Wednesday 18 November 2015

#nurainikhairulengagement : AFIQ ABDULLAH (@hanshazrick)

Hey,


Sorry baru nak review pasal Photographer yang cover Majlis Tunang haritu. Disebabkan album dan gambar baru dapat minggu lepas, so memang dalam kepala aku memang dah set bila nak review. Hari-hari asyik msuk draft je. Hihi.

Okay, nama yang aku letak dalam tajuk entry kali ni adalah Photographer kitorang masa majlis pertunangan haritu. Kitorang tak memilih sangat dan demand lebih-lebih, cukup lah ada sikit budget, dan kena dengan gambar cantik serta takde kos perjalanan. Haha. 

Dengan harga berpatutan, kitorang dapat 2 pcs gambar printed, aku tak sure size apa, macam lebih kurang size A4 je, gambar unlimited satu hari cover the whole majlis, 1 photo book berkulit tebal dan keras, dan sepatutnya free outdoor session. Tapi lepas fikir punya fikir, dengan kekangan masa, pecah kepala nak pose kat mana dan bagaimana, kitorang tak amek yang outdoor shoot tu, cukup-lah 'outdoor' rumah aku je. Okay apa, duit minyak pun jimat. 

Untuk contact dengan photographer yang sempoi ni tak perlu susah-susah, korang whatsapp je, paling lambat pun dalam 4 atau 5 minit dah reply. Si Afiq ni akan reply apa sahaja yang korang tanya, siap bagi contoh gambar cover book ke apa. Korang mengarut-mengarut pun dia balas mengarut. So, tak perlu takut nak tanya.

Aku malas nak bebel panjang, korang layan je gambar-gambar tu. Aku suka gambar yang terperinci. Macam gambar tangan, moment tengah sembang, gambar detail, etc. Aku sangatlah berpuas hati dengan gambar dan servis si Afiq ni. 






Korang boleh follow si Afiq ni di :
Instagram : @hanshazrick
Facebook : Afiq Abdullah

1 comment:

  1. Terima kasih kerana beri kepercayaan untuk cover majlis pertunangan anda dan memberi kerjasama yg baik sepanjang majlis pertunangan berlangsung..... :)

    ReplyDelete