Monday 7 March 2016

REVIEW : MUNAFIK 2016 ARAHAN SYAMSUL YUSOF

Hey,

Actually dari awal, bukan senang jugak nak setuju dengan cadangan tengok cerita Munafik ni, tapi disebabkan ramai sangat yang cakap seronok, seram tahap antarabangsa tambah pulak tengok trailer, dalam tak sedar, menaikkan semangat aku nak tengok jugak filem ni. 

Aku tak dapat bandingkan antara filem Munafik dan Khurafat yang mana lagi best, sebab setiap filem ada jalan cerita tersendiri. Tapi aku agak kecewa dengan dialog skema dan lakonan kayu Syamsul Yusof sendiri yang menampakkan kecacatan ketara dalam filemnya. 

Antara sedikit kelemahan yang aku nampak ialah macam mana Syamsul Yusof gagal memberikan ruang untuk setiap karakter berkembang dengan selesa. Setiap karakter memang macam eletrik. Keluar masuk dan kemudiannya tidak ada background story yang kukuh. Kita tahu dia ustaz, kita tahu dia ibu tiri, kita tahu dia imam, tetapi selebihnya, tidak ada penceritaan lanjut.

Salah satu tarikan aku untuk menonton cerita Munafik ni adalah kerana adanya Nabila Huda sebagai character kukuh dalam filem ni. Lakonan Nabila Huda memang tak ternampak kelemahannya, serious weh, memang sangat menjadi! Mimik muka, lentok badan memang sangat real! 

Penonton sebenarnya berjaya dikelirukan dengan watak ustaz yang tak mahu nak rukyahkan orang sebab kehilangan anak. Aku tak nafikan storyline filem ni memang membuli penonton untuk berfikir. Walaupun aku puas hati dengan plot twist dan juga keterujaan dalam mengikuti setiap babak, aku rasakan yang pengakhiran filem ini , selepas semuanya selesai, seperti sangat tergopoh gapah. Tidak ada waktu untuk penonton bertenang dan tetiba sahaja filem tamat. 

Kalau korang sukakan filem macam The Conjuring ataupun Emily Rose, memang korang patut tonton filem ni. Adegan rasuknya memang power beb! Memang buatkan korang teruja dan bagi penakut, boleh terjerit-jerit sampai cirit! Filem Munafik bukanlah sebuah filem seram kosong. Ianya juga sebuah filem yang mengisarkan ayat-ayat keinsafan yang ditambah dengan keseraman yang mampu membuatkan korang kecut perut.