. Then, terjumpa lah dengan Glass Craft Project ni. Mula-mula memang saja survey harga dulu, macam mana service dia and etc. Tapi, disebabkan layanan yang memang thumbs up, terus kitorang berkenan untuk menggunakan dorang punya perkhidmatan. Korang boleh self-pickup di Paradigm Mall taw. 

Kalau korang tengok dalam ig Glass Craft Project ni, banyak balang yang dorang supply, korang nak kecik ke besar ke panjang ke pendek ke, gemuk ke kurus ke semua ada. Korang cuma perlu rajin scroll atas bawah je. Try lah tengok-tengok, kalau nasib korang baik, dapat discount, hihi.

Kalau korang perasan, kat doorgift aku tu ada sticker nama kitorang kan. Sticker ni si Khairul tu gigih pergi tempah kat Putrajaya. Aku lupa pulak dia punya nama kedai, tapi memang sangat murah dan berbaloi. Disebabkan si Khairul ni boleh lah design sikit-sikit, so kat situ dah jimat kitorang punya harga sticker, hehe.

Kain yang balut balang tu, kakak si Khairul tu ada lebih, so dia just bagi free je. Jimat kos kitorang, hihi. Aku tak pasti apa nama kain tu, tapi katanya, kain ni adalah material kain yang orang buat bengkung dalam pantang tu. Haha.


Untuk nampak berseri sikit, aku just ikatkan tali sikit sekeliling penutup botol. Aku ni dah lah jenis tangan keras, nak ber-riben bagai mana lah aku pandai. So, aku just lilitkan 2 atau 3 kali, dan terus ikat riben paling simple. Siap.

Overall, aku memang saja buat lebih sikit doorgift ni masa Majlis Bertunang tu. Lepas je Majlis Bertunang tu, aku tengok ada lebih beberapa botol je. Then, mak suruh aku tinggal beberapa botol kat rumah, dan selebihnya aku dan Khairul bawak balik untuk bahagikan kepada officemate. 

Wednesday 18 November 2015

#nurainikhairulengagement : AFIQ ABDULLAH (@hanshazrick)

Hey,


Sorry baru nak review pasal Photographer yang cover Majlis Tunang haritu. Disebabkan album dan gambar baru dapat minggu lepas, so memang dalam kepala aku memang dah set bila nak review. Hari-hari asyik msuk draft je. Hihi.

Okay, nama yang aku letak dalam tajuk entry kali ni adalah Photographer kitorang masa majlis pertunangan haritu. Kitorang tak memilih sangat dan demand lebih-lebih, cukup lah ada sikit budget, dan kena dengan gambar cantik serta takde kos perjalanan. Haha. 

Dengan harga berpatutan, kitorang dapat 2 pcs gambar printed, aku tak sure size apa, macam lebih kurang size A4 je, gambar unlimited satu hari cover the whole majlis, 1 photo book berkulit tebal dan keras, dan sepatutnya free outdoor session. Tapi lepas fikir punya fikir, dengan kekangan masa, pecah kepala nak pose kat mana dan bagaimana, kitorang tak amek yang outdoor shoot tu, cukup-lah 'outdoor' rumah aku je. Okay apa, duit minyak pun jimat. 

Untuk contact dengan photographer yang sempoi ni tak perlu susah-susah, korang whatsapp je, paling lambat pun dalam 4 atau 5 minit dah reply. Si Afiq ni akan reply apa sahaja yang korang tanya, siap bagi contoh gambar cover book ke apa. Korang mengarut-mengarut pun dia balas mengarut. So, tak perlu takut nak tanya.

Aku malas nak bebel panjang, korang layan je gambar-gambar tu. Aku suka gambar yang terperinci. Macam gambar tangan, moment tengah sembang, gambar detail, etc. Aku sangatlah berpuas hati dengan gambar dan servis si Afiq ni. 






