Thursday 25 August 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS MENGUNJUNGI PAMERAN PENGANTIN

Hey,

Dalam cepat pun aku celah jugak masa untuk update entry kali ni, sebab rasanya ada pentingnya tips ni untuk korang yang tiba-tiba boyfriend/tunang call untuk pergi ke Pameran Pengantin. So, here we are! Awal-awal aku nak cakap sorry kalau tips kali ni terlalu sikit untuk korang ye. 

SET BUDGET
This is the most important things to know. Adalah sangat cliché bila kalau korang pergi ke mana-mana booth berkaitan perkahwinan, perkara pertama yang dorang akan tanya adalah berapa bajet korang. Last time waktu aku pergi ke Pameran Pengantin, singgah booth yang pertama sekali, booth catering, belum apa-apa dorang dah tanya "budget cik berapa ye?". Nasib si Khairul ni pandai mencelah, dengan jawapan, "budget kecik, tapi yang penting nak tengok menu apa yang ditawarkan, sebab dalam sesuatu majlis makan, menu makanan adalah perkara terpenting jugak".

Please make sure korang dah sediakan bajet untuk setiap item yang ada dalam majlis perkahwinan korang. Berapa kos simpanan korang, berapa kos sumbangan family dan sebagainya. This is important untuk tengok balik samada kita terlebih budget atau boleh tambah mana yang kurang. Dalam masa yang sama, penjimatan amatlah memainkan peranan dalam budget list korang tu.


TAHU APA YANG KORANG NAK 
Kalau korang memang nak serah semua pada wedding planner tak ada masalah. Yang masalahnya bila korang jenis cerewet macam aku ni haaa. Semua benda nak settle sendiri, haha. And pada yang nak buat sendiri tu make sure korang dah buat banyak survey and tahu apa yang korang nak dalam majlis korang okay? Jangan lupa tengok tengok sikit harga semasa, dengan tu korang boleh pilih yang lebih murah dan berkualiti. 


BUAT RESEARCH 
Sesuai dengan zaman teknologi sekarang, wedding services ramai gila yang korang boleh jumpa dalam media sosial. Daripada pelamin, katering, photographer, jurumekap and paling senang sekarang doorgift pun ada dah jual siap taw, tunggu pickup je. Aku tak ketinggalan dalam cari servis-servis perkahwinan secara online. Senang kan, tak payah susah nak pergi kedai cari apa yang kita nak.

Dengan research macam ni, korang boleh tengok hasil kerja dorang sebagai servis perkahwinan ni. Dan boleh jugak tahu feedback dari customer. Google je apa yang korang nak, mesti akan jumpa, lagi senang sekarang dorang ramai gunakan hashtag (#).


JANGAN MENGALAH DENGAN SEKELILING
Kadang-kadang ada vendor yang suka push korang untuk buat pengesahan booking pada masa tu jugak. Aku experienced dalam hal macam ni, luckily Khairul pandai tolak tawaran orang dengan cara baik, kalau aku lah, terus bayar deposit gamaknya!

So, those yang kena macam ni, jangan mengalah. Unless kalau korang betul-betul suka dan berpuas hati. Kuatkan diri korang dan buat keputusan bila korang betul-betul yakin. Remember guys, belanja kahwin bukan macam belanja makan, belanja kahwin kena betul-betul detail tentang kos yang terlibat. So make sure buat keputusan yang tepat supaya korang tak menyesal kemudian hari.


PERGI AWAL
It's better pergi awal dari pergi saat akhir pameran, trust me. Pergi masa 1st day pameran is the best choice, banyak benefit yang korang boleh dapat. Kalau korang tak suka sesak dengan orang ramai, elakkan pergi waktu puncak, seperti lunch hour, lepas balik kerja atau hujung minggu. At least, kalau pergi awal, korang ada masa yang cukup untuk fikir before buat keputusan.


TANYA
In case kalau korang tak faham apa-apa, jangan malu untuk bertanya. I believe dalam apa jua keputusan yang nak buat, nak pergi mana, banyakkan bertanya. Walaupun korang fikir mungkin perkara tu macam budak-budak, just ask. Jangan malu-malu. Pasal fabrik, pasal jenis kertas untuk album, pelamin atau apa-apa jelah.


