Thursday 18 June 2015

BULAN MULIA RAMADHAN

Berpuasa dalam bulan Ramadhan sangat luar biasa. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmah, maghfirah dan ampunan. 

Sebagaimana yang telah disabdakan baginda Rasulullah SAW, bulan Ramadhan dibahagikan menjadi tiga. 
1. Pada 10 hari pertama, adalah rahmat (awwaluhu rahmah), 
2. Pada 10 hari kedua adalah ampunan (wa awsathuhu maghfirah), 
3. Pada 10 hari terakhir adalah bulan pelepasan dari seksa neraka (wa akhiruhu itqun min an-nar).

Oleh kerana itu Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam agar senantiasa memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan. Sebab, terdapat banyak keutamaan Puasa Ramadhan yang akan diperolehi. 

Ibadah sunat menjadi bernilai fardhu, makan sahur merupakan berkat, bersedekah akan dilipat gandakan, membaca Al-quran akan menjadi syafaat, dan beribadah pada malam Lailatul Qadar nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Dengan rendah diri, aku memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita, yang kenal, mahupun tidak.

Yang tersirat mahupun tersurat, 
Yang sengaja mahupun tak sengaja,
Yang tersembunyi mahupun terang-terangan,
Yang berniat mahupun tak berniat.

Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati bukan menyakiti sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat seperti mana yang dijanjikan-Nya.

Amin, InsyaAllah.

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

No comments:

Post a Comment