Wednesday 15 February 2017

#nurainikhairultrip : HANOI DAY 1

Hey,


Last early December 2016, company Khairul ada buat Anniversary Dinner. And punya lama aku simpan kisah ni semata-mata nak update dalam entry kali ni. Alhamdulillah, Khairul menang 1st place for Employee's Lucky Draw, and guess what, kitorang dapat pergi bercuti ke Hanoi, Vietnam for 5 days 4 nights! 💃 Gila tak terkejut kitorang laki bini! Alhamdulillah dengan rezeki yang kitorang dapat, ini kira menang besar dah ni. Every staff bawak balik Luminarc Dinner Set, which kat rumah masih lagi tersimpan dalam kotak hadiah hahaha 😂.

Actually, lepas kahwin, kitorang belum ada any planning untuk pergi honeymoon. Lepas je cuti kahwin, terus masing-masing masuk office and kitorang cuma balik kampung dan berjalan hujung minggu sahaja. Ternyata rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk selepas kahwin sangat hebat. Khairul ada jugak menyatakan yang dia bukan-lah seorang yang 'lucky' dalam apa-apa acara/aktiviti, sebab tu lah dia sangat-sangat terkejut bila menang tempat pertama. Tapi actually, dia-lah orang yang 'lucky' bagi aku, ecececeeyyy 👅.

Cerita pasal Hanoi, Vietnam. Kitorang laki bini masing-masing dah pernah pergi ke Ho Chi Minh City around 2 or 3 years ago. Aku travel dengan family, and Khairul pulak joined trip company dia. So, for Hanoi, kitorang dua-dua memang jakun and terpesona dengan keindahan semula jadi kat sana. Bukan tu je, kitorang jugak diperkenalkan dengan seni warisan yang unik, kaya dengan sejarah dan makanan tempatan yang memang buat kitorang kecur air liur bila ingat balik!



Macam biasa, negara Vietnam memang terkenal dengan motorsikal yang memang sesak, tetapi Hanoi tetap mempunyai taman-taman yang sangat menarik dan indah, muzium, street food dan kopi bertaraf dunia. Lagi menarik, kesan daripada jajahan Perancis masih dapat dilihat di bandar Hanoi dalam seni bina bangunannya. Malah, roti Perancis masih lagi dijual di tepi-tepi jalan.

Kat sini aku kongsikan kitorang punya Itinerary for Day 1 :
⛅ Arrive at Noi Bai International Airport by VN680 @ 21:35
⛅ Welcomed by our driver and transfer to Hanoi Legacy Hotel - Hoan Kiem for check in

Okay for the 1st day in Hanoi, kitorang tak pergi jalan memane pun, memandangkan sampai hotel pun dah pukul 10 lebih. Although travel by flight, tapi badan kitorang letih macam kitorang pulak yang bawak flight tu. Hihi 😅. Dah check in, masuk bilik, letak luggage, first thing first Khairul turun balik kat Front Desk Customer Service untuk mintak tips and pendapat pasal kitorang punya itinerary for the whole 5 days. This is very important guys, kat front desk ni lah korang boleh tanya apa korang nak tanya, boleh tukar small change and boleh dapatkan maps sepanjang korang duduk di negara luar.

terpaksa guna gambar lain sebab masa sampai tu dah malam and tak sempat nak ambil gambar hotel hihihi

view dari luar hotel, hotel kitorang ni macam shoplot kedai je

Cerita pasal Hanoi Legacy Hotel di Tasik Hoan Kiem. Hotel ni bertempat di Ngo Gach di kawasan Old Quarter. I rather say, hotel ni sangat strategik untuk pelancong luar negara. Kalau nak dibandingkan dengan negara kita sendiri, hotel ni cuma bertaraf 3 bintang, tapi it's not bad at all. Bilik serba lengkap with 1 queen bed size, free wi-fi setiap tingkat hotel, tv, water heater, aircond etc.

Biasa lah travel, kalau engkorang nak lengkap macam sebijik rumah, disarankan cari banglo untuk disewa ye 😒. Ini untuk tidur malam sahaja, dah cukup lengkap bagi aku. Yang penting boleh akses internet, mandi air suam, dan electric kettle untuk masak maggi.

Disebabkan kitorang memerap je dalam hotel untuk malam pertama ni, aku tak banyak cerita nak story-mory kat korang lagi, so kat sini aku nak share overall tips dari preparation sebelum departure and sampai check-in hotel okay.

Tips :
(Before going on holiday) 
⛅ Tukar duit siap-siap di Malaysia. Khairul guna 30% duit Malaysia dan tukar 60% to VND dan 10% to USD. Tapi aku tak recommended untuk tukar banyak duit USD, sebab dorang banyak request nak dalam VND.
⛅ Buat salinan passport dan letak dalam beg atau kumpul dalam 1 file. Original passport boleh simpan dalam safe box kat hotel atau mintak hotel management untuk pegang.
⛅ Sediakan ubat-ubatan like vitamin C, ubat cirit-birit, plaster, minyak angin and zyrtec (ubat allergic). Bawa Panaflex untuk legakan lenguh kaki atau badan.
⛅ Sediakan toiletries yang cukup as shampoo, body wash, toothpaste etc. For those yang tidur hotel, tak perlu sediakan toiletries sebab dah disediakan dari pihak hotel.
⛅ Untuk negara Vietnam, udara persekitaran agak kotor dan berdebu, so make sure bawak face mask.
⛅ Make sure bawa powerbank, travel adapter, camera, phone and charger. If possible, sediakan memory card lebih atau card reader.
⛅ Bawa 1 note book to note everything when you are in negara luar.
⛅ Print out passenger itinerary/receipt
⛅ Dapatkan external referral daripada doctor yang terlibat (jika ada masalah kesihatan)
⛅ Bawa bekal maggi as Hanoi susah betul nak cari makanan halal, even dorang punya 7E ada maggi, tapi tak ada tanda halal.
⛅ Bawa slipper sebagai back up kalau kasut terkoyak atau pergi ke tempat yang berair dan basah.
⛅ Kalau ada pet, please book awal-awal kat mana tempat nak boarding.
⛅ Download offline maps bagi korang yang nak pusing-pusing bandar Hanoi. Very easy to use and tak perlukan wi-fi, but this offline maps needs wi-fi bila dorang nak update jalan baru/location.


(Flight preparation)
⛅ Tiba awal di terminal untuk mudahkan urusan check-in luggage and everything, at least bila ada masalah, kita masih ada masa untuk settle down.
⛅ Cuaca di Hanoi sangat sejuk (around Nov till March), so prepare jacket/sweater dekat dalam beg galas.
⛅ Wear shoes 😪.
⛅ Ambil cawan plastik yang disediakan dalam flight or sediakan wet tissue, so boleh digunakan di toilet yang tak sediakan water pipe.


(Arrival kat hotel)
⛅ Mintak maps daripada tour guide atau front desk hotel.
⛅Tanya suggestion tempat makan halal, tempat-tempat menarik, tentang transport and shopping. Walaupun korang dah google segala blog mak nenek, tetap korang kena tanya jugak.
⛅ Tukar duit kecil dengan hotel atau beli barang dekat 7E atau speedmart (lebih mudah kalau masa pertukaran wang, mintak duit kecil terus)
⛅ Basuh cawan yang disediakan dalam bilik (untuk orang yang was-was pasal kebersihan macam aku)
⛅ Not advisable keluar after 12 tengah malam
⛅ Bahagi duit belanja siap-siap so that nanti tak over belanja atau kurang belanja. Macam aku sendiri, aku sediakan duit transport sepanjang di Hanoi, duit makan, duit shopping dan duit balik ke rumah from airport Malaysia.


Ini tips yang boleh aku kongsikan, daripada preparation sampai tiba di hotel. Lain orang lain caranya, iye dok? So, hope it helps! 🙌 Nanti kalau rajin, iols update entry Day 2 pulak ye. Berat betul jari ni nak menaip, kah kah!


Friday 3 February 2017

REVIEW : THE CAPTAIN STEAMBOAT, MERU

Hey,

Sempat ke nak wish Selamat Tahun Baru? Haha. Kemain malas aku nak update entry-entry baru. Biarlah lambat pun, aku still nak cerita jugak pasal Restoran The Captain Steamboat ni.

Actually, masa malam tahun baru tu kitorang tak ada plan nak keluar pun sebab dah tahu jalan sure-sure jammed. Bayangkan naik moto pun boleh jem dengan parking berlapis-lapis, memang tak lepas lah kalau nak balik awal. Dah tu, masa camni lah ada road block-nya! Tapi disebabkan nak ada moment new year tu, kitorang gigih jugak bersiap untuk keluar makan malam. Tapi kitorang bukan berdua je, Khairul ajak sekali kawan sekolah dia dulu untuk sesi perkenalan. Hihi.