Korang boleh follow si Afiq ni di :
Instagram : @hanshazrick
Facebook : Afiq Abdullah

Monday 16 November 2015

LANGGAR LARI

Hey,

Malam tu aku decided nak keluar cari makan bersama seorang kawan. Ada satu jalan lepas traffic light tu agak gelap. Kalau tetiba ada yang men-jerkah, pasti korang terangkat jugak dek kerana terkejut. Malam tu aku drive slow, konon macam sambil drive, layan angin sepoi-sepoi. 

Dalam beberapa meter kat depan, kawan aku ternampak seekor anak kucing laju melintas jalan raya besar. Awal-awal aku dah break, dalam akal aku anak kucing tu selamat melintas. Tapi selaju anak kucing tu melintas, lagi laju kereta yang ada di depan aku. Aku tercari, kalau-kalau anak kucing tu selamat melintas. Tapi, hampa. Aku dah tak nampak kelibat anak kucing tu. 

Sah, depan mata aku, kereta di depan aku memang dah terlanggar. Aku nampak anak kucing tu menggelupur, sakitnya dilanggar. Masa tu, dah nyawa-nyawa ikan. Jalan raya terus sesak dengan kereta dan motor, nasib anak kucing tu baik, belum dijejak oleh kenderaan lain. Aku buntu, termenung tepi jalan. Perlu ke aku bantu ataupun terus pergi? 

Kitorang terus sambung nak cari makan, tapi hati macam tak sedap, kepala asyik teringat. Takut, ketar semua bercampur. Keputusan dibuat, terus kitorang pusing balik ke jalan tadi. Macam-macam dah dalam kepala aku, kalau bangkai tu dah hancur, aku terus je. 

Sampai je kat jalan tadi, aku tengok bangkai masih elok. Terbaring kaku atas jalan raya. Kawan aku dah prepared dengan kayu panjang. Detik kawan aku angkat bangkai tu dari jalanraya, badan anak kucing tu masih panas. Darah pun belum sempat mengalir. 

Aku tenung bangkai anak kucing tu. Sedih dan kesian. Masa tu, aku terbayang kucing-kucing aku kat kampung, kalau aku ditempat tuan kucing ni, pasti hiba. Tambah sedih, bila lihat bangkai seekor anak kucing, terasa terlalu kecil. 

Sedikit pun aku tak salahkan pemandu yang melanggar anak kucing tu. Mungkin kerana jalan agak gelap, mungkin kerana semua kejadian dalam sekelip mata. Tapi langgar lari? 

Aku kalau terpijak ekor kucing pun, aku jadi tak tentu arah, siap kata sorry, seolah dia seorang manusia. Macam mana, seorang manusia, yang berakal, boleh merempuh, membiarkan dan lari?

Kental betul hati pemandu tu, sanggup membiarkan sahaja walaupun itu cuma binatang. Binatang mungkin tidak ada akal, tapi juga ada perasaan. 



Thursday 5 November 2015

RESEPI: SAYUR BAYAM MASAK AIR

Hey,

Entry kali ni aku nak kongsi resepi Sayur Bayam Masak Air. Actually, aku memang suka Bayam Ungu ni, mungkin sebab warna dia kot, buat aku tertarik. Hihi. So, haritu masa beli barang dapur sikit, aku ternampak Sayur Bayam ni, segar lagi, macam baru diikat. Terus aku grab, tak banyak cakap dah. Haha.

Sebenarnya banyak cara nak masak Sayur Bayam ni, tapi jom tengok aku punya resepi.


Sayur Bayam Masak Air

Bahan-bahan:

1 ikat bayam 
3 biji keledek kuning
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Air
Garam dan gula

Cara:

Potong sayur bayam. Didihkan air, bawang merah, bawang putih, dan ubi keledek. Masak sampai empuk. Masukkan bayam dan perasakan dengan garam dan gula. Boleh dihidangkan.

Sangat mudah kan, masak pun cepat je, boleh jimatkan masa. Selamat mencuba!

