Friday 26 June 2015

JAUH DARI KELUARGA

"Puasa tak? You asal mana?", 

ada sorang Uncle tanya. Sebenarnya dia seorang Supplier, singgah office ada meeting dengan Boss. 

Sambil senyum, aku angguk tanda aku sedang berpuasa, lepas tu aku nyatakan asalku. Dia terkejut. 

"Jauhnya datang kerja sini, kat sane tak ada kerja ke?". 

Aku senyum lagi, 

"Kat sane kerja QS tak banyak Uncle, sebab tu saya terima tawaran kat sini". 

Dia terkejut kali kedua, 

"I thought you a receptionist sahaja. So young dah jadi a QS".

Teringat makcik semalam masa tunaikan solat Tarawikh. Sambil pegang peha aku, dia berpesan, jaga diri, jaga akhlak, pegang agama nombor satu, insyaAllah dunia kita selamat. 

Hairan. Setiap kali menunaikan solat Tarawikh, aku duduk sebelah makcik yang berlainan. Tapi pesanan mereka tetap sama. 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya. Kini hampir setahun aku berada di Selangor. Menangis? Ketawa? Sedih? Gembira? dan 1001 rasa lagi yang berada dalam jiwa dan diri aku. Kehidupan sangat berubah bila jauh daripada keluarga. Segala-galanya disini hanya seorang diri. Sangat unik dan asing!

Apa tujuan datang ke Selangor?

Aku datang ke sini adalah untuk bekerja dan telah tamat belajar. Alhamdulillah aku dah pun mengenggam sijil Diploma Ukur Bahan.

Ramai yang tanya kos hidup tak tinggi ke di sana?

Tipu kalau aku cakap kos hidup di Selangor ini tidak tinggi. 

Aku perlu menyediakan duit hampir RM400 untuk sewa bilik dan aku perlukan RM500 lagi untuk makan dengan ala-ala kadar. Itu belum lagi keluar makan angin berjimba sana sini. Beli baju, minyak kereta dan barang keperluan harian ?

Ini sangat sukar! Aku bukan keluarga yang senang. Tetapi Alhamdulillah Allah masih beri aku kekuatan dan rezeki untuk jalani kehidupan disini.

 Bagaimana hidup seorang diri disana?

Secara jujurnya, kehidupan aku disini adalah semata-mata untuk bekerja. Waktu untuk berseronok, berkawan adalah sangat terbatas. Lagipun aku mana ada kawan disini. Sabtu pun kerja half day. Manakala dirumah aku cuma berkawan dengan tivi, laptop dan smartphone.

Tips untuk merantau dan menjadi anak perantau?

Aku tak pandai nak bagi tips tetapi apa yang selalu mak ayah aku berpesan apabila berada di tempat orang adalah seperti berikut.

Jaga solat
Jaga hubungan dengan Allah
Jaga adab sesama manusia
Jangan buat masalah dan susahkan orang
Ingat asal usul dan fikir apa niat untuk berada disana
Senantiasa bertegur orang dikawasan rumah. (Pengawal keselamatan, makcik cleaner, masyarakat setempat)
Telefon keluarga di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali


No comments:

Post a Comment