Mula-mula kitorang memang pilih makan malam di Capsicum Steamboat Grill , tapi bila fikir balik macam dah patploh kali dah makan kat sana, and memang kenal benar dengan restoran tu, so Arina cadangkan makan di The Captain Steamboat, Meru ni. Kebanyakan review memang positive dan menarik, so kitorang decided untuk mencooooba.

Ini adalah pertama kali aku jejak kaki ke sini. Unexpected, bila aku sampai memang takde space langsung nak parking. Mungkin pertama sebab location Restoran ni betul betul tepi jalan. Dan tak ada parking khas untuk kereta. So yang datang memang pakat parking kat tepi-tepi jalan je. Tapi masa aku sampai, memang dah penuh gila kereta. Tak ada tempat. Tapi salute dengan staff diorang, sebab diorang turun dan bantu customer datang untuk parking. Sebab kalau boleh dia tak nak customer yang datang makan akan ganggu laluan lalu lintas. Good Service!

Addrees :
The Capsicum Steamboat & Grill,
Lot 2658, Persiaran Hamzah Alang, Meru,
41050 Klang, Selangor

Contact number :
019-235 4796

Hours:
Open Everyday : 6PM–12AM



Ini antara pilihan pilihan makanan dia. Buffet style. Makan la sampai korang tak boleh bernafas lagi. Aku tak dapat nak capture satu-satu sebab masa tu ramai orang. Kang orang belakang marah pulak. Nak makan sibuk bergambar kan. Tapi lantok laahh. Aku buat sebab nak share dengan korang kat sini.

Hmmm, rambang mata kan nak pilih? Dia punya pilihan bahan untuk steamboat memang mewah. Entah berapa kali kitorang ulang-alik untuk refill pinggan kosong. Hihi. Sometimes, seronok jugak makan beramai-ramai ni kan, sambil bakar, sambil steamboat, boleh sembang and cerita kenangan lama.

Sebagai 'hantu kambing', memang aku takkan lupa untuk ambil kambing perap sos BBQ yang memang berlemak! Banyak tak banyak dalam 3 pinggan jugak daging kambing aku bakar. Seriously, kambing perap memang terbaik di The Captain Steamboat ni. My personal perdapat, sos perapan ayam, daging lembu dan daging kambung memang awesome dan win!



Pilihan air yang ada pun banyak. Korang nak manis, panas, sejuk, air kosong ada ais, air kosong saja. Semua ada. Yang best-nya kita boleh amik air ni berapa banyak jug yang kita nak. Refill la engkau banyak kali. Takde yang marah.

Oh tak lupa kat sini ada jugak menyediakan nasi putih dan sup tulang. Pergh dia punya sup tulang memang terasa rempahnya. Tapi dah nama-nya kedai steamboat and grill, so aku tak focus sangat on nasi putih tu. And one more thing, for the dessert, dorang ada menyediakan 6 jenis pilihan aiskrim. Ada perisa Coklat, Vanilla, Mint Chocolate, Cappucino, Strawberry and paling best sekali perisa Kelapa. Weh, susah taw nak cari kecuali kalau korang beli Sangkaya lah. Serious, yang perisa Kelapa ni aku memang ambil around 2 cups with 3 scops kot. Memang sangat sedap.

Untuk para pengunjung, korang takyah stress and pening kepala kalau nak bawak budak kecik sebab kat sini ada menyediakan tempat permainan kanak-kanak. So, para ibubapa boleh makan dengan tenang. Haha. At least, tak ada lah bosan sangat budak-budak kecik tu menunggu korang bersembang sambil membakar, ye dak?

Kat sini aku senaraikan harga :

Dewasa : RM 21.90
Kanak-kanak (7-12 tahun)/ OKU/ Warga Emas : RM 9.90
Kanak-kanak (7 tahun ke bawah) : Percuma

Overall, The Captain Steamboat & Grill Meru, Klang ni, semua makan memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Sup tomyam for the steamboat memang sedap. Environment menarik dan kemas. Cuma kalau ramai pelanggan, seat akan jadi a bit crowded.