Monday 27 July 2015

SELEPAS CUTI RAYA

Hai,

Hari ni aku telah mula kembali bertugas selepas cuti Raya yang panjang. Sebaik melangkah masuk office, aku perhati je suasana office, tak semeriah macam sebelum ni. Diam dan suram. Kad raya masih lagi tergantung.

Aku faham, semua dalam mood cuti lagi. Maklumlah, raya kan sebulan. Seminggu cuti untuk menyambut Raya seolah macam tak mencukupi. 

Staff melayu semua muka monyok je datang kerja. Aku pun terpaksa berpura-pura senyum setiap kali supplier datang, itu pun sebab aku jaga front desk, kalau tak, memang tak ada-nya nak senyum hari ni. 

Ye lah, dah syok-syok bergembira di rumah melupakan hal-hal kertas kerja, minit mesyuarat, memo, aduan dan sebagainya tiba-tiba kena menghadap semua tu. Dah tu nak mengadap semula muka boss, rakan sepejabat memang rasa tak boleh tahan je kan. 

Memang rasa cam nak sambung cuti je kan?

Tapi apakan daya, cari makan. Kenalah bertahan juga walaupun hati masih lagi dalam mood raya.

Kat Facebook dan Twitter, ramai yang merungut dan ayat ‘hari ni kerja’, ‘bosannya kerja’ dan pelbagai lagi ayat-ayat negatif. Tak terkecuali bagi aku. Seolah macam waktu bergembira telah pun tamat untuk selamanya. 

Untuk start kerja pun, masih termenung. Tak dapat point lagi dari mana nak start kerja yang terbengkalai. 

Mohon Tuhan cekalkan hati untuk teruskan bekerja.

No comments:

Post a Comment