Tuesday 11 August 2015

ULANGTAHUN PERTAMA

Hari ni, pada tahun yang lepas, 11 Ogos 2014; 

Adalah hari pertama aku daftar sebagai Pembantu Juruukur Bahan. Aku masih ingat, dengan berbaju kurung biru, dan ada bunga kecil berwarna pink, dan bertudung merah, aku datang office ni seawal jam 8.15 pagi ; walaupun dimaklumkan kerja bermula pukul 9 pagi.

Aku masih ingat, family datang, dan tolong hantar barang barang ke rumah sewa pada hari Sabtu sebelumnya, pada 9 Ogos. Minggu sebelumnya, aku dah bermasam muka sebab aku dah agak yang aku bakal menyambut hari lahirku pada 12 Ogos sorang sorang.

Ayah tinggalkan sebijik kereta, untuk memudahkan aku ke office, hari sebelumnya, ayah dah trained aku drive dari rumah sewa ke office. Masa tu serba serbi baru, aku tak kenal jalan. 

Hari pertama aku ke office, turun je dari lift, aku dah confused, kat mana kereta aku sebenarnya. Memang kalau dari atas, dari bilik aku, aku boleh nampak aku park kereta kat mana, tapi bila turun, aku ke kiri dan ke kanan cari kereta. 

Lepas panaskan enjin, aku drive melepasi palang Condominium, masa tu just scanned Parking Pass yang tuan rumah bagi. Aku bawak slow slow, cuba ingat balik jalan yang ayah ajar. Bila dah melepasi terowong kecil, aku dah tak ingat jalan.

Aku masuk kiri, masuk kanan, belok sana dan belok sini. Aku berhenti kereta kat sisi jalan. Terus buka Navigation. Nasib aku baik, sebab ayah dah set awal awal kat mana location office aku. Aku start drive balik ke office dan akhirnya jumpa!

Lepas parking, aku naik ke office. Office ni agak familiar sikit sebab dah 2 kali datang sebelum ni. 1st masa temuduga, dan 2nd semasa sebelum masuk kerja, dia ada trained sikit. Aku duduk kat receptionist. 

Tepi aku ada sorang lagi budak perempuan, Nad, yang sekarang jadi team mate aku. Kitorang sama umur. Depan aku ada sorang lelaki, bujang, tapi nampak sedikit berumur, Shahril. Nad dapat jawatan sama dengan aku, walaupun sebenarnya, dia budak Ukur Bangunan. Shahril sebagai receptionist.

Lepas tunggu dalam 15 minit, kitorang dipanggil, untuk introduced diri dalam bilik bos, dan diberi penjelasan pasal syarikat kitorang. Lepas tu kitorang diberi meja sendiri, dan dilengkapi alat alat tulis untuk digunakan.

Team untuk Juruukur Bahan masa tu ada 5 orang, termasuk aku. Tapi Faris tak sempat lama jadi team mate kitorang, dalam 2 bulan aku bekerja, dia dah resigned, dapat job yang lagi okay katanya.

Waktu lunch paling kelakar seingat aku, kitorang (aku dan Nad) tak dijemput untuk lunch sama sama ke apa, so kitorang bawak diri. Aku offered Nad untuk keluar makan sama sama, naik kereta. Lepas pusing pusing, jumpa lah satu kedai. Jauh kitorang pusing untuk cari satu kedai makan, adalah dalam 20 minit, sampai sekarang pun aku lupa kat mana kedai tu dan macam mana aku jumpa kedai tu.

Kononnya dari jauh, kitorang tengok macam kedai mamak, aku tanya Nad kalau dia okay dengan mamak, Nad angguk. Apalagi aku masuk parking dan terus masuk kedai. Aku pergi tengok lauk dan aku mintak nasi, aku ingat boleh pilih lauk sendiri. 

Rupanya tu kedai aney yang makan nasi dalam daun pisang. Patut masa masuk kedai tu orang tengok semacam dekat kitorang, dan kebanyakannya semua india. Melayu cuma ada 2 3 ketul je. 

Saat dorang letak daun pisang atas meja, aku dah start berdebar, mana tak-nya tak pernah dan tak biasa, bawak kawan pulak tu. Pastu dorang lap daun pisang tu, letak nasi dan lauk. Sebelum letak dorang tanya, bila kita kata nak, diorang geleng geleng, bila kita tknak, diorang geleng geleng jugak. Adeyyy.

Lepas makan, amek kau kena RM15 sorang, entah apa aku makan pun aku taktahu. Seingat aku, sayur kacang panjang, ikan, ayam dan air limau nipis. Masuk je dalam kereta, kitorang gelak. 

Tak sangka, sekejap je masa berlalu. Hari ni adalah hari pertama aku bekerja. Hari ni adalah hari pertama aku cuba untuk sesuaikan diri bekerja di bandar besar. Hari ni adalah hari pertama aku pada tahun lepas.

Berbagai pengalaman dan ilmu telah aku dapat. Pelbagai benda yang aku pelajari lalui sepanjang setahun di sini. Berbagai perangai dan keletah orang aku dapat saksikan. Alhamdulillah. Moga aku dapat merasai banyak lagi cabaran, dugaan dan pengalaman sepanjang bekerja.

Esok dah masuk 23 tahun oii!


No comments:

Post a Comment