Thursday 27 October 2016

#nurainikhairulwedding : MAJLIS AKAD NIKAH

Hey,

Sebulan 18 hari dah menjadi isteri Khairul, harini baru aku terkedek-kedek nak buat entry majlis akad nikah. Apasal lah liat sangat nak update entry baru sekarang ni. Tapi sebulan ke, sebelas bulan ke, doploh empat bulan ke, tetap rasa macam baru je semalam nikah. Selagi inai masih lekat lagi kat kuku ni, hari-hari rasa macam pengantin baru. Hihi.



Ramai sangat kawan-kawan yang dah kahwin cerita, bila nak buat majlis kahwin ni, memang tersangatlah busy sampai makan ke mana, tidur tak cukup, badan letih yang teramat pun tak sempat rasa. Bila sampai majlis aku sendiri, baru aku rasa penat lelah-nya macam mana. Around 2 atau 3 bulan macam tu jugak lah asyik makan hati, asyik tak cukup tidur, tak cukup rehat. Seriously, memang sangat penat, dengan kerja office pun masa-masa macam ni lah nak bertimbun.

Kebanyakkan persiapan aku buat sendiri, maklumlah anak sulung. Tapi untung aku dapat family yang tak henti support. Persiapan kat rumah memang kebanyakkan-nya mak ayah yang ke hulur ke hilir cari barang, dorang jugak yang settle catering, pelamin semua tu. Nak tunggu aku balik untuk hadap persiapan kat rumah tu memang tak sempat.



Sehari sebelum hari nikah aku, orang catering dah pasang khemah siap-siap. Sambil-sambil family dan jiran-jiran busy siapkan persiapan rumah, aku dan mak settlekan bab hantaran. Alah, bukan banyak sangat, cuma touch up mana yang perlu. Kitorang dah siapakn hantaran dalam sebulan awal. Barang-barang hantaran pun dah siap beli 2 bulan sebelum majlis akad nikah. 

09/09/2016. Pagi hari Jumaat yang mulia tu, aku adakan majlis berinai kecil-kecilan khas untuk family dan jiran-jiran aku yang banyak membantu. Kemain suka haa mak-mak sedara aku dan jiran-jiran. Katanya dah lama benor tak berinai, dan aku dapat tengok betapa kagum-nya dorang dengan kemudahan dan creative-nya pelukis inai ni.

Selesai berinai, aku started make up selepas zohor. Seriously, masa make up ni je lah satu-satunya saat aku boleh rehatkan badan, sampai terlelap mata. Aku sure korang yang dah kahwin boleh faham macam mana busy-nya aku dan persiapan nak kahwin. Alhamdulillah, semua persiapan dah siap dan rapi, termasuk persiapan hati untuk menjadi isteri orang.




4 petang, masa paling genting. Detik paling istimewa dan paling tak boleh lupa. Dengar je jiran-jiran dan mak sedara aku kata pihak lelaki dah sampai, aku dah mula gelabah, padahal masa berinai, masa make up, aku relax je. Aku cuba berzikir supaya semuanya akan dipermudahkan. Tips orang tua, sebelum majlis nikah, banyakkan berzikir, banyakkan berdoa, semua tu untuk pelancaran majlis, pelancaran lidah bakal suami.

Tiba masa aku keluar dari bilik dan sertai majlis akad nikah. Dikelilingi keluarga, sedara mara dan jiran tetangga, hati aku lebih tenang. Tipu lah weh kalau aku kata aku tak rasa apa, takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. Bukan benda main-main taw. Bukan macam dulu masa main mak-mak, kalau taknak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan lain. Ini suami sehidup semati.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Allah! Entah kenapa, mengapa, macam mana, terus berderai air mata. Perasaan sendiri pun aku tak faham macam mana masa tu. Bercampur-campur. Dari situ, aku mula rasa aku bertanggungjwab sebagai seorang isteri lepas ni.



Mak yang sentiasa ada dengan aku nampak lebih relax dari sebelum ni, sebab sepenat-penat aku sebenarnya mak adalah orang yang lebih penat dari aku. Entah macam mana majlis akad nikah aku kalau tak ada mak. Korang cuba bayang, semua benda mak aku buat. Dengan keadaan-nya yang kurang sihat, sakit belakang tapi dia gagahkan diri jugak semata demi persiapan majlis aku.

Tak lupa, ayah adalah orang paling kuat sepanjang majlis akad aku. Macam mak, ayah pun mudah letih bila buat kerja berat, tapi sepanjang majlis, tak pernah pulak aku dengar dia mengeluh penat. Tak pernah jugak aku dengar dia mengeluh tentang kos belanja kahwin.



Tak ada doa lain untuk pernikahan kami, selain Allah memberkati pernikahan kami, murahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagiaan pada kami hingga akhir hayat. Amin.

Bermula chapter hidup kami yang baru sebagai suami iseri. Seronok, terharu, penat, sedih, semua bercampur-campur. Selagi mampu, insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.

Berkahwin awal bukan lah satu benda yang mudah. Tambah lagi aku bukan orang yang berada, bukan ada ilmu agama menggunung. Kami sama-sama usaha yang terbaik untuk masa depan dan rumahtangga kami. Tipu lah kalau tak ada susah langsung, tapi ingat, rezeki Allah tu ada di mana-mana. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Thursday 6 October 2016

KHAIRUL'S 24TH BIRTHDAY @ BASON BY SERI KENINGAU

Hey,

Hari jadi Khairul jatuhnya pada tarikh 6/9/2016 bulan lepas, tapi baru hari ni diberi peluang untuk update entry pasal si Khairul ni. Alhamdulillah, sekarang dah officially jadi suami aku. Hihi. Okay, macam biasa, aku kalau nak start entry ni payah sikit nak mula dari mana. Rasa macam malas nak cerita planning dari awal, sebab berliku-liku jugak ceritanya. Haha. So, aku akan start pada malam kejadian ajelah ye. 

Plan kali ni nak dikatakan 100% berjaya tu tak juga, sebab Khairul ni jenis cepat perasan kalau ada apa-apa yang aku sorok. Aku pulak jenis kalau menipu tu kadang-kadang ada je ter-sebut atau ter-cakap, apa-apa plan dari aku biasanya cepat kantoi. Tapi dalam beberapa plan sepanjang majlis harijadi dia ni, part dinner ni paling aku excited sebab Khairul langsung tak tahu yang aku adakan majlis kecil sempena birthday dia. Tambah syok lagi bila aku jemput officemate dia Jamar sebagai photographer sambilan dan tak lupa family dia. 

Actually bukanlah besar sangat majlis sambutan harijadi ni, cuma aku nak rakamkan momen last dia sebagai orang bujang. 3 hari selepas harijadi Khairul ni, kitorang dah selamat dinikahkan. Yelah, sebelum ni, kalau korang follow aku punya instagram, gambar-gambar dalam tu kebanyakkan-nya diambil oleh Khairul. So, aku fikir kali ni aku bagi dia sorang photographer baik punya sempena birthday dia!





3 minggu sebelum hari lahir Khairul, aku dah survey-survey kat mana place to rent yang happening. Memang ada terjumpa tempat yang cantik, tapi kos dan jarak pulak tak kena. Bason by Seri Keningau adalah second choice aku. Tak susah untuk deal dengan staff Bason ni. Reply tak laju dan tak terlalu lambat. Bason by Seri Keningau ada menyediakan pakej untuk sebarang majlis, tapi aku lebih selesa untuk custom aku punya deco dan persiapan. Alhamdulillah, berjaya dengan bantuan krew Bason sendiri dan adik Khairul. 

Bila dah parked kereta, aku message adik Khairul untuk standby. Dorang dah siap susun kek dan balloon pun telah disediakan oleh krew Bason di tingkat atas. Lupa aku nak mention, yang restoran ni mempunyai dua tingkat, which tingkat atas lebih banyak ruang dan selesa berbanding dengan tingkat bawah. Untuk sebarang majlis, restoran ni menyediakan satu meja yang telah di-booking. However, tingkat bawah lagi senang nak panggil staff. Bagi aku, tingkat atas lagi best sebab lebih privasi dan banyak spot menarik untuk bergambar. Nampak je dinding tertulis nama dia, apalagi, senyum sampai ke telinga lah Khairul ni. Tak habis-habis Khairul persoalkan kenapa dan macam mana. 

Kitorang order makanan dahulu sebagai langkah pertama. Aku sengaja tak order dalam phone awal-awal, sebab aku nak tetamu yang hadir boleh buat pilihan makanan sendiri. Bercakap mengenai menu yang disediakan Bason by Seri Keningau ni, memang bermacam-macam pilihan yang disediakan. Ada makanan ala western, tempatan dan sebagainya. 








Disebabkan esok-nya masih bekerja dan merupakan hari terakhir kitorang bekerja sebelum 'cuti panjang', kitorang habiskan dinner dengan memotong kek dan pembukaan hadiah. Cukup lah kek kecik dengan jumlah tetamu yang hadir. Hehe. hadiah pun bukanlah terlalu mahal dan bernilai, cukup aku capai Khairul punya impian yang dia nak sangat. 



Lastly, untuk Khairul ;

"I truly wish that you are blessed with all the happiness, health, joy and prosperity in life. After all, you will share all you have with me, won't you? Happy birthday to the twinkle of my eye and the person who I love from the bottom of my heart!"