Wednesday 3 June 2015

#nurainikhairulgettingserious : MERISIK

Alhamdulillah.

2 Jun 2015.

Walaupun bukan secara official, tapi tetap juga dikategori-kan sebagai merisik. Sebenarnya dah already planned, tapi tiba-tiba ter-clash tarikh pulak. Lupa pada 2 Jun ni, ayah bawak family untuk sertai OGA di KLCC.

Plan yang sebenar adalah keluarga pihak lelaki datang rumah untuk membincangkan apa yang patut. Tapi takpe, kitorang punya sempoi, adat merisik kitorang cuma di Restoran. 

Bagi aku, takde masalah, sedangkan kalau meeting kerja sekalipun, ada yang dibincangkan dia kedai-kedai mamak. 

Oleh kerana keluarga kami dah pun kenal, dan pernah berjumpa, so, semalam, kami cuma menetapkan tarikh dan apa yang perlu untuk step yang seterusnya, iaitu bertunang. 

Membincangkan hal bertunang makes me a bit nervous. Sebelum adat merisik ni pun, aku dah listed apa yang perlu untuk bertunang.

Aku memang jenis listed-person, yang mana aku suka untuk menulis, mencatat dan menyimpan segala data yang aku rasa penting. Senang, semua keperluan dah nampak. 

HANTARAN
Dulang
Hiasan dulang

HADIAH TUNANG PEREMPUAN
Telekung sembahyang
Al-Quran
Cincin
Buah-buahan
Coklat

HADIAH TUNANG LELAKI
Kurta
Sejadah
Kain Pelikat
Buah-buahan
Puding

PAKAIAN TUNANG
Kemeja tunang lelaki
Baju tunang perempuan

PERSEDIAAN
Mini pelamin
Make-up
Catering
Photographer

Jangan lupa list-kan Jemputan pihak lelaki dan Jemputan pihak perempuan.

Setelah dibincangkan semalam, dua belah pihak bersetuju untuk mengikat pertunangan pada 26 September 2015. Bermaksud, aku masih ada 116 hari untuk menjadi tunangan orang, dan perlu menyediakan persiapan sebelum berlangsung-nya majlis pertunangan.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan ;)

No comments:

Post a Comment