Thursday 4 August 2016

#nurainikhairulwedding : TIPS SIMPAN DUIT KAHWIN

Hey,

Memandangkan aku pun terjebak dalam situasi macam ni sekarang Actually, dah lama kumpul idea macam mana nak mula update entry pasal tips-tips perkahwinan. So, aku ambil keputusan untuk mulakan dengan tips simpan duit kahwin ya! Oh, cuba korang tengok hashtag kat tajuk atas tu, taknak kalah. Haha.

Nak melangsungkan majlis perkahwinan ni bukanlah mudah dan sangat  memerlukan kos yang amat banyak. Bukan aku nak takutkan korang, cuma nak kongsikan fakta realiti. Ye, tak dinafikan selepas berkahwin, Allah janjikan rezeki yang lebih lagi. Tapi kita juga kena lah merancang dengan betul.

Kita hidup di bandar, gaji bulanan berapa je, ye dak? Awal bulan terima gaji, potong itu ini, habis. Tambah pulak sekarang ni banyak betul kedai makan ala hipster yang menarik, sekaligus buat kita rasa nak cuba. Setiap awal bulan mesti fikir, nak reward diri sendiri, nak cuba makan kat situ, makan kat sini, betul tak?

Tak apa, jangan risau. Untuk pasangan baru nak start saving duit, kat sini aku nak bagi sedikit tips untuk korang.


Mula Lebih Awal

Untuk korang yang dah ada pasangan, dinasihatkan catat cara perbelanjaan korang setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk korang senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan.

Dengan adanya buku nota untuk budget bulanan korang, korang boleh tahu berapa yang korang mampu simpan setiap bulan. Bincang dengan partner korang apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis korang nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya.

Actually banyak lagi cara untuk menyimpan duit, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Jangan pernah guna konsep pinjam dang anti duit simpanan korang ni. Percayalah, korang mesti akan ulang perkara sama bulan depan.


Perempuan Main Peranan

Bila cakap pasal simpan duit untuk kahwin, ramai yang kata lelaki perlu jalankan tugas ni. Tapi pernah tak korang fikir berkahwin ni perkara yang perlu dibuat bersama? Memang lah duit hantaran diberi, tapi duit tersebut cuma dapat menampung sesetengah kos je dalam majlis resepsi. So, untuk perempuan kat luar sana, korang janganlah bebankan pakwe atau tunang korang dalam hal menyimpan duit ni.


Kerja 'Part-Time'

Untuk korang yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk msukkan ke tabung simpanan kahwin korang. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman sosial yang dapat membantu promote-kan hasil kerja kita.


Ikut Kemampuan

Sebuah majlis perkahwinan tu dinilai bukan dari besar lokasinya, atau berapa mahal kos pelaminnya, dan bukan juga dari berapa nilai mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.

Tak salah untuk impikan majlis seperti puteri raja, tapi kalau kemampuan kita hanya untuk majlis simple-simple apa salahnya. Asalkan siapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.


Tahan Nafsu

Siapa yang tak excited bila pergi mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kita yang perempuan ni, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah.

Kawan atau partner yang bersama kita adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruhi korang menggunakan wang berlebihan budget, tak salah untuk keluar dan luang masa bersama dorang, tapi make sure budget korang tak lari. Bagitahu kawan korang dengan cara baik yang korang tengah simpan duit dan tak boleh selalu makan luar.

Anak-anak muda zaman sekarang, kerja biasa-biasa je tapi bila keluar phone dari poket, amboi, lagi canggih dari handphone aku. Kadang-kadang bukan satu, sampai dua phone canggih dorang ada. Cuba tengok kemampuan kita dan untuk kegunaan apa, kalau setakat untuk instagram dan facebook mungkin boleh di tangguhkan dulu pembeliannya.


Elak Buat Pinjaman

Banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk mengelak dari buat pinjaman. Masalahnya cuma cepat atau lambat duit yang kita simpan untuk melangsungkan perkahwinan. Sabar dan jaga disiplin diri. Bersusah dahulu, bersenang di kemudian hari.



Best of luck untuk korang yang dah nak melangsungkan perkahwinan. Semoga Allah memudahkan segala urusan korang!


1 comment: