Wednesday 13 April 2016

TIPS : PERSEDIAAN BARANG SEBELUM KE LUAR NEGARA

Hey,

Hari ni aku rasa macam nak share pasal barang-barang yang penting sebelum ke luar negara. Nak kata banyak pengalaman tu takde lah sangat, tapi share sebagai guide pada korang yang baru first time nak pergi luar negara.




BAJU

Sebelum bercuti, study sedikit info tentang suhu, cuaca kat tempat yang nak dituju. Bukannya apa, at least kita tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Kalau musim sejuk, pastikan korang bawa pakaian yang secukupnya. Pakaian yang betul, sedikit sebanyak membantu untuk menjaga suhu badan dan mengelakkan demam.

Pastikan korang bawa pakaian secukupnya dan sesuai mengikut tempoh percutian. Jangan terlalu excited untuk bawa 1 almari pakaian. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari korang bercuti. Korang mungkin akan berbelanja ketika travel seperti membeli t-shirt, bukankah korang boleh menjimatkan size luggage dengan bawa beberapa helai sahaja. Harga luggage untuk setiap company airlines sekarang dah makin mahal, harus bijak merancang kos travel.


KASUT

Pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Biasanya, kalau time bercuti ni kita banyak berjalan. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes. Banyak lagi kasut yang sesuai dan fashionable. Terserah pada kita untuk pilih jenis yang mana asalkan ia selesa dan sesuai dengan keadaan dan musim. Silap pakai kasut, kita sendiri merana, habis hilang mood bercuti.


TOILETRIES

Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun badan merupakan perkara penting yang aku akan bawa. Kebiasaannya sudah disediakan di hotel. Melainkan jika korang melancong gaya backpacker, bawalah beberapa paket kecil syampoo yang boleh didapati di farmasi.


WET TISSUE

Aku memang walau dalam Malaysia sendiri, aku selalu sediakan wet tissue dalam beg. Mana-mana toilet di luar negara jarang-jarang yang ada air. Boleh gunakan untuk cuci lepas “melepas”, untuk basuh tangan sebelum makan atau untuk cuci muka bila diperlukan.



UBAT-UBATAN

Benda yang paling utama adalah ubat. Contohnya, Panadol, ubat selesema, ubat cirit-birit, ubat tahan muntah dan sakit kepala. Ubat-ubat ni semua penting disaat kita memerlukan. Selain dari ubat, perlu ada plaster untuk luka atau melecet dan juga minyak angin. Time sakit perut, loya, sakit kepala boleh buat sapu. Boleh juga, standby krim panas untuk muscle, macam Muscle Pain tu. Dah penat seharian berjalan, sebelum tidur lumur kat kaki, lepas tu pakai stoking terus tidur. Insyaallah, selesalah sikit rasa kaki untuk berjalan next day tu.


TRAVEL ADAPTER & EXTENSION PLUG

Plug yang terdapat di lain-lain negara tidak sama dengan di Malaysia. Amat penting untuk bawa travel adapter bersama. Satu pun dah cukup, kemudian bawa extention dari rumah. Jimat, kan?

Extension plug penting jugak untuk dibawa ke mana-mana. Benda ni lepas je kastam tak pernah rampas pun. Sebabnya, bila kita duduk di hotel, satu bilik cuma ada sikit je plug. Biasanya satu je. Memandangkan kita ni travel dengan banyak barang (handphone dua bijik, tablet, laptop dan kamera bagai), maka pentinglah extension plug ni supaya kita boleh jadi electric warrior. Semua benda boleh charga walaupun dengan satu plug di dinding. Hehe


DUIT 

Apa yang pentingnya tukar duit sebelum bertolak? Kat sana nanti pun ada Money Changer. Betul. Memang kat sana nanti ada Money Changer. Cuma, keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ni menyebabkan tak banyak money changer di luar negara menerima ringgit sebagai tukaran wang.

Kalau tak nak tukar banyak pun, tukar sikit dulu. Just incase sampai nanti kita perlu beli keperluan atau barang ketika kecemasan, kita sudah siap sedia duit dan tidak cemas untuk mencari money changer.



MAKANAN

Sebagai langkah penjimatan, boleh standby bawa makanan atau minuman segera contohnya macam Maggi dan Milo atau Nescafe 3-in-1. Kos makan di restoran antara kos paling tinggi ketika travel. Apa salahnya kita kurangkan kos tersebut dengan bawa makanan siap-siap dari rumah. Selain dari tu, disarankan juga bawa biskut atau roti yang pek kecil tu, supaya senang nak dibawa. Bila-bila terasa lapar, boleh buat alas perut.


CERMIN MATA

Jika korang memang memakai cermin mata, bawa cermin mata walaupun korang rancang nak pakai contact lense. Ada masanya mata akan jadi kering sebab pakai contact lense terlalu lama dan kita akan rasa tidak selesa.


Actually banyak lagi tips yang nak dikongsikan, cuma kali ni aku highlight barang apa yang paling penting dan mudah sebelum melancong. Aku harap tips yang aku kongsi ni memudahkan korang untuk travel ke luar negara.

Enjoy!

No comments:

Post a Comment