Friday 20 November 2015

#nurainikhairulengagement : GLASS CRAFT PROJECT & DIY DOORGIFT

Hey,

Dalam sibuk-sibuk key-in tender yang entah bila nak siap ni, sempat lagi aku celah masa sikit untuk review pasal doorgift masa Majlis Bertunang haritu.

So, lepas Google segala macam jenis doorgift, kitorang berkenan dengan satu idea, kacang dalam balang kecik. Mungkin dah basi kot idea ni, tapi sesuai dengan budget dan barang mudah untuk buat, kitorang proceed je. Bagi nampak rare sikit, kitorang DIY sikit balang ni ala-ala hipster. Haha.


Beberapa bulan before Majlis Bertunang tu, aku dah try cari igers mana yang supply balang kecik ni. Then, terjumpa lah dengan Glass Craft Project ni. Mula-mula memang saja survey harga dulu, macam mana service dia and etc. Tapi, disebabkan layanan yang memang thumbs up, terus kitorang berkenan untuk menggunakan dorang punya perkhidmatan. Korang boleh self-pickup di Paradigm Mall taw. 

Kalau korang tengok dalam ig Glass Craft Project ni, banyak balang yang dorang supply, korang nak kecik ke besar ke panjang ke pendek ke, gemuk ke kurus ke semua ada. Korang cuma perlu rajin scroll atas bawah je. Try lah tengok-tengok, kalau nasib korang baik, dapat discount, hihi.

Kalau korang perasan, kat doorgift aku tu ada sticker nama kitorang kan. Sticker ni si Khairul tu gigih pergi tempah kat Putrajaya. Aku lupa pulak dia punya nama kedai, tapi memang sangat murah dan berbaloi. Disebabkan si Khairul ni boleh lah design sikit-sikit, so kat situ dah jimat kitorang punya harga sticker, hehe.

Kain yang balut balang tu, kakak si Khairul tu ada lebih, so dia just bagi free je. Jimat kos kitorang, hihi. Aku tak pasti apa nama kain tu, tapi katanya, kain ni adalah material kain yang orang buat bengkung dalam pantang tu. Haha.


Untuk nampak berseri sikit, aku just ikatkan tali sikit sekeliling penutup botol. Aku ni dah lah jenis tangan keras, nak ber-riben bagai mana lah aku pandai. So, aku just lilitkan 2 atau 3 kali, dan terus ikat riben paling simple. Siap.

Overall, aku memang saja buat lebih sikit doorgift ni masa Majlis Bertunang tu. Lepas je Majlis Bertunang tu, aku tengok ada lebih beberapa botol je. Then, mak suruh aku tinggal beberapa botol kat rumah, dan selebihnya aku dan Khairul bawak balik untuk bahagikan kepada officemate. 

No comments:

Post a Comment