Monday 22 January 2018

#nurainikhairultrip : A'Famosa Water Theme Park

Hey,

On 25th December 2017, my husband and I decided nak pergi bercuti bersama. Yelah, asyik kerja je doplohpat jam, teringin jugak nak merehatkan minda kan. Fikir punya fikir, kitorang pilih Melaka untuk kitorang punya short escape! 👫

Untuk korang yang nak bercuti dalam negara, korang boleh cuba pergi ke A'Famosa Melaka. Recommended sangat untuk korang yang nak pergi dengan family. Buat Family Day kat sana pun best oi!

For me, yang dah pernah pergi masa kecik-kecik dulu, I think almost 13 tahun lepas, tak ada banyak beza pun dan tak banyak perubahan. But, on the positive side, boleh lah mengimbau balik zaman kecik-kecik dulu. 👶


Actually, ikhlas dari hati, aku tak gemar main gelongsor kat any Water Theme Parks! Kes-nya, masa kecik-kecik dulu selalu lemas bila terjunam dalam air, so aku macam a bit fobia nak main slides dalam Water Theme Park. Tapi, disebabkan nak layan minat Khairul, yang mana gemar benor main air, aku buat-buat berani ajelaaaah 😂

Harga untuk tiket masuk ke Water Theme Park ni RM32 for adult dan RM26 for kids. Kalau beli di website dengan harga ni tak termasuk makan tengah hari tau. Korang boleh jugak walk-in dan beli dekat kaunter, tapi rate harga dekat kaunter aku tak sure. Ada blogger lain review, kalau dekat kaunter, dorang akan provide tiket untuk meal sekali, so mungkin harga tiket lebih mahal berbanding beli di website. Kalau nak purchase melalui website, korang boleh click sini. 👈

Operation Hours:
11.00am - 7.00pm (Monday –Friday)
9.00am - 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday

Antara kemudahan yang disediakan dalam A'Famosa Waterpark :

Dining
👍 Side Walk Café
👍 Fast Food Pavilions
👍 Food Court
👍 Bistro​

Retail Shops
👍 Swim Wear & Souvenir Shop
👍 Convenience Shop

Locker Rental 
👍 Small locker: RM6/usage
👍 Big Locker: RM18/usage

Tube Rental 
👍 Double Tube : RM15.00 (rental) + RM 15 (deposit)
👍 Single Tube : RM10.00 (rental) + RM 10 (deposit)

Cabana Rental
👍 Weekday : RM 95/ usage + RM 50 (deposit)
👍 Weekend/Public & School Holiday : RM 160 / usage + RM 50 (deposit)

Other Facilities
👍 Changing Room
👍 Surau
👍 Wheelchair (subject to availability)

So, kitorang cuma sewa Locker dan Tube. Kalau pergi ramai, korang boleh sewa Cabana. Sangat untung sebab pondok ni boleh muat 5-6 orang dewasa. So, korang ada privacy sendiri duduk kat pondok tu dan tak perlu nak sewa Locker dah! 

Harga locker ni dia kira per usage ya.  Locker tu lepas dah lock boleh bukak sekali je. Kalau nak lock semula kena bayar harga locker semula. Jadi jaga-jaga jangan ada barang lupa nak letak dalam locker. Untuk dua orang, boleh je sumbat barang dalam locker kecik tu. Lagipun, locker kecik tu tak lah terlalu kecik. 

Tips sebelum letak barang dalam locker :
👉 Standby siap-siap baju kering dalam satu bag, supaya lepas mandi nanti boleh salin baju
👉 Make sure korang bawak duit dan selit dalam poket seluar, so kalau nak beli apa-apa, korang dah ada duit, tak perlu bukak locker banyak kali.
👉 Asing barang-barang penting dalam satu bag, tinggalkan dalam locker dan make sure pintu locker dikunci elok.


Lazy River 

Okay sekarang aku nak cerita dia punya tarikan dalam A'Famosa Water Theme Park ni pulak :

Kids :
👶 Arabian Village
👶 Kids Adventure Pool

Family :
👪 Family Raft
👪 Wave Pool
👪 Sandy Beach
👪 Lazy River

Adventure :
💨 Big Ice Cream
💨 Wa Ha Ha
💨 Hula Hula
💨 Inner Tube
💨 High Speed Ride

Berasak dengan ramai orang dekat Wave Pool ni 😆


Bahagian kids tu of course aku dengan Khairul tak masuk. Engko jangan, kalau masuk kang habis budak-budak tu pandang, bukan budak-budak je, sekali mak pak budak pandang lain macam 😆. Untuk bahagian Family tu, kitorang main semua. Best weh, dah nama pun Family kan, aktiviti dorang ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi part yang Family Raft tu mencabar betul, memang boleh naik ramai-ramai, tapi turun slide laju tu bukan jenis aku weh. Jerit-sejerit-jeritnya aku dalam tube yang disediakan tu. Malu toksah kira, sebab tube tu besar, memang boleh masuk 5-6 orang. So, aku dengan Khairul ni bercampur dengan family lain. Boleh agak kan macam mana dorang gelak tengok aku menjerit 😔

Untuk Adventure Games dalam ni, kitorang tak dapat naik Big Ice Cream dan High Speed Ride. Semua tu sebab berat tak lepas. Hahaha 😁. But the good thing is, kalau terlalu ringan dan terlalu berat, akan menjejaskan safety korang while main slides ni taw. So, kitorang boleh tengok dari jauh je lah budak-budak ni main slides tu. Syukur tak terhingga aku ni tak lepas main Big Ice Cream dan High Speed Ride tu! 😏 Tapi kesian betul tengok Khairul teringin nak naik. Penat jugak aku ni cuba nak beranikan diri, dah lah kena duduk bahagian depan sebab rules dia memang yang ringan duduk depan, yang berat duduk belakang, baru seimbang.

Korang yang hati kering boleh lah try naik Hula-Hula ni. Aku bergambar boleh lah, naik boleh hilang jantung!

Overall, kalau dah namanya pergi waterpark, sangat rugi kalau korang spend duit untuk masuk ke dalam, tapi tak main dia punya attractions kan. Kalau tak cuba slides mungkin korang bosan sikit. So, sebab tak nak bosan lah aku kena beranikan diri naik slides. 😞

Rules & Regulation A'Famosa Resort Water Theme Park :

💧 Kids bawah 3 tahun masuk adalah percuma
💧 Nak masuk Water Theme Park wajib pakai pakaian mandi
💧 Elakkan pakai high heels 
💧 Kalau nak naik slides, semua jenis gadget tak dibenarkan bawak sekali
💧 Mandi atau basahkan badan dahulu sebelum masuk pools & water slides
💧 Ibu mengandung dan Pesakit Jantung tidak digalakkan use the slides

Have fun! 💝