Thursday 28 April 2016

REVIEW : GARAGE 51 BY COFFEE SOCIETE @ BANDAR SUNWAY

Hey,

Akhirnya, dapat jugak aku menjengah ke Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway. Dah lama nak menjengah ke cafe ni tapi belum ada kesempatan. 

Bebeza dengan cafe lain, Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway ni dihias cantik dan elegant. Sesuai dengan tema hipster sekarang yang banyak menggunakan barang kitar semula, hiasan luaran dan dalam cafe ni berjaya menarik minat aku. Aku memang mengutamakan perwatakan pekerja bila aku mengunjungi kedai makan, tak kira kedai makan murah, atau mahal, sungguh, aku sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan pekerja di cafe Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway.




HIASAN DALAM YANG EXCLUSIVE

Seriously, macam yang aku dah nyatakan kat atas, hiasan cafe ni berjaya menarik minat aku. Ternyata, sebenarnya barang kitar semula boleh diberi peluang kedua untuk bersinar. Kat cafe ni korang boleh tengok, daripada meja, sofa, dapur dan semua yang dorang display atas cabinet, semua berinspirasi bagi aku.


HIDANGAN MINUMAN YANG COMEL 

First time aku ke cafe ni, aku pilih untuk mencuba The Son in The Messed Up Family. Rasa coklat Nutella yang manis dan dicampuri sedikit rasa hazelnut. Decoration on top of air coklat ni, ada biskut pretzel, crunchy caramel popcorn, some cornflakes, marshmallow dan sedikit chocolate sauce. Tak rugi dan sangat berbaloi untuk peminat coklat.

Peneman aku memilih Mochatella untuk kali ni, katanya dah lama dia terasa nak mencuba, ternyata dia punya pilihan tak salah. Rasa Mochatella yang tak pernah kurang, disebabkan campuran Nutella dan Ais Kiub Kopi, yang mana bagi aku salah satu idea yang menarik untuk menghasilkan kopi yang berkualiti.




DESSERT YANG MENARIK

Bila korang masuk je ke dalam cafe tu, korang terus ternampak satu peti yang menyediakan pelbagai jenis dessert yang menarik. Untuk aku yang memang fall in love setiap kali nampak kek, aku memilih untuk mencuba Carrot Cake. Texture cake itu sendiri lembut dan halus dan cheese cream on top of the cake tu memang sangat menepati citarasa aku.


Aku memang highly recommend korang untuk pergi ke cafe ni. Untuk ke cafe ni, tak perlu buat reservations, Pork Free dan Alcohol Free. Garage 51 by Coffee Societe @ Bandar Sunway dibuka setiap hari dari 11 pagi ke 11 malam dan tutup pada hari Isnin. Alamat cafe ni boleh refer kat bawah, korang juga boleh Waze untuk ke cafe ni. 

Garage 51,
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway,
Petaling Jaya,
Selangor


No comments:

Post a Comment