Thursday 5 November 2015

TRIP: BUKIT TINGGI, PAHANG

Hey,

Aku ni kadang-kadang tak sempat nak update entry on the spot. Maksudnya, kalau aku ke mana-mana ke, aku masak apa ke, aku nak cerita apa ke, kadang-kadang aku just buat point-point dulu, and aku akan huraikan kemudian. Sebab tulah, aku punya entry kadang-kadang asyik yang throwback je. Haha. Pastu mula-lah kadang-kadang cerita tu dah jadi skip-skip. Hihi.

So, hujung minggu tu kitorang decided untuk pergi trip, tapi versi budget punya. Haha. Actually, kitorang macam confused jugak, nak ke Putrajaya untuk Light Festival ke ataupun Bukit Tinggi. 


31 October 2015
Colmar Tropicale

Pagi Sabtu tu, dalam pukul 9 pagi, kitorang singgah Genting Sempah untuk heavy breakfast, sebelum naik ke Bukit Tinggi. Sebab-nya, aku ni memang pesen kalau nak ke mana-mana, aku akan Google segala macam mak nenek. Daripada tempat menarik, apa kemudahan tempat tu, makanan apa yang best ke, semua aku akan view dulu, bukan apa, senang, kita dah all prepared. So, kebanyakkan view pasal Bukit Tinggi ni kata makanan kat atas mahal, sebab tu lah pagi-pagi buta tu kitorang dah pilih nasi. Hihi.


Sudah je breakfast, kitorang beli junk food sikit untuk kunyah-kunyah kat atas, and bekalkan fastfood untuk lunch kat atas nanti. Haa, camne preparation kitorang nak naik Bukit Tinggi? Semua dah tersedia kan? Haha.


Kitorang cuma pergi one-day ke Bukit Tinggi. Kalau dari KL, perjalanan ke Bukit Tinggi ni tak lama pun, dalam 1 jam setengah camtu. Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi ni memang boleh berliku-liku jalannya, nasib lah kitorang ni jenis tak mabuk. The most interesting part sepanjang perjalanan ni adalah dia punya view, pokok menghijau, udara segar, nyaman, sunyi dan best. Tak fikir panjang, terus kitorang bukak tingkap, rasa dia punya fresh air.


Bayaran masuk adalah RM14 untuk dewasa. Kat Bukit Tinggi ni sesuai untuk yang mencari ketenangan, jauh dari hiruk pikuk bandar. Kalau yang kaki shopping, kat sini bukan port korang, okay?


Aku nak recommended terlalu banyak aktiviti, aku tak pasti sangat, tapi apa yang aku tahu, kat sini ada pelbagai kemudahan dan aktiviti yang korang boleh buat sepanjang korang kat sana. Kalau korang nak makan, kat atas ada banyak kedai makan, antaranya La Cigogne, Le Blason dan La Flamme. Type of food yang dorang sediakan aku tak pasti, sebab aku memang tak makan kat atas. Hihi.


Kat sini jugak, korang boleh set-up untuk Company Meeting, Gathering, Family Day, Teambuilding atau Training. View Bukit Tinggi ni bagi aku, sangat sesuai untuk korang buat aktiviti beramai-ramai, aku cakap camni sebab aku dah experienced dalam mengadakan gathering kat Bukit Tinggi ni, ikut company ayah aku.


Untuk aktiviti luar, kat sini ada menyediakan Equestian, Golf, Sport Complex, Adventure Park, Japanese Village, Botanical Garden, Animal Park, Entertainment dan 6D Motion Ride. Tapi aku takdelah sampai main semua game ni, kan aku dah mention, trip kali ni, cuma trip budget. Haha



Botanical Garden

Lepas dah pusing-pusing Colmar Tropicale, dah pose bermacam gaya, kitorang terus ke Botanical Garden. Walaupun perkhidmatan shuttle disediakan oleh pihak Colmar Tropicale untuk kemudahan pengunjung, kitorang memilih untuk memandu sendiri ke Japanese/Botanical Garden. Tak susah pun untuk kemana-mana walau memandu sendiri sebab signboard cukup lengkap. Ruang parking pun disediakan untuk pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri.


Dia punya bukit curam kemain. Disebabkan tangga tu dekat dengan carpark kitorang, so kitorang pilih untuk naik tangga je. Engko bayangkan 88 biji anak tangga, curam pulak tu! Dah rasa macam naik Batu Caves pulak. Rasa macam menggigil-gigil kaki bila sampai kat atas. Mengah dia toksah cerita lah macam mana. Pastikan korang pakai kasut yang selesa dan sila bawa bekalan air mineral ye.


Laluan untuk ke Botanical Garden ni dipenuhi dengan rimbunan yang menghijau. Aku paling geram tengok bunga-bunga kat Botanical Garden ni. Amboi kembang dorang taknak kalah. So, kalau korang memang jenis mesra alam, memang tak rugi datang sini, untuk nikmati keindahan semulajadi.




Japanese Village

Then, kitorang ke Japanese Village. Dekat sangat je dua tempat ni. Selain flora dan fauna, Japanese Village ni dilengkapi dengan air terjun dan kolam tadahan. Meleleh air liur aku tengok air tadahan/air sungai ni mengalir. Bukan apa, aku nak rasa kesejukan air tu, sama macam masa aku ke Bandung, dekat entry ni, TRIP: BANDUNG, DAY 2, punya sejuk air dekat Wisata Kawah Putih tu, aku tetap nak celup kaki nak rasa air dia. Hewhew




Dalam Japanese Village ni ada Japanese Tea House taw. Dekat sini kalau korang nak lepak minum teh jepun boleh, nak sewa kimono pun boleh. Tapi disebabkan trip budget, kitorang just pose depan Japanese Tea House ni je, tak kuasa nak minum teh jepun,apatah lagi nak sewa kimono. Katanya, sewa kimono ni RM20/person, boleh guna dalam 15-20 minit. Nak masuk kena buka kasut, lepas tu tertunduk-tunduk macam orang Jepun, baru lah betul adat Jepun kan. 


Last sekali before exit Japanese Garden ni, aku dah memang tak boleh tahan nak rasa air dia. Sebelum tu aku dah main kacau-kacau air, tengok ikan jarak dekat, engkorang tahu lah maksudnya memang aku nak rasa jugak ngan kaki aku. Haha. Akhirnya, terbuka jugak lah kasut tu, dan celup kaki. Adalah dalam 10 minit jugak aku rendam, puas-nya ya Tuhan!


Animal Park

Tiket masuk ke Animal Park adalah RM4 untuk setiap kepala tanpa mengira usia, tapi kalau baby atau 3 tahun ke bawah rasanya tak dikenakan sebarang bayaran. Engkorang rasa apa yang engkorang dapat dengan bayaran RM3? Meh aku cerita sikit.


Korang boleh-lah bermesra-mesra dengan arnab dan rusa. Only rusa dan arnab ye tuan-tuan dan puan-puan. Pastu ada lah keldai seekor. Nama aje Animal Park. Pastu korang boleh lah bagi arnab makan, tapi korang ingat free okay? Maaf ye, makanan arnab serta rusa ni korang kena beli suku dengan harga RM3/peket. 


Dalam pukul 4.00 petang camtu kitorang gerak balik. Rasa macam dah takde tempat nak pusing-pusing, Hehe. Cukup-lah sekadar kenal dengan Bukit Tinggi ni, dan merasa percutian singkat ni. Overall, bagi aku, Bukit Tinggi bagus untuk short getaway macam ni. Sangat sesuai untuk sesape nak asah skill photography. Nak kata save budget sangat tu takde jugak, sebab ada yang berbaloi, ada yang rasa macam rugi, tapi dah sampai kan, kalau tak merasa, nanti teringat-ingat pulak. Recommended for those who loves nature. 


No comments:

Post a Comment