Thursday 28 April 2016

REVIEW : GARAGE 51 BY COFFEE SOCIETE @ BANDAR SUNWAY

Hey,

Akhirnya, dapat jugak aku menjengah ke Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway. Dah lama nak menjengah ke cafe ni tapi belum ada kesempatan. 

Bebeza dengan cafe lain, Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway ni dihias cantik dan elegant. Sesuai dengan tema hipster sekarang yang banyak menggunakan barang kitar semula, hiasan luaran dan dalam cafe ni berjaya menarik minat aku. Aku memang mengutamakan perwatakan pekerja bila aku mengunjungi kedai makan, tak kira kedai makan murah, atau mahal, sungguh, aku sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan pekerja di cafe Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway.




HIASAN DALAM YANG EXCLUSIVE

Seriously, macam yang aku dah nyatakan kat atas, hiasan cafe ni berjaya menarik minat aku. Ternyata, sebenarnya barang kitar semula boleh diberi peluang kedua untuk bersinar. Kat cafe ni korang boleh tengok, daripada meja, sofa, dapur dan semua yang dorang display atas cabinet, semua berinspirasi bagi aku.


HIDANGAN MINUMAN YANG COMEL 

First time aku ke cafe ni, aku pilih untuk mencuba The Son in The Messed Up Family. Rasa coklat Nutella yang manis dan dicampuri sedikit rasa hazelnut. Decoration on top of air coklat ni, ada biskut pretzel, crunchy caramel popcorn, some cornflakes, marshmallow dan sedikit chocolate sauce. Tak rugi dan sangat berbaloi untuk peminat coklat.

Peneman aku memilih Mochatella untuk kali ni, katanya dah lama dia terasa nak mencuba, ternyata dia punya pilihan tak salah. Rasa Mochatella yang tak pernah kurang, disebabkan campuran Nutella dan Ais Kiub Kopi, yang mana bagi aku salah satu idea yang menarik untuk menghasilkan kopi yang berkualiti.




DESSERT YANG MENARIK

Bila korang masuk je ke dalam cafe tu, korang terus ternampak satu peti yang menyediakan pelbagai jenis dessert yang menarik. Untuk aku yang memang fall in love setiap kali nampak kek, aku memilih untuk mencuba Carrot Cake. Texture cake itu sendiri lembut dan halus dan cheese cream on top of the cake tu memang sangat menepati citarasa aku.


Aku memang highly recommend korang untuk pergi ke cafe ni. Untuk ke cafe ni, tak perlu buat reservations, Pork Free dan Alcohol Free. Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway dibuka setiap hari dari 11 pagi ke 11 malam dan tutup pada hari Isnin. Alamat cafe ni boleh refer kat bawah, korang juga boleh Waze untuk ke cafe ni. 

Garage 51,
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway,
Petaling Jaya,
Selangor


Thursday 14 April 2016

REVIEW : CAPSICUM STEAMBOAT & GRILL

Hey,

Kat area Kuala Lumpur dan Selangor ni banyak sebenarnya kedai steamboat yang best-best. Salah satu sebab kenapa steamboat ni layan ialah sebab korang boleh makan sampai muntah, masak sendiri, ambil segala jenis makanan tanpa had dan paling best sekali boleh makan dengan bilangan orang yang ramai terutama sekali keluarga dan rakan.

Kali ni aku nak kongsi satu port baik untuk korang pekena steamboat. Macam layan je tempat ni. Aku rasa ramai lagi yang tak tahu kedai ni kat mana. Nama kedai ni Capsicum Steamboat & Grill terletak di Shah Alam. 


Addrees :
Capsicum Steamboat & Grill, 
Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, 
40460 Shah Alam, Selangor

Contact number :
018-265 5224

Hours:
Open Everyday : 6PM–12AM
Close on Monday

Sebelum ni, aku lebih suka booking dulu before ke kedai makan. Tapi kali ni, aku  just walk-in je kat kedai steamboat ni. Alhamdulillah, masa aku sampai, meja belum penuh, so ada meja untuk aku duduk. Before pilih meja, korang kena bayar dulu berapa person nak makan ye.

