Thursday 14 January 2016

REVIEW: PUSAT URUT DAN RAWAT PATAH/TERSELIUH/TERKEHEL

Hey,

Entry lepas, aku ada update pasal Tragedi tahun baru. Korang dah sedia umum yang Khairul ni patah tulang kaki sebelah kiri. Selain patah, Khairul dah banyak kali bagitahu yang tangan dia pun sakit-sakit, macam terseliuh. Rasa macam nak mengurut. 

Semalam, aku saja try Google pusat urut area Selangor. Ada satu entry ni menceritakan pasal Encik Daud si tukang urut. Terus aku recommend dekat Khairul, suruh dia try pergi. Malam semalam jugak si Khairul tu try pergi mengurut. Nak pergi weekend, takut lama pulak menunggu turn, maklum lah, hari cuti, semua tak bekerja.

Alhamdulillah, katanya tak ada lah lama sangat menunggu giliran. Ramai yang datang bertongkat, berbalut, ada juga yang bersimen. Alhamdulillah, tangannya yang terseliuh tu dah lega sikit berbanding sebelum ni, asyik lenguh dan tak boleh nak genggam. Katanya, masa Encik Daud tu urut-urut bahagian tangan, dia tekap lepastu tekan ada satu urat, then bunyi urat diperbetulkan. 

Cerita Khairul, Encik Daud tu ada jugak urut-urut dia punya kaki. Urutnya sekejap je, dalam 10 minit setiap pesakit. Bayaran pulak tak ditetapkan. Ikut berapa kita nak bagi. Moga murah rezeki Encik Daud tu.

Oh lupa aku nak bagitahu, nak datang ke sini tak perlu call untuk booking ke apa, just walk-in, pastu amek nombor and tunggu turn. Jangan risau, tempat urut ni bukan macam drama-drama, yang rumah kayu, usang, gelap macam tu, sekali pandang, rumah urut ni macam klinik okay, sangat sistematik.

Kalau nak cuba bolehlah datang:

Daud Bin Sirat
012-239 3247
Lorong Haji Said, Kg Jalan Kebun, Shah Alam.





Thursday 7 January 2016

TRAGEDI TAHUN BARU

Hey, 

2/1/2016 : Khairul ditimpa kemalangan. 

Pembukaan Tahun Baru kali ni amat sedih. Iyelah, walaupun bukan aku yang ditimpa kemalangan, tak rasa macam mana sakitnya, tapi sedikit sebanyak, terasa sedihnya. Kisahnya, petang tu, kitorang nak hadiri Dinner Tahun Baru yang dianjurkan oleh company aku. Semangat si Khairul dengan pakai Kurta hantaran tunang tu.

Sebelum keluar rumah, macam biasa, Khairul akan inform aku, pada masa yang sama, aku kat rumah ni akan siap-siap sebelum si Khairul ni sampai. Aku kira jarak dari rumah Khairul ke rumah aku dalam 30 minit. Dan-dan je 30 minit, nombor Khairul naik, agak aku dia dah sampai. Rupanya, ada strangers yang guna number Khairul, dan informed aku Khairul kemalangan. Sempat aku tanya condition dia, apa yang luka dan boleh bercakap atau tak.

Yang menelefon tadi rupanya orang yang langgar dia, bangsa India. Katanya Khairul yang langgar kereta dia, Wallahualam. Bila ditanya Khairul, memang satu benda pun dia tak dapat ingat, mana datangnya kereta pun dia tak pasti.


Aku dah hilang arah. Terus aku call boss, dan informed yang aku tak dapat datang dinner malam tu. Sekejap aku berdiri, sekejap aku ke ruang tamu. Aku capai dompet dan pegang handphone tak lepas, bimbang kalau ada masuk call lagi. Aku started kereta dan terus drive, entah ke mana aku pun tak pasti, rasa macam fikiran melayang. Siap bayar tol masa tu, entah tol mana aku tak pasti. Tiba-tiba masuk call, dan inform ambulance dah bawa Khairul ke hospital. Baru aku sedar yang aku drive ke Shah Alam.


Sampai je kat hospital, aku sedikit terlambat, aku tak sempat tengok Khairul keluar dari ambulance, aku cuma tunggu di bilik keluarga, sementara Khairul dalam emergency room, dijahit dahinya, dibalut kaki, dan dibersihkan segala darah yang ada di jasad Khairul.

Lama aku tunggu di bilik keluarga, lapar tak terasa, penat hilang entah kat mana. Lepas je solat Maghrib, aku dibenarkan masuk sekejap ke emergency room. Dari jauh aku nampak, dengan wayar berselirat, rasa koyak dalam hati, aku control taknak menangis, tapi siapa tahan bila tengok orang yang kita rapat keadaan macam tu.


Syukur, saat aku datang ke tepi katil, Khairul buka mata dan terus panggil aku. Paling aku takut kalau dia lupa. Masa dalam emergency room tu sekejap sangat, tak boleh lama. Aku agak dalam 7 atau 8 jam jugak Khairul duduk dalam emergency room, sambil-sambil tu aku tengok macam-macam ragam pesakit yang keluar dari ambulance. 

Selesai je Khairul dirawat, dia dimasukkan ke wad lelaki. Oh aku lupa nak inform, yang mulanya Khairul dihantar ke Hospital Kerajaan. Aku rasa semua dah already informed kot kalau nurse-nurse Hospital Kerajaan ni macam mana, ye tak? Aku tahu, bukan semua, tapi most of them. Aku tak tahu macam mana diorang ni trained sampai rasa macam tak ada belas ihsan sesama manusia. Sakit berat ke sakit ringan ke, bukan pesakit tu mintak, bukan sengaja nak daftarkan diri ke Hospital. 

Sementara Khairul masih lagi dalam bilik kecemasan, sempat aku tengok sekeluarga India mengamuk, atas layanan nurse kat situ. Katanya, kalau dia kaya, dia takkan datang Hospital Kerajaan. Ada betulnya apa keluarga India tu cakap, kadang-kadang orang yang berharta ni elok je layanannya, yang kurang ni macam endah tak endah je.

Aku malas nak cerita panjang kisah-kisah yang aku alami sepanjang Khairul di Hospital Kerajaan, sampai lah Khairul transfered ke Hospital Swasta. Lagipun, company Khairul memang ada Insurance AIA, so itu advantage bila kita ada insurance, so apa-apa masalah/kemalangan/sakit, insurance akan cover mengikut syarat yang ditetapkan lah. Alhamdulillah, dah masuk Hospital Swasta ni memang thumbs up lah kata orang. Nurse sentiasa senyum je, silap sikit laju mulut sebut 'sorry', sangat menghormati patient. Tak hairan bila ramai orang sanggup bayar beribu untuk warded dalam Hospital Swasta kan?


So, effect dari kemalangan tu, Khairul disahkan patah kaki kiri, antara lutut dan buku lali selepas X-ray, sedikit jahitan kat dahi, lebam pada mata, dan luka-luka di badan. Yang lain cuma bengkak-bengkak di rusuk dan tangan. Alhamdulillah, operation went well. Of course lah kena masuk besi untuk pulihkan balik structure tulang dalam kaki tu. 

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Jangan dikeluh, jangan dimaki, dan jangan sesekali berburuk sangka dengan takdir Allah, Nauzubillah. Doakan si Khairul ni cepat sembuh ye.