TRIP: BUKIT TINGGI, PAHANG

Hey,

Aku ni kadang-kadang tak sempat nak update entry on the spot. Maksudnya, kalau aku ke mana-mana ke, aku masak apa ke, aku nak cerita apa ke, kadang-kadang aku just buat point-point dulu, and aku akan huraikan kemudian. Sebab tulah, aku punya entry kadang-kadang asyik yang throwback je. Haha. Pastu mula-lah kadang-kadang cerita tu dah jadi skip-skip. Hihi.

So, hujung minggu tu kitorang decided untuk pergi trip, tapi versi budget punya. Haha. Actually, kitorang macam confused jugak, nak ke Putrajaya untuk Light Festival ke ataupun Bukit Tinggi. 


31 October 2015
Colmar Tropicale

Pagi Sabtu tu, dalam pukul 9 pagi, kitorang singgah Genting Sempah untuk heavy breakfast, sebelum naik ke Bukit Tinggi. Sebab-nya, aku ni memang pesen kalau nak ke mana-mana, aku akan Google segala macam mak nenek. Daripada tempat menarik, apa kemudahan tempat tu, makanan apa yang best ke, semua aku akan view dulu, bukan apa, senang, kita dah all prepared. So, kebanyakkan view pasal Bukit Tinggi ni kata makanan kat atas mahal, sebab tu lah pagi-pagi buta tu kitorang dah pilih nasi. Hihi.


Sudah je breakfast, kitorang beli junk food sikit untuk kunyah-kunyah kat atas, and bekalkan fastfood untuk lunch kat atas nanti. Haa, camne preparation kitorang nak naik Bukit Tinggi? Semua dah tersedia kan? Haha.


Kitorang cuma pergi one-day ke Bukit Tinggi. Kalau dari KL, perjalanan ke Bukit Tinggi ni tak lama pun, dalam 1 jam setengah camtu. Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi ni memang boleh berliku-liku jalannya, nasib lah kitorang ni jenis tak mabuk. The most interesting part sepanjang perjalanan ni adalah dia punya view, pokok menghijau, udara segar, nyaman, sunyi dan best. Tak fikir panjang, terus kitorang bukak tingkap, rasa dia punya fresh air.


Bayaran masuk adalah RM14 untuk dewasa. Kat Bukit Tinggi ni sesuai untuk yang mencari ketenangan, jauh dari hiruk pikuk bandar. Kalau yang kaki shopping, kat sini bukan port korang, okay?


Aku nak recommended terlalu banyak aktiviti, aku tak pasti sangat, tapi apa yang aku tahu, kat sini ada pelbagai kemudahan dan aktiviti yang korang boleh buat sepanjang korang kat sana. Kalau korang nak makan, kat atas ada banyak kedai makan, antaranya La Cigogne, Le Blason dan La Flamme. Type of food yang dorang sediakan aku tak pasti, sebab aku memang tak makan kat atas. Hihi.


Kat sini jugak, korang boleh set-up untuk Company Meeting, Gathering, Family Day, Teambuilding atau Training. View Bukit Tinggi ni bagi aku, sangat sesuai untuk korang buat aktiviti beramai-ramai, aku cakap camni sebab aku dah experienced dalam mengadakan gathering kat Bukit Tinggi ni, ikut company ayah aku.


Untuk aktiviti luar, kat sini ada menyediakan Equestian, Golf, Sport Complex, Adventure Park, Japanese Village, Botanical Garden, Animal Park, Entertainment dan 6D Motion Ride. Tapi aku takdelah sampai main semua game ni, kan aku dah mention, trip kali ni, cuma trip budget. Haha



Botanical Garden

Lepas dah pusing-pusing Colmar Tropicale, dah pose bermacam gaya, kitorang terus ke Botanical Garden. Walaupun perkhidmatan shuttle disediakan oleh pihak Colmar Tropicale untuk kemudahan pengunjung, kitorang memilih untuk memandu sendiri ke Japanese/Botanical Garden. Tak susah pun untuk kemana-mana walau memandu sendiri sebab signboard cukup lengkap. Ruang parking pun disediakan untuk pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri.