Kat sini aku senaraikan harga :

Dewasa : RM 20.00
Kanak-kanak (7-12 tahun)/ OKU/ Warga Emas : RM 11.00
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma



Katanya, kedai dorang ni selalu 'full house', memang ye, sebab selesai je aku makan, memang aku nampak ramai yang masih lagi menunggu meja kosong. So, aku advise, korang yang nak pergi makan tu jangan terjah je kedai tu, unless kalau korang pergi awal.

Dah dapat je meja, dorang akan tanya korang nak kuah apa. Ada kuah sup ayam dan tomyam. Aku pilih tomyam dan ternyata pilihan aku tak salah, sebab dia punya tomyam memang kena dengan tekak aku. 

Nak serbu tu korang kena beringat. Kalau korang amik makanan berlebihan, dan lepas tu tak habis makan, kedai ni dah bagi warning siap-siap. Kalau ada makanan yang tak habis, korang akan dikenakan extra caj RM10 setiap 100 gram, so ambil makanan tu berpada-pada lah. Korang tak perlu risau, makanan kat situ akan selalu re-fill. Aku lupa nak kira berapa pinggan dan berapa round aku dok ulang-alik refill bahan bakar and bahan steamboat tu.

Kat sini korang boleh bakar daing lembu, daging kambing, sotong, udang and seafood lain. Nasi goreng dan mee goreng pun ada. Untuk pencuci mulut, dorang ada sediakan aiskrim. Cedok lah berapa banyak yang korang nak, siap ada topping taw. 



Untuk pengetahuan korang, kedai ni takde air-cond. Kot-kot lah dari gambar tu korang tengok macam sejuk je tempatnya. So korang tak digalakkan pakai baju tebal atau baju sejuk okay? Sepanjang aku kat kedai ni memang berpeluh-peluh, kena pulak grill depan muka, mau tak panas muka aku. 

Korang try lah pergi, tak menyesal taw!

Wednesday 13 April 2016

TIPS : PERSEDIAAN BARANG SEBELUM KE LUAR NEGARA

Hey,

Hari ni aku rasa macam nak share pasal barang-barang yang penting sebelum ke luar negara. Nak kata banyak pengalaman tu takde lah sangat, tapi share sebagai guide pada korang yang baru first time nak pergi luar negara.




BAJU

Sebelum bercuti, study sedikit info tentang suhu, cuaca kat tempat yang nak dituju. Bukannya apa, at least kita tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Kalau musim sejuk, pastikan korang bawa pakaian yang secukupnya. Pakaian yang betul, sedikit sebanyak membantu untuk menjaga suhu badan dan mengelakkan demam.

Pastikan korang bawa pakaian secukupnya dan sesuai mengikut tempoh percutian. Jangan terlalu excited untuk bawa 1 almari pakaian. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari korang bercuti. Korang mungkin akan berbelanja ketika travel seperti membeli t-shirt, bukankah korang boleh menjimatkan size luggage dengan bawa beberapa helai sahaja. Harga luggage untuk setiap company airlines sekarang dah makin mahal, harus bijak merancang kos travel.


KASUT

Pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Biasanya, kalau time bercuti ni kita banyak berjalan. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes. Banyak lagi kasut yang sesuai dan fashionable. Terserah pada kita untuk pilih jenis yang mana asalkan ia selesa dan sesuai dengan keadaan dan musim. Silap pakai kasut, kita sendiri merana, habis hilang mood bercuti.


TOILETRIES

Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun badan merupakan perkara penting yang aku akan bawa. Kebiasaannya sudah disediakan di hotel. Melainkan jika korang melancong gaya backpacker, bawalah beberapa paket kecil syampoo yang boleh didapati di farmasi.


WET TISSUE

Aku memang walau dalam Malaysia sendiri, aku selalu sediakan wet tissue dalam beg. Mana-mana toilet di luar negara jarang-jarang yang ada air. Boleh gunakan untuk cuci lepas “melepas”, untuk basuh tangan sebelum makan atau untuk cuci muka bila diperlukan.



UBAT-UBATAN

Benda yang paling utama adalah ubat. Contohnya, Panadol, ubat selesema, ubat cirit-birit, ubat tahan muntah dan sakit kepala. Ubat-ubat ni semua penting disaat kita memerlukan. Selain dari ubat, perlu ada plaster untuk luka atau melecet dan juga minyak angin. Time sakit perut, loya, sakit kepala boleh buat sapu. Boleh juga, standby krim panas untuk muscle, macam Muscle Pain tu. Dah penat seharian berjalan, sebelum tidur lumur kat kaki, lepas tu pakai stoking terus tidur. Insyaallah, selesalah sikit rasa kaki untuk berjalan next day tu.


