Wednesday 30 September 2015

#nurainikhairulengagement : MAJLIS PERTUNANGAN NURAINI JEFRY



Hey,
Assalamualaikum

Sebenarnya berkali-kali jugak aku berfikir, nak update ke tak pasal pertunangan aku. Sebab yelah, bertunang je pun, belum nikah. Lagipun majlis pertunangan ni lebih baik kalau tak digembar-gemburkan. 

Tapi yang tak syoknya, bila kawan-kawan dah screenshot terus hantar dalam group Whatsapp and ramai-ramai wish tahniah. Jurumekap selaku kawan mak pun awal-awal dah post gambar aku makeup hari pertunangan tu dalam Facebook, dan mak aku sendiri pun tak terlepas dari post gambar majlis dalam Facebook. 

Baru ingat nak buat suprise, kengkonon nak sweet orang tak tahu dah bertunang, tetiba dah kahwin. Bila dah tersebar macam ni, terpaksa lah aku cerita sedikit sebanyak majlis pertunangan aku.

Sebelum tu aku nak mintak maaf ya kalau entry ni menyebabkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Langsung tak ada niat nak membangga diri atau kepoh ke apa, cuma nak abadikan kenangan indah dalam blog ni. 

Lagipun tak ada apa sangat nak dibanggakan, semua orang pun bertunang jugak before kahwin, so aku harap masing-masing dapat membaca entry ni dengan hati yang gembira ya!




Mengikut adat, majlis pertunangan aku dan Khairul berlangsung pada 26 September 2015, iaitu pada hari Sabtu, raya ketiga Raya Haji. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Majlis pertunangan ni sangat senang nak organize. Catering memang aku serahkan sepenuhnya pada mak dan ayah. Package untuk catering tu dan termasuk makanan, kerusi dan meja dan khemah. Tema aku pilih banyak kepada putih. Senang, takyah serabut kepala.

Lauk memang dah dipilih sendiri oleh mak ayah aku, so menunya yang dihidangkan ialah Nasi Jagung, Ayam Masak Merah, Gulai Daging, Acar dan Bubur Kacang sebagai dessert. Memang niat kami untuk menjamu tetamu makan tengahari.

Dulang hantaran tu aku gubah sendiri dengan mak. Kawan-kawan mak pun gigih tolong ikat reben untuk ceriakan lagi dulang hantaran. Alhamdulillah, walaupun hasil tak seberapa, cukup lah cantik di mata kitorang. Senang sangat, just masuk-masukkan bunga je. Penjimatan sehingga 80% taw!




Masa keluarga lelaki dah sampai, mak memang pesan awal-awal kat aku supaya tunggu dalam bilik, jangan keluar, sampailah dipanggil. Katanya, orang dulu, tetamu akan jenguk dalam bilik anak dara bila nak tengok orangnya. Tapi, walaupun zaman dah modern sekarang, pesan mak, supaya terapkan sifat malu dalam diri. 

Spokesperson side aku adalah ayah aku sendiri, dan disampuk oleh jiran aku, Cik Jaafar, dan spokesperson side Khairul adalah abang ipar sulung-nya, Abang Nuar. Sepanjang pihak lelaki datang dan semasa dorang berhujah, aku tak dapat tengok, disebabkan aku tunggu dalam bilik.

Alhamdulillah, sekejap je tunggu dalam bilik, tak sampai 15 minit, tiba-tiba mak datang ajak ke depan. Aku punya berdebar Tuhan je yang tahu. Rapat tangan aku genggam tangan mak. Dah duduk je atas Mini Pelamin tu, terus ma datang dan sarungkan cincin kat jari. Terketar jari aku semasa disarungkan cincin. Lepas sarung cincin tu, aku salam dengan ma dan kiss-kiss pipi. Tapi aku mula sebak bila ma Khairul pegang muka dan cium dahi aku. Bergenang jugak air mata masa tu. 

Terima kasih mak ayah atas pertolongan melancarkan majlis pertunangan kami. Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudar-mara dan jiran-jiran terdekat sahaja. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. 




Cuma dalam gambar nampak macam gah gila! Aku pun terkejut. Padahal bajet semua minimal. Haa trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer. Terima kasih photographer, Hanshazrick (Afiq Abdullah) sebab power dan berjaya memberi ilusi gah kepada majlis kami. Sangat berpuas hati dengan hasil dorang.

Akhir kata, doakan perjalanan hidup yang bakal kami tempuhi. Semoga dengan ikatan tunang ni mengukuhkan lagi hubungan kami dan semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan urusan nikah nanti. Amin.




2 comments:

  1. amin..
    pndainye ain gudah hantaran sdiri. :)
    nnti kwen inshaAllah kami smpi wlpn xajk lgi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sampai jugak taw nanti kak nunu! kita awal awal nak book 2 orang hero kak nunu tu jadi page boy kita, haha

      Delete