Dia punya bukit curam kemain. Disebabkan tangga tu dekat dengan carpark kitorang, so kitorang pilih untuk naik tangga je. Engko bayangkan 88 biji anak tangga, curam pulak tu! Dah rasa macam naik Batu Caves pulak. Rasa macam menggigil-gigil kaki bila sampai kat atas. Mengah dia toksah cerita lah macam mana. Pastikan korang pakai kasut yang selesa dan sila bawa bekalan air mineral ye.


Laluan untuk ke Botanical Garden ni dipenuhi dengan rimbunan yang menghijau. Aku paling geram tengok bunga-bunga kat Botanical Garden ni. Amboi kembang dorang taknak kalah. So, kalau korang memang jenis mesra alam, memang tak rugi datang sini, untuk nikmati keindahan semulajadi.




Japanese Village

Then, kitorang ke Japanese Village. Dekat sangat je dua tempat ni. Selain flora dan fauna, Japanese Village ni dilengkapi dengan air terjun dan kolam tadahan. Meleleh air liur aku tengok air tadahan/air sungai ni mengalir. Bukan apa, aku nak rasa kesejukan air tu, sama macam masa aku ke Bandung, dekat entry ni, TRIP: BANDUNG, DAY 2, punya sejuk air dekat Wisata Kawah Putih tu, aku tetap nak celup kaki nak rasa air dia. Hewhew




Dalam Japanese Village ni ada Japanese Tea House taw. Dekat sini kalau korang nak lepak minum teh jepun boleh, nak sewa kimono pun boleh. Tapi disebabkan trip budget, kitorang just pose depan Japanese Tea House ni je, tak kuasa nak minum teh jepun,apatah lagi nak sewa kimono. Katanya, sewa kimono ni RM20/person, boleh guna dalam 15-20 minit. Nak masuk kena buka kasut, lepas tu tertunduk-tunduk macam orang Jepun, baru lah betul adat Jepun kan. 


Last sekali before exit Japanese Garden ni, aku dah memang tak boleh tahan nak rasa air dia. Sebelum tu aku dah main kacau-kacau air, tengok ikan jarak dekat, engkorang tahu lah maksudnya memang aku nak rasa jugak ngan kaki aku. Haha. Akhirnya, terbuka jugak lah kasut tu, dan celup kaki. Adalah dalam 10 minit jugak aku rendam, puas-nya ya Tuhan!


Animal Park

Tiket masuk ke Animal Park adalah RM4 untuk setiap kepala tanpa mengira usia, tapi kalau baby atau 3 tahun ke bawah rasanya tak dikenakan sebarang bayaran. Engkorang rasa apa yang engkorang dapat dengan bayaran RM3? Meh aku cerita sikit.


Korang boleh-lah bermesra-mesra dengan arnab dan rusa. Only rusa dan arnab ye tuan-tuan dan puan-puan. Pastu ada lah keldai seekor. Nama aje Animal Park. Pastu korang boleh lah bagi arnab makan, tapi korang ingat free okay? Maaf ye, makanan arnab serta rusa ni korang kena beli suku dengan harga RM3/peket. 


Dalam pukul 4.00 petang camtu kitorang gerak balik. Rasa macam dah takde tempat nak pusing-pusing, Hehe. Cukup-lah sekadar kenal dengan Bukit Tinggi ni, dan merasa percutian singkat ni. Overall, bagi aku, Bukit Tinggi bagus untuk short getaway macam ni. Sangat sesuai untuk sesape nak asah skill photography. Nak kata save budget sangat tu takde jugak, sebab ada yang berbaloi, ada yang rasa macam rugi, tapi dah sampai kan, kalau tak merasa, nanti teringat-ingat pulak. Recommended for those who loves nature.