TRAVEL ADAPTER & EXTENSION PLUG

Plug yang terdapat di lain-lain negara tidak sama dengan di Malaysia. Amat penting untuk bawa travel adapter bersama. Satu pun dah cukup, kemudian bawa extention dari rumah. Jimat, kan?

Extension plug penting jugak untuk dibawa ke mana-mana. Benda ni lepas je kastam tak pernah rampas pun. Sebabnya, bila kita duduk di hotel, satu bilik cuma ada sikit je plug. Biasanya satu je. Memandangkan kita ni travel dengan banyak barang (handphone dua bijik, tablet, laptop dan kamera bagai), maka pentinglah extension plug ni supaya kita boleh jadi electric warrior. Semua benda boleh charga walaupun dengan satu plug di dinding. Hehe


DUIT 

Apa yang pentingnya tukar duit sebelum bertolak? Kat sana nanti pun ada Money Changer. Betul. Memang kat sana nanti ada Money Changer. Cuma, keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ni menyebabkan tak banyak money changer di luar negara menerima ringgit sebagai tukaran wang.

Kalau tak nak tukar banyak pun, tukar sikit dulu. Just incase sampai nanti kita perlu beli keperluan atau barang ketika kecemasan, kita sudah siap sedia duit dan tidak cemas untuk mencari money changer.



MAKANAN

Sebagai langkah penjimatan, boleh standby bawa makanan atau minuman segera contohnya macam Maggi dan Milo atau Nescafe 3-in-1. Kos makan di restoran antara kos paling tinggi ketika travel. Apa salahnya kita kurangkan kos tersebut dengan bawa makanan siap-siap dari rumah. Selain dari tu, disarankan juga bawa biskut atau roti yang pek kecil tu, supaya senang nak dibawa. Bila-bila terasa lapar, boleh buat alas perut.


CERMIN MATA

Jika korang memang memakai cermin mata, bawa cermin mata walaupun korang rancang nak pakai contact lense. Ada masanya mata akan jadi kering sebab pakai contact lense terlalu lama dan kita akan rasa tidak selesa.


Actually banyak lagi tips yang nak dikongsikan, cuma kali ni aku highlight barang apa yang paling penting dan mudah sebelum melancong. Aku harap tips yang aku kongsi ni memudahkan korang untuk travel ke luar negara.

Enjoy!

Wednesday 6 April 2016

REVIEW : SPICY KOREAN RAMEN SAMYANG

Hey,



Korang dah try Spicy Korean Ramen Samyang? Mula-mula aku tahu tentang Samyang ni lepas aku tengok ramai sangat buat video yang menggunakan hashtag #firenoodlechallenge. Tergerak hati macam nak cuba, sebab dalam video tu ramai yang kalah tak makan habis, ada jugak yang berair air mata dan hidung. Hahaha. 

Kalau nak tahu, aku memang suka makan pedas. Tapi kalau tahap pedas yang sampai nikmat makanan tak terasa, tak syok jugak. Bagi aku, tahap kepedasan dia adalah dalam 7/10, kira tinggi jugak berbanding Maggi Letup Goreng Kari Berasap. Sebab yang Maggi tu aku mampu habiskan tanpa minum air. Tahap kepedasan Maggi pun cuma 4/10.

Sebelum makan tu aku dah prepared siap-siap air kotak susu dalam peti, haha. Actually, experiment ni dah bertukar, sebab aku jadi nak tahu betul ke susu boleh hilangkan pedas. Rupanya bila minum susu, diselang-seli dengan makan pedas, lagi pedas rasa Spicy Korean Ramen Samyang tu!

Malam lepas makan tu, dah mula rasa perut bloating, sudahnya sampai ke esok aku kena cherry-berry. Nak try sangat kan, sekarang rasa akibatnya!

By the way, yang aku beli ni memang ada cop Halal. Korang boleh check dekat Giant atau Jusco. Oleh kerana aku nak jugak cuba Spicy Korean Ramen Samyang ni, gigih pergi Giant carik. Alang-alang beli barang dapur, terus grab sepeket. Hehehe

Selamat mencuba.