Wednesday 6 April 2016

REVIEW : SPICY KOREAN RAMEN SAMYANG

Hey,



Korang dah try Spicy Korean Ramen Samyang? Mula-mula aku tahu tentang Samyang ni lepas aku tengok ramai sangat buat video yang menggunakan hashtag #firenoodlechallenge. Tergerak hati macam nak cuba, sebab dalam video tu ramai yang kalah tak makan habis, ada jugak yang berair air mata dan hidung. Hahaha. 

Kalau nak tahu, aku memang suka makan pedas. Tapi kalau tahap pedas yang sampai nikmat makanan tak terasa, tak syok jugak. Bagi aku, tahap kepedasan dia adalah dalam 7/10, kira tinggi jugak berbanding Maggi Letup Goreng Kari Berasap. Sebab yang Maggi tu aku mampu habiskan tanpa minum air. Tahap kepedasan Maggi pun cuma 4/10.

Sebelum makan tu aku dah prepared siap-siap air kotak susu dalam peti, haha. Actually, experiment ni dah bertukar, sebab aku jadi nak tahu betul ke susu boleh hilangkan pedas. Rupanya bila minum susu, diselang-seli dengan makan pedas, lagi pedas rasa Spicy Korean Ramen Samyang tu!

Malam lepas makan tu, dah mula rasa perut bloating, sudahnya sampai ke esok aku kena cherry-berry. Nak try sangat kan, sekarang rasa akibatnya!

By the way, yang aku beli ni memang ada cop Halal. Korang boleh check dekat Giant atau Jusco. Oleh kerana aku nak jugak cuba Spicy Korean Ramen Samyang ni, gigih pergi Giant carik. Alang-alang beli barang dapur, terus grab sepeket. Hehehe

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment