Wednesday 1 June 2016

REVIEW : D'HOTEL SERI ISKANDAR

Hey,

Entry kali ni amat penting bagi aku sebagai guide kepada orang luar yang nak datang ke Bandar Seri Iskandar, Perak. At least, dapat membantu korang yang nak berjalan atau ada urusan dia sana kan? 

So, sebelum urusan pendaftaran adik bongsu aku di Uitm, kami sekeluarga memilih D'Hotel Seri Iskandar, Perak. Hotel ni sangat strategik sebab kedudukannya sangat dekat dengan beberapa pusat pengajian yang ada di sekitar Bandar Seri Iskandar seperti Uitm Seri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas dan MRSM Parit. Hotel ni sangat sesuai untuk keluarga yang nak jenguk anak yang masuk U atau menghadiri konvokesyen. 


Bilik sangat selesa untuk bermalam. Kemudahan semua ada, tak perlu risau kalau korang tertinggal berus gigi ke, tertinggal sabun mandi ke, sebab semua dah tersedia. Paling win aku rasa dia punya shower, sebab shower kat siling ni memang heaven sebenarnya, boleh feeling-feeling macam mandi air terjun. 

D'Hotel Seri Iskandar ada pool jugak taw. Tapi kali ni aku memang tak dapat nak celup-celup kaki, apatah lagi menyelam. Sebab masa sangat packed, rushing nak daftar si bongsu tu lagi. Tapi, kalau boleh menyelam pun, rasa macam tak tergamak sebab pool dia betul-betul sebelah tempat makan. Segan pulak rasanya nak bermandi-manda. 


Yang paling best bagi kaum perempuan adalah hotel ni betul-betul atas shooping kompleks, ala-ala macam Tesco Extra okay! Makan pun tak payah risau sebab banyak sangat kedai makan kat bawah hotel.

Dah, pergi book sekarang!


D Hotel Seri Iskandar
526, Lebuh SIBC, Bandar Seri Iskandar, 32610, Perak
05-374 8888



No comments: