Sunday 18 October 2015

REVIEW: SUP MELETOP PUCHONG

Hey,

Aku memang subsribe si Fendi #DapurBujang ni dalam video-video masakan dia. Sebab bahan-bahan yang dia guna dalam memasak amat senang, mudah and just guna barang yang kita ada. Tak perlu nak teliti sangat dalam memasak, bantai je. And paling aku suka, cara dia berhujah and selitkan sikit lawak dia.

So, minggu lepas, masa aku tengah scroll video #DapurBujang, aku terpandang satu video bertajuk #SeleraBajet. Okay, tengah-tengah bulan duit pun dah kureng ni, tapi rasa macam nak makan best, makan kat luar, memang kena sangat-lah dengan video yang aku tengok ni. 

Aku sangat-lah terliur dalam episode #SeleraBajet: Sup Meletop Puchong ni. Hari-hari aku teringat betapa banyaknya daging setiap kali dia selak bihun sup tu. So, hari ni aku decide untuk pekena bihun sup yang katanya sangat special kat kedai Sup Meletop Puchong tu. Nak tengok meletop setakat mana sangat Bihun tu.


Sesampai je kat Kedai Sup Meletop ni, aku terus terjah cari meja. Kedai makan dia biasa-biasa je, macam warung kampung je. Warung ni terletak di belakang Kuarters Askar, Jalan Puchong.

Memandangkan Sup Meletop ni dari Utara, pekerja warung ni semua berasal dari Utara, daripada tukang amek order sampai ke tukang masak. Kedai ni hanya ditutup semasa Solat Jumaat sahaja taw, so kalau tekak korang tetiba rasa nak makan sup, jemput-jemput lah ke Kedai Sup Meletop kat Puchong ni. Jangan risau, kedai ni dibuka 24 jam, setiap hari.

Yang paling speacial dekat kedai tu mestilah Bihun Sup Daging. Lepas je order, dalam 10 minit, barulah makanan sampai. Dekat kedai ni bukan ada Bihun je taw, masakan panas pun ada. Memandangkan aku terliur dan nak sangat rasa kesedapan Bihun Sup Daging tu, tanpa fikir panjang, terus aku order.

Sesampai je Bihun Sup Daging tu, aku terus gaulkan Sup dan Cili yang diletakkan atas Bihun tu. Nak kata terlalu pedas, aku tak dapat rasa kepedasan Cili yang dia letak tu. Cuma aku dapat rasa masin, lemak daging, manis Bihun tu, mungkin itu yang digambarkan Meletop. 

So, overall, aku tak lah kata kedai ni sangat best, cuma kalau ditanya, aku akan bagi 3/5 bintang. Apa yang special bagi aku, sebab keunikan kedai tu sendiri, dibuka 24 jam setiap hari, dan servis tak terlalu lambat. Dari segi harga, aku tak anggap kedai ni sebagai salah satu kedai bajet sebab harga agak tinggi, mungkin sesuai dengan ekonomi semasa. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment