Tuesday 27 September 2016

#nurainikhairulwedding : HIV TEST DI KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

Hey,

Kali ni aku nak share pasal membuat ujian saringan HIV untuk bakal pengantin. Seperti yang sedia maklum, dalam persediaan perkahwinan, HIV test adalah salah satu perkara wajib yang perlu dibuat. Syarat nak buat HIV test ni pulak kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan, sebab HIV test cuma bertahan selama 6 bulan, so pandai-pandai korang lah pilih satu tarikh yang sesuai untuk buat HIV test before majlis perkahwinan. 

Untuk HIV test ni, aku dan Khairul pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam. Sebelum aku pilih untuk ke klinik ni, aku dah google dulu feedback dan cara untuk buat ujian saringan HIV ni. Senang cerita, lain klinik, lain caranya. So, untuk entry kali ni, aku akan share cara senang untuk membuat ujian saringan HIV untuk bakal pengantin. Untuk korang yang nak ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam, alamatnya ada kat bawah ni ye.

Address :
Klinik Kesihatan Seksyen 19,
Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, 
40300 Shah Alam, 
Selangor.

Contact number :
03 - 5541 3570


1. HUBUNGI TEMPAT UJIAN
Okay, most important, korang kena tahu yang korang cuma boleh buat ujian ini di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja ye. Please call dulu tempat HIV test pilihan korang, dan make sure tempat pilihan korang tu ada buat servis ujian saringan HIV, sebab bukan semua klinik kesihatan ada menawarkan servis ujian HIV taw!

2. BAWA KAD PENGENALAN DAN RM1
Untuk ujian saringan HIV di klinik kesihatan dan hospital kerajaan ni, korang cuma perlu bawak IC korang and duit RM1, letak dalam kocek baju atau seluar siap-siap hokay!

3. ISI BORANG
Borang ujian saringan ni berlainan ikut tempat yang korang pilih. Untuk pasangan yang luar negeri, make sure korang dah bawak sekali borang kebenaran untuk buat ujian saringan HIV dari negeri asal korang. Biasanya, masa korang beli borang kahwin di pejabat agama tu, dia akan sertakan sekali borang kebenaran ujian saringan HIV. And jangan lupa bawak pen korang sendiri, untuk lebih selesa, tak adalah nanti moody tunggu turn nak guna pen. Hehe.

4. UJIAN SARINGAN
Untuk korang yang dah fikir macam mana ujian darah ni, janganlah terlalu risau hakak-hakak hadek-hadek, dorang cuma titik sikit je kat hujung jari untuk keluarkan darah. Tak boleh aku lupa, turn aku haritu sampai kena dua kali tebuk kat hujung jari, kes-nya darah aku pekat tak keluar. Haha. Kebanyakkan klinik kesihatan dan hospital kerajaan, dorang akan guna rapid kit test, so keputusan ujian korang boleh dapat tahu within 15 minit je. Sangat cepat, kan?


5. KEPUTUSAN UJIAN 
Untuk korang yang HIV negatif, korang dan pasangan boleh terus balik dan pergi dating tengok wayang. Tapi kalau korang atau pasangan yang positif HIV, korang perlu membuat ujian pengesahan, and berkemungkinan akan diberi sesi bimbingan kaunseling. Alhamdulillah aku dan pasangan dua-dua-nya HIV negative.

18 comments:

  1. hi kak klinik kesihatan sek 19 nie kena buat appoitmnet x? ke kak just walk in jew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu buat appoinment. boleh walk in je, cakap nak buat HIV test, hihi

      Delete
  2. Assalamualaykum,

    ada jadual ke nak buat hiv test ni sis?

    ReplyDelete
  3. hai. lepas dia amek darah then dia ada bagi satu kertas biru then suruh kita balik maksudnya negatif ke macam mana ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, aah, kalau dia bagi kertas and suruh balik, maksudnya awak negative HIV ;)

      Delete
  4. Sy call kk seksyen 19 tak angkat. Agak2 nya ade perubahan masa tak? Like still jadual sama pukul 10pagi isnin-jumaat ke?

    ReplyDelete
  5. Sy call kk seksyen 19 tak angkat. Agak2 nya waktu mcm biasa ke pukul 10 pagi

    ReplyDelete
  6. seksyen 19 ni ade sesi pagi dan petang?

    ReplyDelete
  7. Salam. Nk tanya, validity hiv test dekat sana valid untuk 3 bulan @ 6 bulan?

    ReplyDelete
  8. Salam. Nk tanya, validity hiv test tuh untuk 3 bulan @ 6 bulan?

    ReplyDelete
  9. Hi borang utk hiv nie amk kt klinik tue ke or bwk sndri...

    ReplyDelete
  10. Nak tanya, pukul berapa ja hiv test ni boleh buat kat situ ya?

    ReplyDelete
  11. Kt sana test hiv waktu pagi ke ptg?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. Kalau nk buat untuk privacy hiv test boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, maksud privacy? semua hiv test adalah privacy, kita masuk bilik doc sorang-sorang

      Delete