Monday 27 July 2015

SELEPAS CUTI RAYA

Hai,

Hari ni aku telah mula kembali bertugas selepas cuti Raya yang panjang. Sebaik melangkah masuk office, aku perhati je suasana office, tak semeriah macam sebelum ni. Diam dan suram. Kad raya masih lagi tergantung.

Aku faham, semua dalam mood cuti lagi. Maklumlah, raya kan sebulan. Seminggu cuti untuk menyambut Raya seolah macam tak mencukupi. 

Staff melayu semua muka monyok je datang kerja. Aku pun terpaksa berpura-pura senyum setiap kali supplier datang, itu pun sebab aku jaga front desk, kalau tak, memang tak ada-nya nak senyum hari ni. 

Ye lah, dah syok-syok bergembira di rumah melupakan hal-hal kertas kerja, minit mesyuarat, memo, aduan dan sebagainya tiba-tiba kena menghadap semua tu. Dah tu nak mengadap semula muka boss, rakan sepejabat memang rasa tak boleh tahan je kan. 

Memang rasa cam nak sambung cuti je kan?

Tapi apakan daya, cari makan. Kenalah bertahan juga walaupun hati masih lagi dalam mood raya.

Kat Facebook dan Twitter, ramai yang merungut dan ayat ‘hari ni kerja’, ‘bosannya kerja’ dan pelbagai lagi ayat-ayat negatif. Tak terkecuali bagi aku. Seolah macam waktu bergembira telah pun tamat untuk selamanya. 

Untuk start kerja pun, masih termenung. Tak dapat point lagi dari mana nak start kerja yang terbengkalai. 

Mohon Tuhan cekalkan hati untuk teruskan bekerja.

Wednesday 8 July 2015

SIAPA YANG PALING KUAT CEMBURU?

Antara Lelaki dan Perempuan, siapa yang paling kuat cemburu?

Kalau soalan ini dituju kepada aku, siapa yang paling kuat cemburu, sebagai perempuan, sure aku kata perempuan yang paling kuat cemburu. Tapi, bila ditanya kepada lelaki, dah pasti jawapan sebaliknya. 

Benda ni kalau dibahas sampai esok pagi tak habis, yang penting bagi aku, cemburu tak salah, itu tanda kasih sayang. Tapi, kalau cemburu tak terkawal, boleh buat hubungan antara pasangan musnah.

Kenapa Perempuan kata Lelaki kuat cemburu?

1. Bila lelaki nak baik baik dengan kawan perempuan, kawan sekelas ke, kerja ke, mereka akan cakap, "Nak berkawan pun salah?", "Perempuan ni suka kongkong lah". Tapi cuba perempuan baik dengan kawan kawan lelaki. Mulalah merajuk tak pasal, nak emosi lebih, nak marah.

2. Kalau dah berkahwin pula, lagi lagi kalau si isteri tak bekerja, amboi cik abang kita bukan main ligat pergi makan tengahari dengan kawan kawan sekerja perempuan, dia senyap je, tapi bila isteri ber-facebook, ber-komen blog dekat rumah dengan kawan kawan blogger, mula lah nak cemburu, tarik muka sedepa. 

3. Kalau cemburu dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, ye lah, sebab sayang kan? Tapi ada juga lelaki yang cemburu dengan kawan kawan peempuan pasangan dia. Sampaikan isteri selalu calling calling dengan bestfriend nak bergosip pun dia cemburu. 

Kenapa Lelaki kata Perempuan kuat cemburu?

1. Perempuan ni sangatlah berjiwa sensitif, kalau pasangan dia macam nak beramah mesra dengan cashier masa bayar barang pun dah muncung sedepa. Mula lah nak ungkit yang kes kes bertahun lepas.

2. Kawan sekelas bagi SMS atau Whatsapp tanya pasal assignment pun perempuan cakap lelaki ni nak menggatal. Pastu persoalkan kenapa cari kita, dah tak ada lelaki lain?

3. Si lelaki nak pergi reunion, mula lah cakap nak jumpa kekasih lama lah, suruh balik awal, call, message setiap masa.

Kesimpulannya, cemburu ni perkara normal, cemburu tanda sayang. Betul lah tu. Kalau tak sayang, lantak pi lah. Dah sayang tu mesti nak jaga elok elok. Tak gitu?

Kenapa selalu kata Perempuan kuat cemburu?

1. Perempuan lebih cenderung untuk menzahirkan rasa cemburu dengan reaksi wajah, atau tindakan. Lelaki lebih cenderung untuk menyimpan perasaan tu, tetapi menzahirkan dengan cara yang tersirat.

2. Perempuan lebih kritikal dalam berfikir. Tetapi terlalu berfikir perkara itu sampai memberi kesan kepada kehidupan pun tak elok juga. Lelaki selalunya akan menganggap perkara itu remeh dan tak perlu di ambil terlalu serious.

Wallahualam ;)

Monday 6 July 2015

AIR MATA LELAKI

Hye,

Bercerita tentang air mata lelaki. 
Walau sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 

Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

Pada wanita yang pernah membuat lelaki ini menangis kerananya, sedarlah hati lelaki takkan lembut dan menjadi seolah kebudak-budakkan jika cintanya tidak sepenuh hati. Hargailah lelaki itu yang pernah menangis disebabkan kamu. Kadang dalam riak matanya memberi satu jawapan untuk seribu soalan pada kamu. Cubalah memahami walau sejenak.

Dan bila terjadinya satu saat genting perpisahan, jangan sangkakan tiada kepedihan dalam lubuk jiwa lelaki itu. Sedangkan lelaki jua bisa menangis dari dalam hati. Bukan kerana ego mahupun sombong akan diri. Tapi inilah lelaki yang dunianya amat berbeza.. Kesedihan hanya mampu dipendam saja seolah membiarkan angin lalu menyapa.

Air mata lelaki amat sukar untuk mengalir. Amat tinggi nilai jatuhnya setitis air itu yang menjadi punca mengalir apabila kecewa dalam sesalan. Kadang kesedihan yang teramat menusuk kalbu pun belum pasti lelaki ini menangis. Dan kerana seorang wanita yang pernah membuat dunia cintanya musnah, pasti ada yang pernah mengalir air mata.

Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata wanita kerana apabila lelaki menangis, itu bermakna dia sangat sayangkan wanita yang telah pergi dari hidupnya dan apabila lelaki menangis, lelaki itu memang maksudkannya.

Sayangnya, air mata lelaki selalu tersembunyi, ia akan terlihat tetap tersenyum di hadapan orang. 

Sebenarnya kepada lelaki di luar sana sepatutnya berterima kasih kepada Allah kerana memberi peluang mengalirkan air mata yang amat berharga kerana air mata itu boleh menjadi penawar di dalam kehidupan. Tetapi jangan pula terlebih-lebih sebab lelaki kena kuat. 

Tetapi tahukah korang, ada beberapa sebab yang dikatakan menjadi punca gugurnya air mata seorang lelaki. Antara sebab-sebabnya ialah :

1. Kehilangan orang yang dicintai
Orang yang dicintai tidak semestinya kekasih, tetapi ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat yang terdekat dengan dirinya. Hati siapa yang tidak sedih bila kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup kita kan?


2. Membuat orang tuanya bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat kebahagiaan di mata orang tuanya. 


3. Melihat orang yang disayangi sengsara
Lelaki mudah menjadi lemah apabila melihat orang yang disayanginya sengsara. Mereka boleh mengalirkan air mata kalau melihat orang tuanya atau ahli keluarganya terlantar di hospital. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, boleh membuat mereka kecewa dengan diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.


4. Mengecewakan orang yang terdekat dengannya
Bagi sesetengah lelaki atau wanita, merasa sedih adalah perkara normal setelah mengecewakan orang yang disayangi. Biarpun lelaki yang pada luarannya nampak macho, namun mereka tetap mempunyai perasaan seperti manusia lain.


5. Kematian haiwan kesayangan
Haiwan peliharaan biasanya dianggap seperti teman baik atau ahli keluarganya sendiri kerana haiwan itulah yang sentiasa berada dengannya walaupun haiwan tersebut tidak mampu bercakap. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh menjadi sangat rapat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.


6. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan lain yang diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasa kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya adalah menikahi wanita yang dicintainya!


7. Dicampak/ditinggalkan oleh kekasih yang sangat dicintainya
Ditinggalkan kekasih yang sangat dicintai kerana kehadiran orang ketiga akan membuatkan harga dirinya turun mendadak. Egonya akan tercabar dan hatinya terguris bagaikan dihiris sembilu! Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sangat dalam, lelaki biasanya tidak akan mampu untuk menahan air matanya lagi.

8. Saat menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci ketika saat pernikahan, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu saat paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.


9. Saat kelahiran anak pertama
Bukan semua lelaki sanggup menyaksikan sendiri proses kelahiran anak pertama. Bagi mereka yang tidak sanggup melihat, mereka adalah antara orang yang rugi kerana saat itulah yang sebenarnya sangat bererti buat pasangan itu dan diri lelaki itu sendiri.


10. Kehilangan barang yang dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri
Bukan senang untuk lelaki nak mengumpul duit dan beli sesuatu dengan hasil titik peluhnya sendiri. Terutamanya apabila kehilangan kereta pertama atau terpaksa menjual kereta pertamanya. Mereka mungkin akan mengalirkan air mata tanpa orang sekeliling sedari.



Friday 3 July 2015

YOU HAVE TO KNOW

Hey,

If you found a girl and you really love her, you can't be selfish. To be honest, girls are very demanding. All you need to do is listen her stories, understand her problems, get to know her weakness and most important be honest all the time.

Kill your ego by saying, 

" sorry sayang, salah I"

even though kau tahu it's not your fault. You know why you have to tell her that? Sebab perempuan, lagi kau nak menang, lagi dia rasa yang dia betul. By saying that, akan buat dia sedar, kau cakap je semua tu salah kau dulu.

Bila dah cool down, kau kena pandai approach la dia. Ajar dia apa betul apa salah. What do you expect dia nak change to someone better kalau kau tak pernah ajar dia?

Lastly, memang banyak perempuan lagi lawa dan lagi baik dari dia, yang kau boleh pilih. Tapi kau kena ingat juga, lagi ramai lelaki yang sweet, handsome yang nak jaga dia lebih baik daripada kau jaga dia.

Tapi dia pilih jugak kau daripada banyak-banyak lelaki. When you feel like giving up on her, remember when both of you first met, and your efforts to get her like you in the first place. Kau ingat balik semua yang kau dengan dia dah buat and macam mana kau buat dia suka kau.

Kau belikan hadiah, makanan yang dia suka, belanja itu belanja ini. So appreciate her guys, don't lose her because of your ego. It ain't worth it. Kau mungkin dapat someone better than her but one thing for sure, you won't get someone like her.

Bila dah takde nanti baru kau tahu sebenarnya, she has something special yang kau tak akan jumpa dalam mana-mana perempuan sampai bila-bila, and benda tu lah yang kau longing sampai bila-bila. 


Thursday 2 July 2015

PASANGAN MENIPU

Kat sini aku nak senaraikan contoh-contoh penipuan yang biasanya berlaku dalam hubungan, tak kira pasangan bercinta, bertunang, berkahwin, hatta sudah bercerai. Dengan kawan-kawan pun boleh menipu, apatah lagi dengan pasangan yang sudah dipercayai sepenuh hati.

  • Ada lelaki atau perempuan lain.
  • Menipu untuk berseronok
  • Ada masa lapang, tapi kata sibuk

So, apa perlu dilakukan kalau berlaku kat kita? Ditipu, dikhianati, ditikam dari belakang adalah benda yang paling menyakitkan. Tanyalah sesiapa pun, boleh ke lepas diri ditipu, masih mampu ketawa? 

Aku ada seorang kawan yang aku tak tahu nak describe macam mana. Mungkin dia gila, mungkin dia terlampau kebal. Dia dikhianati, ditipu oleh orang yang dia cinta, orang yang dia percaya, tapi dia tetap teruskan hidup macam biasa.

Bila kena lagi, dia ketawa. Sebab pada dia, konsep karma itu berlaku. Benda akan berulang, jadi dia memilih untuk hidup dan gembira.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bila pasangan kita terbukti menipu. Benda ini adalah cadangan berdasarkan situasi. Oh ya, cadangan ataupun kenyataan yang diberikan adalah pendapat peribadi aku sendiri.

Siasat kebenaran penipuan tersebut
Sesuatu yang ajaibnya antara pasangan yang mempunyai ikatan hati, perasaan cinta - deria keenam kita akan berfungsi dengan baik dan bukan membuta tuli macam orang gila. Kadangkala gerak hati, deria itu tidak akan tenang dan kita boleh siasat, apa yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Tak salah untuk kita menyiasat benda macam tu dalam senyap-senyap, mengintip atau apa sahaja demi nak tahu kebenaran. Tapi, perlu diingatkan, janganlah sampai memakan diri. Buat dengan ikut akal fikiran dan jangan ikut nafsu marah semata-mata. 

Kadangkala gerak hati boleh menipu jugak bila otak kita selalu fikir negatif dan mencurigai pasangan tak tentu hala. Jika ia terbukti benar, baru lah fikirkan langkah seterusnya.

1. Tanya dengan baik dengan pasangan anda
Benda ini sejujurnya adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah. Tanya dengan baik, selidik dengan dia sendiri. Dalam masa yang sama, sila kawal kemarahan dengan baik, sila kawal rasa geram dan perasaan kurang enak buat seketika. Cuba tanya dia apa yang berlaku, dan selesaikan perkara tersebut dengan cepat. Jangan kau tinggal tergantung, ikut rasa marah.

Tapi macam mana kalau si dia tetap menipu?
Kau kena belajar. Cara kau tanya, cara dia jawab. Lebih baik kalau bercakap face-to-face, kau boleh perhati gerak geri dia, riak wajah dia, dan banyak lagi ciri yang mungkin kau lebih tahu.

2. Berdiam diri bagaikan tak berlaku apa-apa
Ini memerlukan kekuantan fizikal, mental dan emosi yang sangat tinggi. Kau nampak apa yang berlaku, kau tahu sesuatu yang buruk, tapi kau diamkan diri. Kau sakit sendirian, tak kau telan dan hadam segala kesakitan.

Kau pendamkan rahsia kecurangan dia daripada kawan baik, keluarga atau sesiapa sahaja termasuk pasangan kau, kau ambil keputusan untuk selesaikan masalah dengan cara kau sendiri. Ini adalah sesuatu yang sangat berisiko. Sebagai contoh, pasangan kau ada orang baru, macam mana nak menyaksikan tanpa kau berkata apa-apa?

3. Bercakap dengan orang yang kau percaya
Dalam situasi macam ni, orang yang kau percaya haruslah orang yang bersikap neutral dan takde prejudis atau berat sebelah dalam memberikan pandangan dia. Sebab kalau berpaksikan satu pihak sahaja, apa yang dicadangkan mungkin akan bawa binasa.

4. Berikan peluang (entah untuk kali ke berapa)
Selepas kau lalui 3 perkara di atas, kau mungkin berpuas hati dengan keputusan yang kau sendiri pilih. Sebolehnya, ia difikir menggunakan akal serta gerak hati, bukan otak semata-mata.

Memberikan seseorang peluang untuk berubah itu baik. Macam kita biasa dengar, Nabi pun ampunkan umat. Tetapi ada beberapa keadaan, benda begitu tak boleh digunakan. Aku percaya, setiap daripada kita mampu memaafkan, tapi untuk melupakan itu sukar. Bukan sebab dendam, tapi takut berulang lagi. 

5. Tinggalkan pasangan kau
Ini action yang normal bagi mana mana pasangan. Benda yang sangat biasa dilakukan.

Benda typical apabila kena khianat, ditipu dan sebagainya. Kau akan tinggalkan penipu tu dan mula merancang untuk start hidup baru, dengan harapan lebih cemerlang. Boleh, tak salah, tapi langkah ini bukan mudah. Cakap nak tinggalkan memang mudah, senang, tapi mampu ke kau tinggalkan manusia yang kau cinta tanpa rasa rindu, sedih dan kecewa?

Ada antara kita mampu melangkah pergi, dan teruskan hidup amcam tak ada apa apa yang berlaku. Bukan mereka tak cinta, tapi penipuan itu terlampau perit untuk diingati. Itu terpulang kepada individu itu sendiri. 

Hidup kalian, kalian yang teruskan.

Allah sentiasa ada dengan kita.
Cuma mungkin kita tak ada untuk Allah.

Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik bagi diri kita,
Untuk sesuatu yang lebih bagus untuk hidup kita.

Semua yang terjadi adalah rahsia Tuhan.