Thursday 2 July 2015

PASANGAN MENIPU

Kat sini aku nak senaraikan contoh-contoh penipuan yang biasanya berlaku dalam hubungan, tak kira pasangan bercinta, bertunang, berkahwin, hatta sudah bercerai. Dengan kawan-kawan pun boleh menipu, apatah lagi dengan pasangan yang sudah dipercayai sepenuh hati.

  • Ada lelaki atau perempuan lain.
  • Menipu untuk berseronok
  • Ada masa lapang, tapi kata sibuk

So, apa perlu dilakukan kalau berlaku kat kita? Ditipu, dikhianati, ditikam dari belakang adalah benda yang paling menyakitkan. Tanyalah sesiapa pun, boleh ke lepas diri ditipu, masih mampu ketawa? 

Aku ada seorang kawan yang aku tak tahu nak describe macam mana. Mungkin dia gila, mungkin dia terlampau kebal. Dia dikhianati, ditipu oleh orang yang dia cinta, orang yang dia percaya, tapi dia tetap teruskan hidup macam biasa.

Bila kena lagi, dia ketawa. Sebab pada dia, konsep karma itu berlaku. Benda akan berulang, jadi dia memilih untuk hidup dan gembira.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bila pasangan kita terbukti menipu. Benda ini adalah cadangan berdasarkan situasi. Oh ya, cadangan ataupun kenyataan yang diberikan adalah pendapat peribadi aku sendiri.

Siasat kebenaran penipuan tersebut
Sesuatu yang ajaibnya antara pasangan yang mempunyai ikatan hati, perasaan cinta - deria keenam kita akan berfungsi dengan baik dan bukan membuta tuli macam orang gila. Kadangkala gerak hati, deria itu tidak akan tenang dan kita boleh siasat, apa yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Tak salah untuk kita menyiasat benda macam tu dalam senyap-senyap, mengintip atau apa sahaja demi nak tahu kebenaran. Tapi, perlu diingatkan, janganlah sampai memakan diri. Buat dengan ikut akal fikiran dan jangan ikut nafsu marah semata-mata. 

Kadangkala gerak hati boleh menipu jugak bila otak kita selalu fikir negatif dan mencurigai pasangan tak tentu hala. Jika ia terbukti benar, baru lah fikirkan langkah seterusnya.

1. Tanya dengan baik dengan pasangan anda
Benda ini sejujurnya adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah. Tanya dengan baik, selidik dengan dia sendiri. Dalam masa yang sama, sila kawal kemarahan dengan baik, sila kawal rasa geram dan perasaan kurang enak buat seketika. Cuba tanya dia apa yang berlaku, dan selesaikan perkara tersebut dengan cepat. Jangan kau tinggal tergantung, ikut rasa marah.

Tapi macam mana kalau si dia tetap menipu?
Kau kena belajar. Cara kau tanya, cara dia jawab. Lebih baik kalau bercakap face-to-face, kau boleh perhati gerak geri dia, riak wajah dia, dan banyak lagi ciri yang mungkin kau lebih tahu.

2. Berdiam diri bagaikan tak berlaku apa-apa
Ini memerlukan kekuantan fizikal, mental dan emosi yang sangat tinggi. Kau nampak apa yang berlaku, kau tahu sesuatu yang buruk, tapi kau diamkan diri. Kau sakit sendirian, tak kau telan dan hadam segala kesakitan.

Kau pendamkan rahsia kecurangan dia daripada kawan baik, keluarga atau sesiapa sahaja termasuk pasangan kau, kau ambil keputusan untuk selesaikan masalah dengan cara kau sendiri. Ini adalah sesuatu yang sangat berisiko. Sebagai contoh, pasangan kau ada orang baru, macam mana nak menyaksikan tanpa kau berkata apa-apa?

3. Bercakap dengan orang yang kau percaya
Dalam situasi macam ni, orang yang kau percaya haruslah orang yang bersikap neutral dan takde prejudis atau berat sebelah dalam memberikan pandangan dia. Sebab kalau berpaksikan satu pihak sahaja, apa yang dicadangkan mungkin akan bawa binasa.

4. Berikan peluang (entah untuk kali ke berapa)
Selepas kau lalui 3 perkara di atas, kau mungkin berpuas hati dengan keputusan yang kau sendiri pilih. Sebolehnya, ia difikir menggunakan akal serta gerak hati, bukan otak semata-mata.

Memberikan seseorang peluang untuk berubah itu baik. Macam kita biasa dengar, Nabi pun ampunkan umat. Tetapi ada beberapa keadaan, benda begitu tak boleh digunakan. Aku percaya, setiap daripada kita mampu memaafkan, tapi untuk melupakan itu sukar. Bukan sebab dendam, tapi takut berulang lagi. 

5. Tinggalkan pasangan kau
Ini action yang normal bagi mana mana pasangan. Benda yang sangat biasa dilakukan.

Benda typical apabila kena khianat, ditipu dan sebagainya. Kau akan tinggalkan penipu tu dan mula merancang untuk start hidup baru, dengan harapan lebih cemerlang. Boleh, tak salah, tapi langkah ini bukan mudah. Cakap nak tinggalkan memang mudah, senang, tapi mampu ke kau tinggalkan manusia yang kau cinta tanpa rasa rindu, sedih dan kecewa?

Ada antara kita mampu melangkah pergi, dan teruskan hidup amcam tak ada apa apa yang berlaku. Bukan mereka tak cinta, tapi penipuan itu terlampau perit untuk diingati. Itu terpulang kepada individu itu sendiri. 

Hidup kalian, kalian yang teruskan.

Allah sentiasa ada dengan kita.
Cuma mungkin kita tak ada untuk Allah.

Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik bagi diri kita,
Untuk sesuatu yang lebih bagus untuk hidup kita.

Semua yang terjadi adalah rahsia Tuhan.


No comments:

Post a Comment