PEKA
Make sure korang peka dengan setiap penjelasan yang diberi. Kalau korang cari pakej baju kahwin, tanya tentang jenis kain yang disediakan dan sebagainya. Lagi bagus bila korang dah ada rekaan baju yang korang suka, so that korang boleh tanya terus berapa kos untuk pakej korang.


HAVE FUN
Yang paling penting dalam membuat persiapan perkahwinan adalah jangan terlalu stress. Memanglah banyak yang perlu dibuat, dibayar, disiapkan, ditempah dan sebagainya. Tapi kalau korang asyik merajuk, bermasam muka kan tak best tu?

So good luck untuk korang yang bakal berkahwin atau sedang merancang perkahwinan ye.

Wednesday 17 August 2016

24TH BIRTHDAY

Hey,

Sekarang ni liat betul nak update entry. Nak update latest news tapi pemalas bukan main. Haha. Nak dijadikan cerita, 5 hari lepas genap usia aku 24 tahun. Alhamdulillah. Sambutan birthday kali ni berbeza dengan sambutan birthday tahun lepas

Macam mana aku nak mulakan cerita ye? Okay aku start dengan detik 12 malam tu. Macam biasa, si Khairul ni akan called and wished siap dengan lagu happy birthday lagi. Kitorang cuma on called je malam tu, disebabkan esoknya kerja. So memang aku tak expected akan ada celebration lah. 

The next day, aku bersiap macam biasa ke office. Hari kejadian tu aku cuma received birthday wishes from family besar sebelah mak, family sendiri dan kawan-kawan sekolah. Sampai kat office dorang semua buat macam biasa je. Kecik hati pulak tak ada sorang pun yang wished. Rupanya dorang ni sepakat beli kek and celebrate petangnya sikit taw! Bayangkan dah jam 4.30 petang, aku dah plan nak siap-siap balik dah masa tu. Tetiba dorang masuk main door sambil bawak cake sambil nyanyi lagu happy birthday. Terkejut mak! Haha. Thank you guys!


Maka, petang tu aku balik rumah dalam keadaan tersengih-sengih lah cerita dia. Hehe. Sampai je kat rumah, aku rehat-rehat as usual aku balik kerja. Bila masih bujang ni, balik rumah nak buat apa je kan, lapar baru godek-godek kat dapur. Hehe. 

Kebetulan, malam tu aku ada meeting dengan agent insurance di KFC. Bukan meeting apa sangat, just nak ambil medical card je. Lepas tu si Khairul ni sibuk nak ikut, aku dah cakap aku nak pergi sorang. Masa aku nak keluar tu, Khairul called suruh keluar rumah sekejap. Aku dah siap make up semua lah sebab nak pergi jumpa orang ni, nasib bajunya belum ditukar. Dengan berbaju tidur, aku keluar rumah sekejap and Khairul terus berlari baling tepung. Like seriously! 


Bak kata mak aku, muka putih dah macam hantu kubur! Tak sempat nak buka mata tengok apa yang berlaku sebenarnya. Haha! Dalam mata terpejam tu, aku dengar suara menyanyikan happy birthday tapi jujur aku cakap, aku langsung tak cam suara siapa, dah lah kepala macam biol sekejap lepas kena baling tepung. Haha. Lepas aku kebas-kebas tepung kat muka baru aku nampak rupanya sepupu aku dengan kawan-kawan ada joined sekali birthday prank kali ni!

Macam-macam soalan aku tanya, macam mana sampai, macam mana korang planned semua tu aku terus tanya tapi belum lagi terjawab sebab Khairul bawakkan cake. Guys, thank you so much! Dah blow candles semua tu aku mintak izin masuk dalam rumah sekejap and tukar baju. Makeup tadi macam mana? Memang dah tak nampak rupa and aku kena bersihkan dan mandi balik. Nasib birthday taw, and nasib jugak tepung sahaja. Ini kalau dibaling telur ni, memang aku peluk sorang-sorang. 


Masterplanned rupanya sepupu aku dan Khairul. Pandai korang eh? Kitorang sambung makan-makan di KFC. Aku pulak dah terlambat nak jumpa agent ni, serba salah aku dibuatnya bila dia sampai dulu. So, gitu ajelah ceritanya birthday tahun ni. Thank you untuk semua, tak kira yang bagi wished sahaja, yang celebrate, yang tahu tapi taknak wished, yang terlupa, yang betul-betul taknak ingat lagi dah. Haha. Tak tak, saja gurau. 

'till then ya!

Thursday 4 August 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS SIMPAN DUIT KAHWIN

Hey,

Memandangkan aku pun terjebak dalam situasi macam ni sekarang Actually, dah lama kumpul idea macam mana nak mula update entry pasal tips-tips perkahwinan. So, aku ambil keputusan untuk mulakan dengan tips simpan duit kahwin ya! Oh, cuba korang tengok hashtag kat tajuk atas tu, taknak kalah. Haha.

Nak melangsungkan majlis perkahwinan ni bukanlah mudah dan sangat  memerlukan kos yang amat banyak. Bukan aku nak takutkan korang, cuma nak kongsikan fakta realiti. Ye, tak dinafikan selepas berkahwin, Allah janjikan rezeki yang lebih lagi. Tapi kita juga kena lah merancang dengan betul.

Kita hidup di bandar, gaji bulanan berapa je, ye dak? Awal bulan terima gaji, potong itu ini, habis. Tambah pulak sekarang ni banyak betul kedai makan ala hipster yang menarik, sekaligus buat kita rasa nak cuba. Setiap awal bulan mesti fikir, nak reward diri sendiri, nak cuba makan kat situ, makan kat sini, betul tak?

Tak apa, jangan risau. Untuk pasangan baru nak start saving duit, kat sini aku nak bagi sedikit tips untuk korang.


Mula Lebih Awal

Untuk korang yang dah ada pasangan, dinasihatkan catat cara perbelanjaan korang setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk korang senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan.

Dengan adanya buku nota untuk budget bulanan korang, korang boleh tahu berapa yang korang mampu simpan setiap bulan. Bincang dengan partner korang apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis korang nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya.

Actually banyak lagi cara untuk menyimpan duit, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Jangan pernah guna konsep pinjam dang anti duit simpanan korang ni. Percayalah, korang mesti akan ulang perkara sama bulan depan.


Perempuan Main Peranan

Bila cakap pasal simpan duit untuk kahwin, ramai yang kata lelaki perlu jalankan tugas ni. Tapi pernah tak korang fikir berkahwin ni perkara yang perlu dibuat bersama? Memang lah duit hantaran diberi, tapi duit tersebut cuma dapat menampung sesetengah kos je dalam majlis resepsi. So, untuk perempuan kat luar sana, korang janganlah bebankan pakwe atau tunang korang dalam hal menyimpan duit ni.


Kerja 'Part-Time'

Untuk korang yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk msukkan ke tabung simpanan kahwin korang. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman sosial yang dapat membantu promote-kan hasil kerja kita.


Ikut Kemampuan

Sebuah majlis perkahwinan tu dinilai bukan dari besar lokasinya, atau berapa mahal kos pelaminnya, dan bukan juga dari berapa nilai mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.

Tak salah untuk impikan majlis seperti puteri raja, tapi kalau kemampuan kita hanya untuk majlis simple-simple apa salahnya. Asalkan siapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.


Tahan Nafsu

Siapa yang tak excited bila pergi mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kita yang perempuan ni, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah.

Kawan atau partner yang bersama kita adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruhi korang menggunakan wang berlebihan budget, tak salah untuk keluar dan luang masa bersama dorang, tapi make sure budget korang tak lari. Bagitahu kawan korang dengan cara baik yang korang tengah simpan duit dan tak boleh selalu makan luar.

Anak-anak muda zaman sekarang, kerja biasa-biasa je tapi bila keluar phone dari poket, amboi, lagi canggih dari handphone aku. Kadang-kadang bukan satu, sampai dua phone canggih dorang ada. Cuba tengok kemampuan kita dan untuk kegunaan apa, kalau setakat untuk instagram dan facebook mungkin boleh di tangguhkan dulu pembeliannya.


Elak Buat Pinjaman

Banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk mengelak dari buat pinjaman. Masalahnya cuma cepat atau lambat duit yang kita simpan untuk melangsungkan perkahwinan. Sabar dan jaga disiplin diri. Bersusah dahulu, bersenang di kemudian hari.



Best of luck untuk korang yang dah nak melangsungkan perkahwinan. Semoga Allah memudahkan segala urusan korang!